Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 9, 2011

Apa salah Sultan Kelantan beri pangkat kepada Rosmah

ADA blogger terlampau sangat sehingga Sultan Kelantan beri darjah kebesaran kepada Rosmah pun menjadi pandangan serong beliau kepada Sultan Kelantan.

Abu Sufian bukan Islam tetapi semasa Nabi saw menawan Mekah beliau memuji Abu Sufian dan mereka yang mahu selamat boleh berlindung di rumah Abu Sufian. Ini konsep dakwah cerdik Nabi saw berbanding jenis manusia hanya tahu mengutuk semata-mata orang itu duduk dipihak lawan.

Kita sangka baik terhadap anugerah Sultan Kelantan kepada Rosmah. Apakah dalam kepala Sultan Kelantan mahu melihat anugerah itu akan memberi kesedaran kepada Rosmah?

Nabi saw pernah menyambut baik yahudi yang menghina dan mengutuk beliau dan akhirnya yahudi itu masuk Islam kerana kebaikan Nabi saw.

Apa salah Sultan Kelantan mahu berdakwah. Bukan hak Sultan Kelantan mahu menentukan Rosmah itu boleh didakwah atau tidak... mendapat petunjuk atau tidak. Itu hak Allah SWT.

Hak Sultan Kelantan ialah menyeru orang kepada Islam dan Allah tidak mengarahkan siapa yang Sultan Kelantan perlu dakwah. Balasannya terpulang kepada Allah SWT.

Saya bukan nak pertahan Sultan Kelantan tetapi saya nak ajar jenis tak reti basa...



Berikut laporan yang ditulis di blog:


Khabar gembira untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan, tahniah!

Terlupa pulak, siapa dipanggil bentara? Kalau di kampung saya, bentara tu panggilan untuk tukang angkat hidang dan pelayan waktu kenduri. Nak suruh angkat hidang untuk siapa mencekik? Nak mencekik apa? Tanah di Lojing? Perlantikan YDP MPKB baru-baru ni siapa sebenarnya yang menentukan?

Ah, ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Saya copy paste berita ni dengan ucapan tahniah untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan:

Sultan Kelantan terima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong

Berita Harian (7/12/11): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Turut berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Sultan Ismail Petra dan kerabat diraja yang lain.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selesai majlis penganugerahan itu, Sultan Muhammad V kemudiannya turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada Rosmah.

Majlis yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir 45 minit selepas itu.

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara - Bernama.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP