Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 21, 2010

Buku dedahkan kekayaan CIA berbilion dolar jual maklumat

Pernah suatu ketika penulis buku menghina Islam dilindungi oleh Barat kononnya kebebasan menulis tetapi apabila ada penulis mendedahkan keuntungan berlipat ganda diperolehi CIA hasil jual maklumat kenapa penulis itu mahu didakwa.

Buku yang mengungkap kebejatan lembaga perisikan dan tentera Amerika Syarikat membuat para pegawai CIA mahupun Pentagon bengang. Jika bulan September lalu Pentagon terpaksa memborong ribuan buku yang mengungkap operasi rahsia tentera AS di Afghanistan, kali ini giliran CIA yang terpaksa beurusan dengan mahkamah gara-gara buku yang mendedahkan maklumat sulit di tubuh lembaga risikan itu.

Buku yang membuat pusing para pegawai CIA itu berjudul "The Human Factor: Inside the CIA's Dysfunctional Intelligence Culture" yang ditulis oleh bekas agen CIA sendiri yang menggunakan nama pena "Ishmael Jones".

CIA mengedar buku yang sudah terbit sejak bulan Julai 2008 itu mengandungi maklumat yang sensitif dan penulisnya telah melanggar perjanjian dengan CIA untuk mengkaji isi buku itu bersama sebelum diterbitkan. Tapi ternyata Jones menerbitkan buku tersebut tanpa pengetahuan dan persetujuan CIA.

Lembaga perisikan AS itu pun mengajukan tuntutan undang-undang terhadap Jones ke mahkamah persekutuan Alexnadria dengan tuduhan bahawa Jones telah melanggar kewajipan untuk menjaga rahsia dan melanggar proses pengkajian dari sebuah bahan penerbitan yang belum disahkan.

"Para agen CIA punya kewajipan untuk mentaati syarat-syarat yang telah ditentukan dalam perjanjian kerahsiaan dengan CIA," kata Pengarah CIA Leon E. Panetta.

Sementara itu, Jones yang dihubungi Associated Press tetap merahsiakan jati dirinya. Menurutnya, ia tidak mencari keuntungan dari buku tersebut dan bukunya tidak mengandungi maklumat-maklumat rahsia. "Sensor yang dilakukan CIA merosakkan buku itu, hanya kerana isinya mengungkap bahawa CIA adalah tempat untuk mendapatkan kekayaan, berbilion-bilion dolar wang pembayar cukai dihambur-hamburkan atau dicuri melalui program-program perisikan yang dirancang CIA tapi program itu tidak membawa hasil," kata Jones.

Ia melanjutkan, "Meskipun mempunyai sumber daya manusia yang kompeten, lebih daripada 90 peratus pegawai CIA saat ini hidup dan bekerja di dalam wilayah negara AS. Kerja mereka kebanyakan tidak berkesan dan ini merupakan pelanggaran terhadap piagam pendirian CIA."

Sebelum CIA menggugat bekas agen rahasianya kerana menerbitkan buku yang dinilai mengekspos maklumat sensitif tentang CIA, sebulan yang lalu Pentagon melakukan hal serupa. Bedanya, Pentagon mengeluarkan dana sebesar 47.000 dollar untuk menghancurkan 9.500 naskhah buku berjudul "Operation Dark Heart: Spycraft and Special Ops on the Frontlines of Afghanistan - and the Path to Victory." yang ditulis mantan agen intelijennya.

Pentagon tidak mahu buku berupa memoir perang itu dibaca awam kerana mengadar buku itu mengungkap maklumat-maklumat yang selama ini dirahsiakan Pentagon Tapi buku itu tetap terbit, tetapi dalam versi yang sudah disemak oleh pasukan Pentagon. (Ln / isc)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP