Padang - Seramai 96 korban tsunami yang masih hilang di Pagai dan Sipora, Mentawai masih dicari kumpulan SAR hingga Ahad (31/10/2010) pagi. Cuaca yang buruk menyukarkan pasukan mencari para korban.
Data dari Posko Bencana Mentawai di Sikakap mencatat 449 mangsa kematian. Sedangkan mangsa cedera parah 270 dan luka ringan 142 orang. Para mangsa cedera selain dirawat di Puskesmas Sikakap juga di sejumlah tempat rawatan kecemasan di lokasi pelarian di kampung yang terkena bencana.
Tsunami setinggi 3 hingga 15 meter menghentam pantai barat Pagai dan Sipora 15 selepas gempa 7.2 SR mengguncang Isnin (25/10/2010). Kini 14,983 warga Pagai dan Sipora kehilangan tempat tinggal berhijrah ke tempat yang jauh dari pantai. - Padangkini
WBSL buah tangan istimewa daripada Husam
-
*PROMOSI*
*Cover buku WBSL*
SAYA diberikan *mock-up* buku *Wagyu Bukan Sekadar Lembu *(WBSL) yang
ditulis oleh Pengerusi Syarikat Perumahan Negara (SPNB),...
40 minutes ago
0 comments:
Post a Comment