Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 22, 2010

MB Khalid berair-con, orang lain mangsa pukulan polis

Semasa rakyat mustad’afin berdemontrasi dengan bergelumang asap kepedihan daripada tembakan gas pemedih mata serta tembakan air oleh anggota Pasukan Polis Persekutuan (FRU), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama Exconya bersenang lenang dalam kereta menuju ke Istana Negara.

Sikap beliau itu tidak seperti Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bermandi air kimia sehingga memedihkan mata dan mengatalkan kulit ketika berdemontrasi mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac 2009, juga bermula di Masjid Negara untuk menuju ke Istana Negara.

Apa sebenarnya maksud Khalid dan Exconya memanggil rakyat terutama golongan susah untuk berdemontrasi sedangkan beliau menaiki kereta berhawa dingin dan bersenang lenang menuju ke istana.

Rakyat marhaen pula dipukul dan ditahan polis. Kata para demontrasi itu, kalau Khalid bersama para demontrasi, mungkin pihak polis tidak bertindak kasar kerana menghormati beliau sebagai menteri besar.

“Bila tidak ada golongan VIP (golongan orang kenamaan) maka rakyat miskin berdemontrasi inilah yang jadi mangsa polis,” kata mereka.

Read More...

Wednesday, December 15, 2010

Aku umpama Mashitah

Mashitah duk empuk di jabatan menteri? Bukan
Mashitah bersekongkol kemewahan? Bukan
Aku juga kejar wang tetapi masih ada prinsip
Aku yakin Allah SWT lindungiku daripada Firaun

Mashitah ada dikhabar Allah SWT dalam al-Quran
Mashitah akidah, perjuangan, pengorbanan, keagungan Firaun
Tidak aku mendabik dada taqwa macam Mashitah
Jauh panggang daripada api siapalah aku berbanding Mashitah

Tidak juga perjuanganku mahu disamakan dengan Mashitah
Namun disebalik asasnya ada juga sama dengan Mashitah
Perangai Firaun Mashitah pun sama Firaun hok aku depani
Sifat Firaun aku tidaklah sekejam Firaun Mashitah.

Firaun aku bukan mahazalim
Firaun aku tidak pecat Pak Lah
Firaun aku naik air 37 peratus
Firaun aku gaji sebulan 0.5 juta

Aku umpama Mashitah
Tidak sama aku akan taqwanya
Tidak sama aku akan pengorbanannya
Tidak sama aku akan keyakinannya

Aku umpama Mashitah
Kerana aku bekerja dengan Firaun moden
Kerana aku bekerja dengan pemeras rakyat
Kerana aku bekerja dengan Shhhhhiiiiiiiiiiiiiiit

Aku umpama Mashitah
Supaya halal rezekiku
Mashitah pengasuh anak Firaun
Aku penulis dibawah Firaun

Namun aku tak dihalang sebut Allah
Tapi aku disekat tulis air yang ku minum
Aku dihalang perjuangkan air yang ku minum
Semoga Syabaslah engkau

Read More...

Wednesday, December 1, 2010

Nanya! Rasis keterlaluan, gara-gara Sikh pakai serban

Kumpulan hak sivil Muslim (CAIR) Amerika Syarikat meminta FBI untuk menyiasat serangan terhadap seorang pemandu teksi Sikh di California Utara yang telah menjadi mangsa salah penyerangan kerana Sikh tersebut dianggap Muslim.

Dewan hubungan Islam-Amerika (CAIR) dari Sacramento Valley mengatakan dalam sebuah pernyataan hari Isnin kelmarin (29 November) bahawa mereka ingin FBI untuk menentukan sama ada pemukulan terhadap Harbhajan Singh oleh dua orang pada pagi minggu di West Sacramento tersebut bermotif perkauman.

Dalam sebuah kenyataan, polis mengatakan beberapa orang menyerang Singh dan meminta wang.

Namun Singh 56 tahun mengatakan kepada KTXL-TV bahawa ia percaya mereka bermaksud untuk membunuh beliau kerana dbeliau memakai serban.

Singh mengatakan salah satu penyerang itu berteriak menghina dan memanggilnya dengan sebutan Osama bin Laden.

Singh berkata beliau dapat melarikan diri selepas satu daripada dua wanita yang berada di antara para penyerang mencegah dirinya untuk diserang mereka. (Fq / ap)

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP