Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 22, 2010

Bintang atlet dunia akan serta "Freedom Flotilla 2"

Beberapa atlet antarabangsa akan menyertai dalam misi pelayaran "Freedom Flotilla 2" ke Semenanjung Gaza pada akhir September akan datang.

Anggota kempen Eropah untuk menamatkan kepungan di Gaza, Rami Abdo dalam kenyataannya di Paris, Rabu (21 Julai) mengatakan, beberapa atlet antarabangsa sudah menyatakan keinginannya untuk turut serta dalam misi "Freedom Flotilla 2".

Dalam beberapa hari ini, pihak pengurusan misi pelayaran tersebut akan menghubungi beberapa atlet dunia lain di Perancis dan Sepanyol untuk meminta kesediaan mereka turut serta dalam rombongan kemanusiaan "Freedom Flotilla 2" itu.

Atlet berskala antarabangsa, yang mereka akan hubungi antara lain kapten pasukan bola sepak Sepanyol yang terakhir menjadi juara dalam Piala Dunia, Iker Casillas. Penyertaan para atlet terkenal itu, kata Rabi Abdo, akan menarik perhatian awam terhadap misi kemanusiaan untuk membantu warga Palestin di Gaza yang menderita akibat kepungan Israel yang sudah berlangsung selama tiga tahun.

Abdo berkata, komunikasi dengan para atlet yang akan mereka hubungi dilakukan secara rahsia. Pasukan "Freedom Flotilla 2" juga menjaga kerahsiaan nama atlet yang akan menyertai konvoi itu untuk mengelak kemungkinan tekanan dilakukan Israel terhadap atlet atau kelab tempat atlet itu bernaung.

Ketika ini sahaja, rejim Zionis Israel telah cuba menekan negara Eropah agar melarang warga negaranya menyertai dalam misi pelayaran kemanusiaan ke Gaza itu yang dianjurkan mana-mana pihak.

Sementara itu, laman berita melaporkan Casillas ada mengatakan bahawa beliau tidak akan hadir dalam acara perayaan kemenangan pasukan bola sepaknya dalam Piala Dunia yang akan diadakan di Madrid, sebagai menyatakan dukacitanya keatas apa yang berlaku di Gaza.

"Anda tahu, tidak mungkin orang bersenang-lenang dan tertawa-tawa setelah melihat apa yang sedang berlaku di Gaza," kata Casillas.

Atlet dunia lainnya yang pernah mengecam Israel adalah atlet tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal. Ia melontarkan kecaman apabila Israel melakukan pencerobohan brutalnya ke Semenanjung Gaza pada tahun 2008 lalu.

"Freedom Flotilla 2" melibatkan lebih banyak kapal dalam pelayarannya ke Gaza. Sekitar 9,000 aktivis dan 35 media massa daripada seluruh dunia sudah meminta agar boleh berpartisipasi dalam misi kemanusiaan tersebut. (Ln / PIC)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP