Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 7, 2010

Geografi pemukiman Yahudi kuasai 42% Wilayah Tebing Barat

Jerusalem: Sebuah laporan agensi HAM Israel "Betaslem" menyebut bahawa pemukiman Yahudi menguasai 42 peratus wilayah Tebing Barat walaupun pembinaan masih satu peratus.

Laporan dengan tajuk "semua prasarana dianggap legal" menggunakan asas laporan yang dikeluarkan terakhir (5 Julai) kepada data dan dokumen rasmi Israel di antaranya peta daripada tentera Israel, organisasi awam, beberapa laporan pemantau di Israel dan Litbang yang ditulis oleh Colonel Barock Shabagel.

Daripada maklumat rasmi ini jelas bahawa perumahan yang dibina di penempatan Yahudi itu hingga kini masih mencapai 1% daripada 24% kawasan perumahan yang dikuasai Israel di Tebing Barat.

Lembaga HAM yang menolak pemukiman Israel ini menegaskan bahawa sejak awal ciri penempatan yahudi adalah kerana bertentangan dengan intruksi undang-undang antarabangsa, undang-undang tempatan dan perintah tentera. Namun pemukiman itu tetap dilancarkan demi menguasai kawasan lebih luas dari tanah Palestin.

Sejak beberapa tahun lalu, Israel menegaskan bahawa pihaknya membina di atas "tanah negara" bukan di atas tanah Palestin. Namun data kependudukan awam dan peta menegaskan pada tahun 2009 bahawa 21% kawasan yang dibina dalam pemukiman dan perumahan yahudi adalah tanah yang dianggap undang-undang Israel sebagai milik Palestin khusus.

Laporan menegaskan bahawa 66% kawasan di penempatan Yahudi dibina dituntut sebagai tanah negara berdasarkan tafsiran menyimpang dari undang-undang yang berlaku di Tebing Barat.

Laporan menegaskan, sejak tahun 2004 hingga akhir tahun 2009, jumlah penduduk Yahudi di Tebing Barat mencapai 28% dari 235,267 hingga 301,200 penduduk tidak termasuk penduduk Jerusalem Timur.

Pertumbuhan penduduk warga Yahudi selama tahun 2008 meningkat sehingga tiga kali ganda sejak proses perdamaian di Oslo.

Data Pusat Statistik Israel menegaskan - menurut laporan di atas - 20% pertumbuhan penduduk berlaku akibat exodus dan bukan pertumbuhan alami. Bahkan jumlah daripada kemasukan Yahudi luar ke Israel itu adalah dua kali ganda daripada jumlah penduduk yang sebenar. (Bn-bsyr)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP