Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 21, 2010

Mahasiswa Palestin lancar kereta solar

Walaupun dijajah dan hidup dalam kesusahan namun Universiti Politeknik Palestin di Hebron berjaya mereka kereta solar atau kereta bersumber tenaga daripada cahaya matahari.

Setiap kerumitan selalu ada kreativiti. Begitu juga yang berlaku di Palestin. Ditengah penderitaan penjajahan Zionisme-Israel, mahasiswa Palestin berjaya melancarkan kereta bertenaga suria.

Pengunjung ke bandar Hebron, Tebing Barat pada musim panas ini kemungkinan terlihat kenderaan putih aneh dipandu melalui jalan raya.

Produk mesra alam daripada mahasiswa teknik mesin di Palestine Polytechnic University di Hebron, Tebing Barat ini berjaya mencapai kelajuan melebihi 30 kilometer sejam atau 19 batu perjam.

Kejayaan ini dipuji sebagai prestasi teknik kreatif di tengah keterbatasan dana dan sumber daya yang sedikit.

"Itu adalah projek yang rumit dan mahasiswa kami merancang dan membina segala sesuatu di kereta ini dari awal," kata Dr Zahdi Salhab, Pengarah Palestine Polytechnic University di Hebron.

Kenderaan ini mempunyai kemampuan memanfaatkan tenaga yang berasal daripada mesin berkekuatan 2 bhp yang disokong bateri dan mampu menyimpan tenaga daripada pantulan energi matahari. Bateri tersebut juga boleh diisi dengan tenaga elektrik ketika cahaya matahari tidak kelihatan.

Sayangnya, menurut Zahdi Salhab, projek ini menelan kos tidak sedikit. "Setiap kenderaan memerlukan dana lebih kurang 4,000 dolar AS (RM15,200), tetapi kami memerlukan dana dua kali ganda untuk menghasilkan kenderaan berkemampuan lebih baik, lebih cepat dan mampu dikendali dalam keadaan apa pun," katanya.

Peluang ini begitu baik kepada penyalur bantuan ke Palestin atau mereka yang mahu membuat pelaburan dan secara tidak langsung membantu rakyat di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat hidup dalam suasana yang lebih baik. [Guardian/ cha]

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP