Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 7, 2011

Kita tidak serang Soi Lek kerana videonya

PRESIDEN MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, bukan orang Islam dan memang hak dia mahu kritik hudud.

Mungkin dia melihatkan negara Islam yang laksana hudud, ekonominya tidak hebat atau dia melihat jika Malaysia laksana hudud negara Barat boleh beri tekanan menyebabkan ekonomi Malaysia boleh jatuh.

Itu hujah dia dan kita patut mengkaji pendapat beliau dan bagaimana kita boleh meyakinkan mereka yang mempunyai fahaman seperti itu.

Bagi saya pandangan Soi Lek boleh meransang pemikiran kita dalam menghadapi tekanan Barat.

Apa perancangan kita dalam menghadapi tekanan Barat apabila kita mahu melaksanakan hudud.

Dan apa hujah dan fakta kita untuk menyakinkan orang seperti Soi Lek. Jangan kita melalak tuduh macam-macam terhadap Soi Lek sedangkan kita tidak bersedia untuk berhujah dengan beliau.

Kita sudah tahu Umno tidak boleh diharap untuk memberi fahaman Islam terhadap bukan Islam dan kawannya bukan Islam.

Jadi kita ni yang digelar faham Islam patut memberi fahaman kepada mereka sehingga mereka yakin hudud boleh dilaksanakan.

Saya tidak mahu serang Soi Lek malah ketika beliau diserang video seks saya cuba bela beliau.

Anda boleh baca tulisan saya:

Gambar seksi boleh dieksploitasi di siber

DUNIA politik negara pernah gempar apabila terdapat video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebar di internet.

Penyebaran video itu merupakan perbuatan yang berkait dengan jenayah siber kerana menuduh pihak tertentu terbabit dalam video seks itu.

Perkara itu perlu dibuat laporan kepada polis dan menyerahkan pihak berkuasa menyiasat pelakon dalam video itu sama ada ia membabitkan tokoh pembangkang negara ini atau sebaliknya.

Pihak polis juga perlu membenteras sebaran video seks tersebut kerana dibimbangi mempengaruhi pelajar sekolah dan belia.

Rakyat menyuarakan supaya kerajaan perlu sekat setiap web lucah dari luar negara di samping mengambil tindakan tegas terhadap penyebar video seks.

Pemimpin politik MCA pernah jatuh dalam politik kerana menjadi mangsa kepada penyebaran video lucah membabitkan objek menyerupainya.

Jenayah itu mungkin dilakukan oleh musuh politik yang tidak mahu melihat beliau berjaya dalam parti itu. Ia juga langkah mudah penjenayah menjatuhkan musuhnya.

Beliau terpaksa berdepan tekanan sehingga membuat terpaksa membuat pengakuan. Ia bukan sahaja memusnahkan karier politik beliau bahkan mencemarkan nama serta keluarga.

Sekiranya keluarga terdiri daripada orang yang dihormati dalam masyarakat ia makin menjadi bertambah sukar.

Menuduh orang terbabit dalam video lucah dengan mereka-reka cerita. Terdapat juga superimpose gambar lucah membabitkan artis disebar secara berleluasa melalui internet.

Malah gambar privacy seseorang disebar ke laman maya oleh pihak tertentu bertujuan memusnah karier atau menjatuhkan musuh.

Sebagaimana baru-baru ini berlaku keatas penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi atau dikenali sebagai Apek.

Gambar yang beliau rasa tidak sepatutnya disiar internet tetapi boleh dicapai secara mudah di blog dan facebook.

Bagi Khairul gambar itu hak privacy beliau namun mungkin ia didedahkan oleh pihak tertentu dan membuat ulasan kononnya beliau bermasalah sehingga gagal bermain secara baik untuk menyekat kemenangan 3-2 Bahrian keatas Malaysia.

Sedangkan semasa Malaysia menang keatas Indonesia dalam sukan Sea, tidak pula gambar seumpama itu disebarkan.

Gambar itu menimbulkan kontroversi malah menyebabkan tekanan kepada Khairul. Perkara peribadi beliau tidak sepatutnya terdedah. Beliau bukan orang yang bangga untuk melakukan maksiat yang boleh mendorong orang lain terikut membuat perkara sama.

Oleh itu hak Khairul perlu dihormati dan pihak yang mengupload gambar ke maya tanpa izin Khairul telah melakukan jenayah siber.
Semua itu adalah jenayah dan pihak yang menjadi mangsa keadaan itu boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimdia Malaysia (SKMM).

Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kamal Affendi Hashim berkata dalam media eletronik, mereka yang merasa dirinya menjadi mengsa jenayah siber boleh membuat aduan kepada SKMM.

“Jangan mengharap hari itu buat laporan hari itu mahu selesai… mungkin mengambil masa dan ada kes berbulan-bulan,” ujarnya yang terkenal sebagai penganalisis jenayah.

Beliau juga mengingatkan pengguna internet tidak upload gambar yang memperlihatkan wajah seksi dan ghairah.

“Jangan upload gambar muncung (seksi) nanti orang boleh ambil gambar itu dan di superimpose dengan gambar model bogel atau separuh bogel sedangkan anda tidak melakukannya.

“Jadi perbuatan-perbuatan seumpama ini mengundang orang lain mengambil kesempatan. Jadi sepatutnya kita berhati-hati memuat turun gambar kita supaya ia tidak mudah diambil kesempatan pihak lain,” katanya.

Pengguna laman sosial juga dinasihatkan menyimpan gambar peribadi secara terkawal tanpa dicapai secara umum.

Fikirkan beberapa kali dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet untuk mengelak gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda.

Banyak cara lain untuk anda berkongsi gambar peribadi anda bersama keluarga dan rakan yang jauh.

Sentiasa berhati-hati ketika memberikan butir peribadi seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon.

Sangat mudah untuk mencari informasi tentang seseorang di internet. Maka, melainkan anda mahu seluruh dunia tahu bagaimana untuk menghubungi anda (termasuk ’spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’), lebih sedikit informasi anda yang berada di internet, lebih baik dan selamat untuk anda!

Simpan data peribadi anda seperti emel, rekod ‘chatting’, gambar, dan video dengan selamat.

Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor, dan anda mungkin juga mahu menguncikannya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption).

Banyak ’software’ yang membolehkan anda melakukan ini, supaya password anda tidak dapat dileraikan dengan begitu mudah.

Paling penting, anda perlu bijak mengawal privasi antara diri anda dengan keluarga, rakan, pasangan, dan juga majikan anda.

Berbicara secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak anda untuk mengekalkan privasi anda.

Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah cara terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online.


mahu lsam Sm la

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP