Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

PAS juga perlu rebut autonomi bukan hanya Sabah

Bercakap hal autonomi, kenapa Sabah sahaja yang dijanjikan oleh pakatan rakyat (PR) kenapa tidak Kelantan dan Kedah atau negeri-negeri yang akan diperintah PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Sepatutnya PAS perlu meminta diberi hak autonomi dimana-mana negeri yang diperintah oleh PAS. Bukan hanya Sabah sahaja yang patut diberi autonomi. Apa sebab? Banyak faktor dan hujah yang memang layak PAS diberi autonomi.

Dengan cara ini PAS boleh menunjukkan pemerintahan Islam yang adil dan saksama. Negeri madani diperintah memberi keamanan dan kemakmuran kepada rakyatnya dengan peraturan Islam yang memberi kebaikan, rahmat dan keberkatan Allah kepada rakyat.

Selagi PAS dibawah persekutuan maka selama itu susah bagi PAS melaksanakan menifesto bagi mengwujudkan negeri aman dan makmur. Negeri yang dikawal oleh roh undang-undang Allah yang memberi kerahmatan kepada umatnya.

Kita mesti ingat orang bukan Islam turut mendapat rahmat Allah diatas dunia ini. Mereka mendapat cukup malah lebih rezeki yang Allah bagi. Maka lebihan rezeki yang Allah bagi kepada mereka mesti dikawal supaya tidak ada pihak yang menceroboh harta mereka.

Malah pencerobohan terhadap harta mereka mungkin juga mengancam nyawa mereka sendiri. Oleh itu Islam perlu menawarkan undang-undang dan peraturan Islam kepada mereka untuk melindungi mereka daripada kejahatan orang Islam dan orang lain.

PAS sepatutnya lebih kedepan dalam menuntut autonomi bukan sahaja Sabah. Tuntutan tersebut perlu dibuat sekarang tanpa menunggu BN atau PR memerintah Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana sekiranya BN tetap memerintah sudah tentu negeri diperintah PAS tetap tidak mampu melaksanakan kesyumulan Islam. Kalau PR perintah pun belum tentu ia juga boleh dilaksanakan. Datuk Seri Anwar Ibrahim kita kenal agenda politiknya melebihi daripada segalanya.

Mungkin ramai bimbang makin rapat PAS dengan Anwar dan geng-geng Islam liberalnya makin sukar bagi PAS melaksanakan hajat parti itu. Jadi perjuangan autonomi juga mesti memenuhi agenda PAS dan bukan hanya Sabah.

Kalau Sabah boleh kenapa negeri bawah PAS tidak boleh?

Berita berkaitan:

Autonomi Sabah: Anwar jangan 'janji mulut'

Janji Pakatan Rakyat hendak memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hendaklah dinyatakan dalam manifesto dan bukannya sekadar "cakap mulut".

Menurut ahli politik veteran Sabah Datuk Karim Ghani - yang keluar Umno, antaranya kerana parti itu gagal memberikan autonomi kepada negeri itu - berkata, perkara itu harus dilakukan supaya rakyat dapat membuat pilihan dalam pilihan raya.

"Jangan cakap di mulut sahaja. Masukkanlah dalam manifesto. Barulah kita dapat buat keputusan.

"Kalau lepas (tempoh mandat) lima tahun tidak buat juga, kita tukarlah balik (kerajaan)," kata Karim ketika ditanya sama ada janji itu memikatnya untuk menyertai parti gabungan dalam Pakatan.

Karim, antara orang kuat yang membawa Umno ke Sabah semalam mengumumkan keluar parti serta-merta kerana sudah bosan dengan kegagalan Umno memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat negeri itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, bekas naib presiden Usno itu menjelaskan, beliau "meletup" semalam selepas memendam perasaan tidak puas hati lebih daripada 15 tahun, antaranya disebabkan soal pengagihan kekayaan dan autonomi kepada Sabah.

Pada 15 September lalu, ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan berikrar mahu memberikan autonomi penuh jika mereka menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar dilaporkan berkata oleh The Borneo Post bahawa hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh negeri itu sendiri.

Sementara itu, Karim berkata, beliau juga kecewa berhubung isu tuntutan royalti minyak Sabah daripada 5 kepada 12 peratus yang dituntutnya selama ini tidak diberikan.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP