Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 29, 2010

Rabbi Yahudi: Haram hukum jual properti Yahudi ke bukan Yahudi

Menjual rumah atau tanah di Israel kepada sesiapa sahaja yang bukan orang Yahudi, dilarang, kata pemimpin spiritual kumpulan Yahudi shas, Rabbi Ovadia Yosef mengatakan hal itu selama pelajaran Halacha, Kamis pagi semalam, 29 Oktober.

Rabbi mengutip ajaran dari Halacha yang mengatakan bahawa hotel milik Yahudi harus dijual kepada pembeli Yahudi, bahkan jika pembeli Yahudi itu menawarkan jumlah yang lebih rendah.

Puluhan mahasiswa, dan pemimpin shas berada di antara mereka, menghadiri pelajaran di rumah Rabbi Yosef di Jerusalem.

"Kata-kata itu dirasakan oleh mereka yang hadir sebagai bahan perbincangan Halacha yang normal, dan tidak dalam konteks peristiwa terkini," kata seorang mahasiswa yang tidak mahu dikenalpasti namanya.

Dia menambah bahawa rabbi berbicara tentang undang-undang yang dikenali dan diterima Halacha, yang tidak ada satu perselisihan tentangnya. Hal ini tidak boleh dianggap sebagai penguat larangan baru terhadap menjual hotel kepada orang-orang Arab yang dinyatakan oleh rabbi Safed, katanya.

Rabbi Yahudi dari Safed menandatangani kenyataan awam yang menyatakan bahawa dalam keadaan apapun sebuah rumah atau sebidang tanah di Israel tidak boleh dijual kepada sesiapa saja yang bukan orang Yahudi. Kenyataan itu menyebabkan pertengkaran kekerasan yang memecah belah antara pelajar Arab dan Yahudi di bandar Israel utara.

Rabbi mengutip undang-undang yang sama dari Halacha sebagai alasan untuk larangan tersebut. Alasan lain mereka adalah bahawa menjual atau menyewa kepada seseorang yang bukan Yahudi akan merosakkan hubungan dalam persekitaran, kerana akan mengganggu kehidupan mereka yang tinggal di sebelahnya. (Fq / Ynet)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP