Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

Mesir lagi: Konvoi bantuan gagal masuk Gaza

Konvoi kemanusiaan yang akan ke Gaza, termasuk di antaranya penumpang yang selamat dari insiden sebelumnya di armada Mavi Marmara, mereka gagal untuk masuk ke wilayah Gaza, kata penyelenggara, Isnin semalam (18 Oktober).

Konvoi Viva Palestin saat ini, sebagai konvoi terbesar untuk memecahkan sekatan Gaza, yang telah melakukan perjalanan hampir 5,000 kilometer (3,000 batu) melalui jalan darat mulai dari Inggeris. Sampai hari ini konvoi itu masih berada di pelabuhan Syria Latakia untuk menuju Al-Arish, Mesir.

Awalnya konvoi itu dijadualkan berangkat pada Minggu, konvoi ditunda akibat di minit-minit terakhir terjadi komplikasi atas keperluan masuk oleh kerajaan Mesir, kata penganjur.

"Ini menimbulkan kekecewaan bagi semua perserta akibat terjadinya penangguhan lebih lanjut, yang menghentikan berlepas konvoi ke Gaza," ucap penyelenggara kepda pers. Nampaknya tidak mudah jalan perundingan antara penyelenggara dengan kuasa kerajaan Mesir. "

Rombongan konvoi Viva Palestin telah bergabung dengan kapal dari Maghribi, Algeria, Jordan dan negara-negara Teluk Parsi. Dua dari kapal tersebut dijadualkan untuk melewati titik di mana pasukan Israel naik Marmara Mavi, Mei lalu.

Kapal utama dalam konvoi Palestin Viva, membawa 380 aktivis dari 42 negara, 147 kenderaan dan US$5 juta bantuan perubatan, telah merapat di pelabuhan Syria selama 12 hari terakhir. Tetapi belum diberi lampu hijau untuk berlayar ke Mesir selepas pengantaraan yang panjang dengan pihak berkuasa Mesir dan Syria.

Bantuan tidak akan sampai ke Gaza. Rencananya setalah tiba di pelabuhan Mesir, Isnin, selanjutnya akan menumpuh jalan darat melalui sempadan Rafah. "Kami ingin pergi ke Gaza secepat mungkin untuk mengantarkan barang-barang dan untuk menunjukkan rakyat Gaza yang bahawa kita tidak meninggalkan mereka," kata pemimpin konvoi bantuan Kevin Ovenden.

Sebelumnya, Israel akibat desakan dan tekanan antarabangsa mengumumkan, Jun lalu, bahawa Israel akan melonggarkan sekatan ke atas Gaza, yang membolehkan barang bahan bangunan mengalir boleh mengalr ke Gaza. (M / cnn)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP