Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 2, 2011

Jutawan segera... cepat dimasak sedap dimakan

STORY ni aku cedok dari The Flying Kick.. pro Umno... tak ubah langsung. Baca tu jangan terima bulat-bulat dia punya pemikiran. Penting bagi kita nak dedahkan jutawan segera...

Hai banyaknya duit dia kahwin... Kalau gaji dia RM500 ribu setahun. Maknanya 30 tahun kerja hangus bayar hantaran budak tu. Eh! betul ke...

Dia nak kahwin dia punya pasal tapi ralat tu RM15 juta...

RM15 JUTA UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN MACAM NIH? WOW!!!!

Berita seorang selebriti suam-suam kuku (ramai yang tidak kenal siapa dia pun kecuali belahan buah dadanya), berkahwin dengan seorang VIP dengan 'harga' RM15 juta menarik perhatian. Si pengantin perempuan cuba bertaichi untuk menyembunyikan identiti suaminya. Anehnya, kebanggaan tentang RM15 juta tidak pula disembunyikan!

Apa-apa pun, tahniah ler diucapkan kepada Syella Kamaruddin kerana berjaya menjadi wanita 'termahal' di Malaysia, jauh mengatasi 'bekas' Pengiran Bini Mazuin Hamzah.

Satu perkara yang perlu diketahui oleh ramai orang, mas kahwin ditentukan oleh wanita, bukan ibu bapanya, bukan Jabatan Agama, dan jauh sekali Kerajaan. Hanya kerana kejahilan dan sikap ambil mudah masyarakat kita, yang menjadikan mas kahwin gadis-gadis dan wanita-wanita di negara ini 'sangat murah' dan terlalu rendah kalau dibandingkan dengan HANTARAN!!!

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP