Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 15, 2010

PAS perlu beri hak orang faham ideologi Barat

Pemuda PAS tidak perlu bantah hak orang yang menganut fahaman ideologi Barat terutama dalam soal kebebasan mereka untuk berhibur dengan konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

(Gambar: Aksi penari-penari Adam Lambert malam tadi.)

PAS tidak boleh menyekat kebebasan mereka berhibur. Ini kerana PAS tidak menyekat orang bukan Islam minum arak. PAS tidak sekat orang bukan Islam makan babi dan PAS tidak sekat orang bukan Islam berjudi.

Tetapi semua itu hendaklah dilakukan secara tertutup. Menyekat hak orang bukan Islam berjudi menafikan hak setengah bukan Islam yang menyifatkan judi sebagai ada kaitan budaya mereka.

Oleh kerana itu, menghadkan atau mengawal perjudian itu yang penting. Perjudian hendaklah dikawal secara tertutup. Perlu ada peraturan khas dalam hal ini supaya orang Islam dan orang bukan Islam yang warak dalam agama dan patuh dengan agama tidak terlibat dengan perjudian.

Begitu juga dalam soal hiburan tadi. Konsep tersebut perlu dibuat secara tertutup. Perlu ada kawalan peraturan hiburan. Orang Islam hendaklah dilarang menonton dan menyertai hiburan tersebut kerana bertentangan dengan pegangan orang Islam.

Malah Islam sendiri melarang orang Islam melibatkan diri dengan konset seumpama itu. Jadi yang penting adalah larangan kepada orang Islam sebaliknya orang bukan Islam serta berfahaman Barat itu adalah hak mereka.

Oleh kerana itu konset tersebut perlu dibuat secara tertutup dengan peraturan dan larangan terhadap orang Islam. Pemuda PAS perlu sekat orang Islam daripada hiburan yang dibawa oleh mereka tidak berakhlak.

Berita berkaitan:

Konsert: Gamis bimbang masa depan rakyat

Harakahdaily - KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyuarakan rasa penuh kebimbangan dengan masa depan Malaysia dan rakyatnya setelah diberi peluang menyaksikan sendiri konsert Adam Lambert di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Seramai lima orang wakil Gamis yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhammad Zaki Sukery yang juga Presiden Ma’ruf Club UIAM diberi pas percuma oleh Puspal dalam respons kepada bantahan Gamis pada pertemuan empat mata sehari sebelumnya.

Mengambil masa lebih kurang sejam untuk merakam gambar dan video, beliau turut berkata masa depan remaja Malaysia yang dicanangkan sebagai pemimpin masa depan bakal berdepan konflik jika landskap masyarakat negara dibentuk oleh suasana semalam.

Sambil mempersoal kerajaan adakah ini salah satu formula yang sesuai bagi membendung peningkatan masalah sosial yang sedang berlaku di dalam negara, beliau turut menggesa semua pihak bagi menyelamatkan Malaysia daripada anasir luar yang seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebagai the next Las Vegas.

Sambil menzahirkan rasa penuh kesal dengan penganjuran konsert berkenaan, ujarnya Gamis turut akan mempertimbang secara serius beberapa tindakan susulan selepas ini.

Antaranya, tambah beliau ialah Gamis akan mengumpul kesemua bukti bergambar dan bervideo dan akan melakukan kunjungan sekali lagi ke Puspal, Jakim, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi serta berjumpa dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

“Hal ini bagi menyuarakan kebimbangan, memohon perhatian serius dan meminta penjelasan yang menyeluruh setelah menyaksikan sendiri apa yang berlaku malam tadi,” ujarnya.

Seramai 300 orang ahli Gamis dari seluruh negara mula berkumpul di Stadium Putra mulai jam 6 petang,

Mereka turut menunaikan solat hajat bersama-sama kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum bergerak ke tempat konsert bagi menyebarkan risalah dan berucap sebelum kelima-lima orang wakil tersebut dibenarkan masuk ke dewan konsert.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP