Ekstrak butir buah jambu golok atau dikenali biji gajus boleh menjadi ubat diabetes dengan cara membantu tubuh menyerap gula dalam darah.
Sebuah kajian mendapati, biji gajus atau kacang gajus boleh menjadi ubat yang berkesan untuk mengatasi diabetes kerana ia mampu menghasil insulin yang diperlukan tubuh bagi mengelak berlaku penyakit kencing manis.
Para penyelidik dari Universiti Montreal Kanada dan De Yaounde Cameroon menganalisa apakah ekstrak kacang gajus dapat memperbaiki kemampuan tubuh untuk menghasilkan insulinnya sendiri, demikian lapor Molecular Nutrition and Food Research.
"Semua ekstrak diuji, hanya ekstrak kacang gajus yang menstimulasi penyerapan gula darah secara signifikan oleh sel otot," kata sebuah laporan yang diumumkan penyelidiknya, Pierre S. Haddad.
Haddad, profesor farmakologi di Fakulti Perubatan Universiti Montreal berkata; "Ekstrak biji gajus mengandungi zat aktif yang boleh menjadi ubat anti-diabetes berpotensi."
Diabetes atau kencing manis adalah penyakit di mana seseorang mempunyai kadar gula yang tinggi dalam darahnya, baik kerana tubuhnya tidak menghasilkan insulin atau selnya tidak merespon insulin.
Dianggarkan hampir 220 juta manusia seluruh dunia mengalami masalah diabetes yang boleh menjadi pencetus kepada sakit jantung dan buah pinggan. [Di/ klj]
Lawak bodoh Hamzah Zainuddin
-
*ULASAN LEWAT *
TIBA TIBA sahaja timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainuddin buat lawak
bodoh dalam *podcast* Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin...
1 week ago
2 comments:
hai era..
kak long dengar citer, kacg gajus ni bayk kolestrol..betul ke? kak long tkt lak nak mkn byk..tp pe lagi kebaikan die selain kurangkan diabetes..
Kacang Gajus mengandungi 0mg Kolestrol...
Post a Comment