Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 31, 2012

Orang Asli tersepit antara dua kontraktor Umno bergaduh

Penduduk Orang Asli dari tujuh kampung mengadu teraniaya dan dihalang mendapatkan hak asasi mereka akibat pergaduhan dua kontraktor, kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Kuala Lumpur, tengahari tadi.

Dua kontraktor dipercayai penyokong Umno bertindak memutuskan paip poly berukuran 4 inci dan menafikan hak asasi itu kepada penduduk di Kampung Kuala Serting, Kampung Lubok Perah, Kampung Lengot, Kampung Petir, Kampung Lubok Tambangan, Kampung Pasal dan Kampung Durian Kuning.

Projek Kementerian Luar Bandar itu dilaporkan siap dan Orang Asli di situ telah menikmati bekalan air bersih dipam dari bawah tanah tetapi hanya sempat merasai kesenangan itu selama empat hari.

Difahamkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan akibat pertelingkahan di antara sub-kontraktor yang mahu memberi tekanan kepada kontraktor utama.

Kontraktor utama, Rossington Sdn Bhd. menerima projek tersebut pada 2009 dikatakan gagal melunaskan bayaran sebanyak RM2.9 juta kepada sub-kontraktor seperti yang dijanjikan. Sebaliknya kontraktor utama dalam kenyataan berasingan pula berkata bayaran telah dibuat.

Berikutan itu, Orang Asli mahu membuat laporan polis berhubung kerosakan itu tetapi dihalang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan, Datuk Mohd Hayani Abd Rahman.

Bagaimanapun atas bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, Manolan Mohamad mewakili penduduk Orang Asli membuat laporan polis menghubung kejadian itu.

Mereka menggesa polis siasat dan mengambil tindakan keatas pihak yang tidak bertanggungjawab dalam merosakkan bekalan air itu.

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mendengar aduan Manolan itu menyifatkan tindakan sub-kontraktor itu sebagai tindakan jenayah kerana memusnahkan harta awam.

Beliau berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada pihak berwajib berkata, sub-kontraktor tidak sewajarnya mengambil tindakan sesuka hati sehingga menyebabkan kesusahan orang lain.

"Bila sebut harta awam, ia bukan lagi harta kerajaan. Kalau musnahkan harta awam, itu satu tindakan jenayah.

"Agensi penguatkuasa harus menjadi contoh yang baik dalam perkara ini dengan membuat pemantauan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak yang membuat aduan bagi membolehkan Suhakam menjalankan peranannya.

"Banyak peruntukan yang diluluskan untuk penduduk Orang Asli dengan menjual nama mereka, tapi orang lain yang dapat untung.

"Perkara-perkara begini harus didedahkan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan janji-janji dan pengumuman kerajaan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan membawa wakil Orang Asli ini bertemu dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafei Afdal bagi mendapatkan penjelasan beliau.

Beliau berkata, Shafei harus menyatakan peruntukan sebenar projek tersebut, dan ia diberikan secara runding terus atau tender terbuka.

"Saya mengesyaki projek ini dijalankan secara runding terus kerana kalau buka tender, semestinya ada dokumen perjanjian dan sub-kontraktor boleh menyaman kontraktor yang belum bayar.

"Tapi kalau secara runding terus, beginilah jadinya dan amalan runding terus ini diamalkan oleh orang politik," kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambahnya, projek yang dimusnahkan itu adalah sebahagian daripada projek bekalan air ke seluruh Negeri Pahang semasa kempen pilihan raya umum (PRU), 2008 lalu bernilai RM112 juta.

“Memang tidak masuk akal, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air bila dah siap dimusnahkan pula. Orang siuman tak akan buat kerja seperti itu. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja," katanya.

Wakil penduduk kampung Orang Asli Bera, Bob Manolan Mohamad berkata, pihaknya mahu Suhakam menjalankan siasatan berhubung perkara itu termasuk mendapatkan maklumbalas daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

"Kami berharap Suhakam dapat memberi tekanan kepada kontraktor dan kementerian yang terbabit kerana perkara ini menyulitkan orang kampung yang baru sahaja mendapat bekalan air bersih.

"Kami juga meminta Suhakam menghubungi Jabatan Kebajikan Orang Asli yang sampai sekarang belum membuat sebarang kenyataan walaupun aduan sudah dibuat," kata beliau sewaktu membentangkan perkara tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah. (Gambar atas)

Kerja-kerja membuka semula saluran paip itu dilakukan secara berperingkat pada minggu kedua bulan ini menyebabkan hampir semua projek itu musnah.

Dimaklumkan, penduduk baru empat hari menerima bekalan air bersih setelah bertahun-tahun terpaksa mengangkut air dari perigi dan sungai.

Enam kampung yang terlibat dalam projek bekalan air bersih itu ialah Kampung Kuala Serting, Kampung Lengot, Kampung Lubuk Perah, Kampung Patil, Kampung Lubuk Tambangan dan Kampung Pasal.

Read More...

Baik Rosmah saman macam Haji Hadi saman Daily Mirror

PRESIDEN PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dituduh bapok pengganas dan perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.
Rosmah pula dituduh oleh akhbar Australia berbelanja mewah. Rosmah kata laporan itu "tidak benar" dan seganja "dibesar-besarkan". Jadi tunggu apa lagi Rosmah saman juta-juta akhbar tu buat macam Abdul Hadi. Dapat duit boleh berbelanja cincin RM24 juta yang tak jadi beli tu.

Rosmah dituduh berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di Australia. Pembelian itu buat kali pertama didedah dalam akhbar terkemuka Australia Sydney Morning Herald, oleh wartawan Andrew Hornery.
Berita berikutnya:

Festival Fesyen Islam: Rosmah tak 'belanja sakan'
Aidila Razak 8:45AM Jan 31, 2012

Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata kata Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

Menjawap soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Raja Rezza (kanan) berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."

Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana “aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif".

Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganyan, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian.

Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya.

Pembelian itu buat kali pertama didedahkan dalam akhbar terkemuka Australia Sydney Morning Herald, oleh wartawan Andrew Hornery (kiri) dalam kolumnya yang melaporkan bahawa Kapp berkata beliau diterbangkan ke Malaysia dengan ‘pakaian contoh’ untuk Rosmah sebelum menyiapkan 61 pesanan yang lain.

Hornery juga melaporkan bahawa Rosmah dan Najib menginap di penthouse Hotel Darling, yang menelan belanja kira-kira A$20,000 semalam semasa percutian peribadi mereka di negara itu.

Kapp juga dilaporkan mengunjungi penthouse hotel berkenaan pada malam sebelum Tahun Baru untuk menunjukkan contoh kain kepada Rosmah.

Rosmah mendakwa laporan itu "tidak benar" dan seganja "dibesar-besarkan".

Bagaimanapun Hornery dan wartawan fesyen Patty Huntington, yang menulis di blog Frockwriter tetap mempertahankan laporan mereka.

Berita saman Hadi terhadap Daily Mirror:

LONDON, 22 Oktober: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat lepas telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

1 Mei yang lalu Daily Mirror di dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang-terangan menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Mahkamah 19 Oktober telah di beritahu bahawa, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

aMereka juga bersetuju untuk membayar segala pampasan dan yuran guaman yang ditanggung oleh pihak Abdul Hadi.

Abdul Hadi telah di wakili oleh peguam Adam Tudor dan Mohamed Hanipa Maidin sebagai peguam di Malaysia.

Abdul Hadi telah merakamkan rasa gembiranya selepas perbicaraan dan menyifatkan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti Al-Qaeda sangat menjejaskan imejnya sebagai tokoh gerakan Islam yang memilih demokrasi sebagai jalan perjuangan.

Dengan kemenangan kes ini, membuktikan PAS komited dengan keamanan dan bersedia mengorak langkah dalam isu dialog Islam dan Barat, kata Abdul Hadi.

Read More...

Sunday, January 29, 2012

Najib kote belum sunat lagi - Datuk Zahrin

Roboh surau, premis niaga: 'Kami bukan PATI' Kebiasaan helikopter polis berlegar di udara setiap kali perhimpunan terutama perhimpunan pembangkang dan kali ni Datuk Bahrin ahli Umno kata terjun lombong lagi baik helikopter tu...Asal kita nak bercakap dia round aje macam kita parti komunis pulak.

Dia tak tahu yang kita menangkan dia.

Pati boleh mengundi kita nak di halau....cantik permainan dia...

Datuk Harun bagi tanah rezab Melayu 70 ribu ekar yang tinggal hanya 240 ekar kampung baru, KLCC rizeb Melayu yang dapat orang Melayu first Melayu.

Hari ni anak dara dah sunti dah boleh main kita dijadikan macam kondom dah habis pakai dia buang.

Cakap dengan Salip kita rempuh bangunan dia konon peguam Melayu.

KLCC kampung boyan... habis

Nasib kita memang sial, kita pilih pemerintah... pemerintah tindas kita balik.

Kalau mati seperti anjing tepi jalan lebih baik mati jihad fi sabilillah

Ni hak kita hak kita berniaga dia ambil

Kalau PM mahu datang la kalau berani

Aku masuk ahli Umno tahun 62 itu jam Najib kote belum sunat lagi

Read More...

Friday, January 27, 2012

Selamatkan Melayu daripada Utusan

MENTANG-mentanglah kawan kita ni aktif Himpun dan sekali berceramah dengan Dr Hasan Ali, Utusan pun mahu ambil kesempatan putar alamkan kenyataan Cikgu Azmi. Bagi kita itu hak Cikgu Azmi dia nak ceramah tang mana pun tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Jangan pulak kebenaran mahu dipusing bagi kelirukan rakyat. Apa jadah Utusan ni asyik nak putar kepala rakyat. Nak celarukan rakyat. Bertaubatlah demi bangsa kita. Apakah perlu kita kempen selamatkan bangsa kita daripada Utusan?

Berita berikutnya:

Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras

Harakahdaily, 26 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."

Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'.

"Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.

"Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali," kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," katanya.

Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.

"Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.

Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat.

Read More...

Thursday, January 26, 2012

Hasan Ali kesudahannya letih

PENGALAMAN lalu seperti Ustaz Latif dari Besut, Ustaz Ghazali dari Losong Terengganu akhirnya mengaku kalah selepas penat berceramah atas platform Umno.

Walaupun mereka tidak masuk Umno tetapi selepas digantung daripada PAS, mereka berceramah bersama platform Umno mengambil kesempatan menyerang pemimpin PAS yang menyebabkan mereka digantung. Akhirnya mereka ini kepenatan dan mohon masuk PAS kembali. Itu yang saya mahu ingatkan Hasan Ali.

Saya tahu Hasan Ali bukan macam Ibrahim Ali. Semua serba serbi Hasan Ali tidak boleh menandingi Ibrahim Ali.

Hasan Ali bukan orang banyak duit, tidak macam Ibrahim Ali. Ibrahim Ali kalau dia mahu dia boleh beli rakyat Pasir Mas tetapi Hasan Ali apa ada.

Tengku Razaliegh Hamzah pun yang banyak duit hanya mampu bertahan tiga penggal bawa Parti Semangat 46 kemudian tidak tahan… masuk balik Umno. Tak leh tahan kalau tak da duit...

Sebab main politik menghabiskan duit. Lainla kalau lawan je menang.

Saya masih ingat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal semasa Ahmad Shabery Chik lawan Ahmad Said. Nak harap duit Semangat 46 turun kepada jentera pilihan raya bertugas… jangan harap.

Kami juga jentera PAS yang keluar duit. Saya ketika itu bertugas dibawah Cikgu Sufian dibilik gerakan di simpang jalan ke pantai bersama pemuda Binjai, Kijal, Chukai dan dari cawangan lain yang bersedia bertugas malam bagi mengawal dakyah dan sebaran Umno.

Mana ada pemuda 46. Kami semua dari PAS. Tunggu duit 46 pun tidak sampai kat bilik gerakan kami.

Hendak makan pun terpaksa pemuda yang bertugas secara sukarela hulur bagi sumbangan.

Bukan mahu perlekeh 46 tetapi peringatan bahawa kerja pilihan raya bukan kerja sorang tetapi kerja ramai.

Rasanya la… kalau orang tak pernah ceramah dan bertungkus lumus dalam jemaah PAS… rasanya dia tidak leh gi ke mana.

Boleh la takat dua tiga round… lepas tu dia sendiri rasa fed up.

Lagi pun saya perhati orang yang dia dok serang tak lawan.

Rupanya dia dok main pedang sorang… libas angin. Bunyi tu tak sampai ke mana. Akhir tuan hayung pedang ke hulu ke hilir yang penat. Kesudahannya lidah juga terjelir.

Tapi manusia itu pelupa kata Mahathir. Kata Mahathir tu termasuk la dia ni kot mudah lupa.

Sirah dan sejarah serta pengalaman lalu sudah terpampang. Selagi hati dia bersih dia akan letih jika bertindak lawan haluan.

Tidak tahu lah kalau dia bertindak nekad macam Nakhae, Asri tetapi mereka ini pun tidak boleh pi ke mana pun. Jadi calon pun tak dapat. Akhirnya orang politik berkubur dengan politiknya.

Jadi sementara masih cerah baik ambil langkah selamat. Jangan kira Ibrahim Ali. Dia banyak duit. Dia boleh belanja petugas dia tetapi Hasan Ali boleh ke… nanti lama-lama petugas Hasan Ali lari. Tinggallah Hasan Ali terkonteng-konteng.

Masa itu tiadalah lagi think tank. Ya la think tank pun mahu makan juga. Hasan boleh ke terus menerus suap…

Sementara masih laku ni boleh la round round. Itu pun laku pasal ada orang perguna kerana mereka yang guna tu rasa untung ke dia. Jadi dia guna. Kalau dah monopaus… tengok pun tak selera maka terkonteng-konteng la.

Read More...

Wednesday, January 25, 2012

Hang Tuah: Banyaknya laporan polis...

SEBELUM perhimpunan 901, hampir 300 repot polis telah dibuat oleh Melayu dan Perkasa bagi menyekat perhimpunan itu daripada terus diadakan pada 9 Januari lalu. Anda juga boleh kira berapa ratus atau ribu repot polis keatas Mohamad Sabu yang berkata Mat Indera pejuang kemerdekaan. Sehingga Prof Khoo Kay Kim kata Malaysia tidak dijajah.

Sarjana ini pula menambah Hang Tuah tidak wujud tetapi Melayu yang hunus keris senyap membisu. Perkasa yang senantiasa tampil garang buat laporan polis macam polis kawan dia pun menikus. Mana suara-suara takkan Melayu hilang di dunia. Kenapa menyepi? Apakah repot selama ini hanya mainan politik. bila PAS atau PKR atau DAP yang sebut semua pakat hentam dan repot polis tapi...

Bila bukan musuh mereka, mereka sepi membisu.

Bernangis tak berlagu Hang Tuah kerana orang Melayu sudah tidak pertahankan orang Melayu. Mungkin Hang Tuah hanya mampu bersuara sebenarnya orang Melayu sekarang lebih mempertahankan kekuasaan politik dan harta mereka daripada nama Hang Tuah.

Ehhh! Hang Tuah pun tahu menilai Melayu mana yang berpura-pura.

Baik kau jaga Perkasa nanti Hang Tuah sumpah kau kerana tidak mempertahankan nama lagenda Hang Tuah.

Berita berikut:

Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak Pernah Wujud!

January 16, 2012

PETALING JAYA – Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun sejarawan terkenal, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM) mendakwa sebaliknya.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.

“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.

Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut.

“Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” tambahnya.

Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun menjalankan penyelidikan yang bersungguh-sunguh tentang dakwaan cerita sejarah tersebut.

“Kita memang mempunyai banyak cerita tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, ahli-ahli sejarah telah bersusah payah melakukan penyelidikan sejarah awal negeri Melaka itu dan mendapati banyak cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa lalu tidak dapat dibuktikan, “katanya.

Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Beliau menambah, kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan seperti yang beliau dakwa.

Sukatan pelajaran ini bagaimanapun hanya akan diperkenalkan pada tahun 2014.

Read More...

Akhbar Siasah dichop alat Hasan Ali

SEMALAM saya menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada nombor tak dikenali katanya: "Siasah coverage Hasan Ali hebat."

Pagi ni saya mengunjungi beberapa blog untuk melihat perkembangan semasa. Rupanya sudah ada blog mengatakan Siasah pekakas Hasan Ali dan Utusan Malaysia pekakas Ibrahim Ali. Alamak sudah satu taraf Siasah dengan Utusan. Sungguh aib.

Kalau Siasah dilihat macam Sinar boleh gak tahan. Sesuailah dengan kebebasannya dan neutralnya tetapi apabila ada yang chop Siasah macam Utusan, ia suatu yang menjatuhkan maruah. Kenapa?

Sebabnya kebanyakkan rakyat tidak boleh menerima Utusan. Ada yang menyampah dengan akhbar itu. Meluat dan macam-macam yang tak baik dengan Utusan.

Jadi apabila Siasah setanding Utusan maknanya dia memang berjaya mengwujudkan satu lagi akhbar propaganda Umno.

Apa makna neutral dan berwibawa kecuali ia hanya omong kosong untuk sedap tengok apabila terpapar di situ. Kononnya neutral dan berwibawa, sebenarnya tidak wujud.

Read More...

Friday, January 20, 2012

Najib pupus Melayu

ANDA nak percaya atau tidak… terpulang tetapi ada pengkaji mengatakan nenek moyang masyarakat dunia asal Melayu Proto. Terutama orang Asia asal daripada Melayu. Hehehe marah juga orang Arab.

Namun apa yang jelas kata seorang pengomen Mohd Nasir: “Lagi satu teori… bangsa Melayu yang akan pupus tak lama lagi adalah Melayu Umno.” Ohh! Kejamnya kau Nasir.

“Golongan berkenaan yang berhijrah dari Afrika itu kemudiannya terpaksa berpindah lagi ke India, China, Jepun dan Amerika dan juga ke seluruh pelusuk dunia,- sahih Melayu Proto pun pendatang dan penumpang.

“- apa kata melayu umno? datang dari mana pula?

“- spesis melayu umno ini keturunan antarbangsa...kua kua kua,” Kong Bu Fenzi.

Hailee Harry, berkata: “I wasted umpteen years studying `Malayasian History’ and `Geography’. History turn out to be false and now Geography has become a Joke! My School Text mentioned that `Orang Asli’ of Senoi and Jakun Origin are known as `Sakai’ and were of the `Negritos’ Origin..... but now known as `Melayu Proto’, Nice Joke?”

Saya sebenarnya dah malas nak komen kerana ramai dah manusia yang cerdik beragama Islam lagi. Jadi biarlah saya serah kepada Mohd Harris Ahmad Jaal yang saya rasa ada serupa dengan kepala saya, katanya: “ Setahu aku manusia semua berasal dari Nabi Adam a.s. ....”

Bacalah kajian orang Melayu kita, tak lain tak bukan mahu angkat ekor je nampaknya


Melayu Proto nenek moyang masyarakat dunia: Pengkaji
Aidila Razak 4:40PM Jan 20, 2012

Seorang pengkaji asal-usul bangsa Melayu, Zaharah Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini berkata kajian arkeologi dan genetik boleh menunjukkan bahawa golongan Melayu Proto yang tinggal di Pentas Sunda merupakan nenek moyang kepada masyarakat dunia hari ini.

Dalam pembentangannya di satu persidangan hari ini, Zaharah menunjukkan bahawa penduduk di Pentas Sunda itu berjaya menyelamatkan diri daripada letusan besar gunung berapi Toba pada 75,000 tahun dahulu.

Penduduk seramai kira-kira 10,000 itu dan berjaya menyelamatkan diri kerana berada di Pentas Sunda – yang kini membentuk Asia Tenggara.

Golongan berkenaan yang berhijrah dari Afrika itu kemudiannya terpaksa berpindah lagi ke India, China, Jepun dan Amerika dan juga ke seluruh pelusuk dunia, bermula 50,000 tahun kemudian akibat pemanasan dunia.

Pemanasan dunia itu menyebabkan Pentas Sunda berpecah kepada kepulauan, menurut beliau lagi.

Teori berkenaan sekali gus menafikan satu lagi teori yang timbul sebelum ini bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau dari kalangan penanam padi Taiwan yang berhijrah ke kepulauan ini.

Teori ini disokong oleh pakar antropologi genetik Stephen Oppenheimer yang menunjukkan bukti bahawa Orang Melayu dan Orang Asi berasal dari Asia Tenggara.

Kajian DNA yang dilakukannya ke atas masyarakat Melayu, Semang, Senoi dan Orang Asli lain menunjukkan bahawa 44 peratus daripada nenek moyang komuniti berkenaan telah tinggal di kawasan ini sejak lebih 25,000 tahun dahulu.

Read More...

Qazaf atasi undang-undang rimba aib musuh

QAZAF hanya terdapat dalam Islam. Allah SWT mencipta manusia dan tahu perangai baik serta jahat manusia. Kerana Allah SWT tidak mencipta manusia dengan begitu sahaja tetapi mahu manusia itu menjadi khalifah di muka bumi maka Allah berikan ilmu dan peraturan bagi mengawal selia manusia supaya tidak lari daripada landasan keadilan dan kebenaran.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim kata undang-undang mengaibkan orang sudah lapuk maka sepatutnya rakyat Malaysia boleh merenung dan mengkaji qazaf. Allah SWT perintahkan qazaf kerana hendak menjaga kemuliaan manusia, menjaga maruah, aib dan malu. Asas menjaga maruah ini sama dengan qisas, iaitu bunuh balas bunuh, pukul balas pukul, penampar balas penampar, terajang balas terajang.

Undang-undang sekarang tidak ada sebaik undang-undang Islam dalam menjaga maruah seseorang walaupun mereka itu dari `kuli batak'.

Saya rasa orang bukan Islam jika memahami undang-undang ini menjaga maruah mereka sudah tentu mereka bersetuju. Kenapa tidak jika Perdana Menteri tumbuk dia atau raja tumbuk dia, kuli batak yang kena tumbuk itu boleh balas tumbuk Perdana Menteri atau raja itu. Hebatkan... terbela maruah anda.

Sapa yang boleh bela kita kalau kita orang jalanan. Apa lagi kalau kita dituduh kaki dadah, mat drat, mat gian. Bila kita ditangkap, sebelum ditanya kita sudah dipukul kerana kita orang hina konon kita sampah masyarakat... najis masyarakat.

Tetapi hanya Islam membela. Orang lain tidak boleh bela kita. Undang-undang Islam bela kita kalau kita dipukul kita boleh qisas atau balas pukul balik.

Sebaliknya kita sedih orang tidak mahu kepada undang-undang Islam. Undang-undang yang membela maruah kita sehingga kita jadi manusia penakut. Bertuhankan manusia.

Kita hendak bercakap perkara benar kita takut dibuang kerja. Rezeki disekat kononnya. Bila kita hendak melawan untuk tegakkan kebenaran kita ditakutkan dengan ugutan.

Bila kita tidak mengaku yang kita tidak buat salah, kita dipukul. Mana maruah kita mahu taruk? Akhirnya kita akan kata tak usahlah kita siapa. Kita lemah dia orang besar. Kenapa begitu?

Kerana kita tidak sedar sebenarnya Islam menjaga kita. Sebab itu Allah SWT firman sesiapa yang tolong agama dia. Allah akan tolong dia.

Sesiapa yang tolong tegakkan agama Allah. Allah akan tolong kita. Dengan tertegakkan Islam ia akan menolong kita, menjaga maruah kita, menjaga rezeki kita.

Manusia tidak angkuh, orang besar tidak angkuh, pemimpin tidak angkuh. Kerja sekat rezeki orang hanya dilakukan orang angkuh. Sifat angkuh hanya layak pada Tuhan bukan pada manusia. Kenapa manusia mahu bersikap umpama tuhan?

Berita berikutnya:

Anwar: Pinda undang-undang aib musuh politik
Abdul Rahim Sabri
8:24AM Jan 20, 2012
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik," dakwanya.

"Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda... supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud untuk menghina orang," katanya yang juga ketua pembangkang.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Mengimbau kisah pada hari keputusan liwat II diumumkan, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sempat bersarapan bersama-sama ahli keluarganya selepas bersolat subuh.

Bahkan, beliau juga sempat memeluk dan mencium ahli keluarganya kerana berkemungkinan beliau mungkin tidak balik sekiranya didapati bersalah, walaupun jauh di sudut hatinya, beliau merasa akan dilepaskan.

"Paling tidak, mungkin dibenarkan diikat jamin. Tetapi berlaku sebaliknya. Jika bersalah, mungkin riuh dalam negara dan menjadi fokus di luar negara.

"(Tetapi) saya lepas. Saya tidak tahu (sebabnya). Mungkin hakim tahu, sebab (penghakiman) dibaca cepat, beliau keluar pun cepat, tak sempat (saya) nak angkat tangan," katanya diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Yang saya pasti, the power of prayer. (Kuasa doa) ini adalah luar daripada pertimbangan politik," katanya sambil memaklumkan masyarakat tempatan dan antarabangsa turut mendoakan agar beliau dibebaskan.

Katanya, dengan keputusan itu juga menyebabkan media arus perdana "meroyan macam orang gila" dengan mencari apa-apa sahaja" untuk menyerangnya, bahkan ada pihak yang terkejut dan kesal dengan pembebasan beliau itu.

Dalam kesempatan itu juga, Anwar turut menceritakan pengalaman beliau bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan cucu bekas perdana menteri India, Rajmohan Gandhi, yang mana temujanji itu telah lama diatur sebelum keputusan liwat II ditetapkan.

Katanya, Rajmohan memperuntukkan masa selama lima jam berbincang dengan Anwar secara peribadi, berhubung usaha memartabatkan perjuangan demokrasi.

Menurutnya dalam perjalanan menuju kediaman Rajmohan yang terletak di atas bukit di Panchgani - yang memakan masa selama lima jam dari Mumbai - Anwar singgah minum sejenis air teh yang menyebabkan beliau teringat akan kelazatannya.

Anwar juga berkata selepas berada di India, beliau bertolak ke Turki untuk memenuhi undangan bertemu dengan Perdana Menteri Raceb Tayyib Erdogan.

Bagaimanapun beliau terpaksa menangguh untuk bertemu Presiden Turki Abdullah Gul kerana terpaksa pulang ke tanah air bagi menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah.

Dalam ucapannya selama 45 minit itu juga, Anwar turut memberitahu bahawa beliau menerima banyak ucapan tahniah melalui emel, SMS dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut.

Antaranya bekas naib presiden Amerika Syarikat Al-Gore, bekas perdana menteri Kanada Paul Martin dan ulama tersohor Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

Sebelum itu, orang ramai termasuk penyokong memenuhi halaman rumahnya bagi menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena pembebasan beliau daripada tuduhan liwat II.

Sebanyak empat khemah besar dipasang di halaman rumah tokoh pemimpin PKR itu dan dihamparkan tikar bagi membolehkan hadirin yang hadir duduk bersolat dan duduk mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan ketua penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty.

Read More...

Wednesday, January 18, 2012

Dr Ahmad Yunus… kira ok banding Dr Rani

SAYA dapat khabar awal pagi daripada sahabat memberitahu Dr Shafie Abu Bakar tak mungkin dilantik Exco kerana dia orang Terengganu. Sultan Selangor berjiwa negeri maka sukar bagi Dr Shafie.

(Gambar: Dr Ahmad Yunus menerima watikah perlantikan dari Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan.)

Beliau juga memberitahu Dr Ahmad Yunus Hairi akan dilantik Exco ganti Datuk Dr Hasan Mohamad Ali, bukan Dr Rani Othman. Ehh! Kenapa?

Katanya Dr Rani tidak digemari Sultan pasal ada satu kes yang diperjuangkan melibatkan zakat.

Walaupun Sultan tidak boleh mencampuri urusan perlantikan tersebut tetapi kedudukan Exco itu dekat dengan Sultan maka pada budi bicaranya memerlukan perlantikan yang diterima Sultan.

Jadi beliau memberitahu bahawa Dr Ahmad yang layak. Kesiannya Dr Rani kerana dah ramai bagi tahniah dekat dia kerana media online Malaysiakini punya pasal.

Bagaimanapun berlaku perubahan portfolio, Dr Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan. Makin kecil.

Portfolio besar Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini diberi kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, kata Malaysiakini, Dr Rani calon pilihan ganti Hasan Ali.

Saya pun tidak tahu apa penilaian Malaysiakini? Apakah ia kerana Pesuruhjaya PAS Selangor?

Saya rasa Malaysiakini tidak kenal sangat dengan Dr Rani. Saya akui dia bagus dengan masyarakat tetapi merit untuk Exco bukan itu sahaja. Ia memerlukan banyak penilitian.

Bagaimanapun sedikit panduan kepada yang boleh saya beri gambaran bahawa apa yang saya kata ada asasnya bukan semborono. Jika anda rajin ke sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, anda boleh perhati dan dengar perbahasan dan ucapannya.

Kemudian anda nilai sendiri, ada tokoh atau tidak?

Berita berkaitan:

Dr Yunus ganti Hasan Ali

Harakahdaily, 18 Jan 2012

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Perawakan

Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.

Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad.

Read More...

Tuesday, January 17, 2012

Tiga Jalur bersaing Amanah, Perkasa

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) politik dijangka berrtambah kerana kabarnya Tiga Jalur pulak akan ditubuhkan. Ia seumpama Amanah dan Perkasa.

Amanah di pengerusikan Tengku Razaliegh Hamzah bersama dengan Datuk Sheik Fadzil. Perkasa mula oleh Ibrahim Ali. Nampaknya sudah ada lumrah golongan yang tidak ada tempat dan ruang dalam politik bergerak melaluii NGO.

Mungkin banyak kebaikannya orang politik bergerak melalui NGO atau mungkin mereka ini sudah tidak ada kemampuan membaca arus politik dan siapa yang patut mereka sokong atau bersama memperjuangkan prinsip dan dasar parti mereka.

Bagaimanapun ruang untuk mereka berpolitik masih diawangan kerana ia akan dilihat pengaruh peribadi masing-masing.

Jika mereka berani bertanding bebas mungkin akan berlaku tiga penjuru. Jika mereka pandai menggunakan kesempatan mereka mungkin ditawarkan oleh parti politik bertanding atas tiket mereka.

Read More...

Monday, January 16, 2012

Tok Guru Salleh tegur pimpinan PAS jangan dengki

TOKOH ulama, Tuan Guru Salleh Musa menegur pimpinan PAS, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.

Katanya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.

Tambah beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.

Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.

“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.

Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu.

Katanya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.

Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.

Nasihatnya, ahli PAS perlu mengelak menjadikan kemenangan ini untuk mendapatkan habuan kebendaan dan meminta-minta seperti mana Umno.

“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.

Tokoh ulama itu juga menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.

“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.

Read More...

Sunday, January 15, 2012

Dr Rani..., apa kurangnya Dr Shafie

DR Rani dikatakan akan dilantik jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) yang ditinggalkan Datuk Dr Hasan Ali kerana dipecat ahli PAS. Mungkin kerana jawatannya dalam PAS sebagai Pesururuhjaya.

Tetapi kalau mengikut merit bagi saya lebih baik Dr Shafie. Malah beliau bukan orang meminta-minta. Dia tidak menonjol tetapi ia bukan bermakna ia tidak ada kelayakkan.

Mungkin pemilihan banyak berdasarkan populariti dan pembodek. Siapa yang kuat bertemu pemimpin atas dan kuat mengasah otak pemimpin maka makin kuat ruang dia untuk ke depan.

Pembodek ni payah pemimpin nak kenal kecuali pemimpin mendapat laporan daripada bawah.

Yb Dr Shafie Abu Bakar timbalan Exco hal ehwal agama. Apa kurangnya beliau untuk dilantik sebagai Exco tersebut.

Beliau bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor mempunyai pendirian dalam perjuangan tanpa terikut dan pembodek individu tertentu.

Hasan Ali yang melantik beliau tetapi itu tidak bermakna beliau tidak boleh mengkritik pimpinan. Inilah sikap yang ada pada beliau bukan pembodek tetapi pembetul dan peringatan.

Beliau dipecat sebagai Timbalan Pesuruhjaya oleh Dr Hasan Mohd Ali. Maknanya masa era kepimpinan Hasan Ali beliau dijatuhkan malah di era baru pun beliau tidak disukai kerana sikap tegas beliau.

Orang seperti ini banyak menyelamatkan jemaah kerana keberanian beliau menegur dan mengkritik dalam mesyuarat.

Dr. Shafie seorang ahli politik PAS dan Adun N26 Bangi, Selangor.

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama) UKM (1974)
Diploma Pendidikan UKM (1975)
Ijazah Sarjana [UKM] (1977)
Ijazah Doktor Falsafah UKM (1991)

Pengalaman

Guru Sekolah Menengah Agama Terengganu (1963-1970)
Pengasas Persatuan Mahasiswa UKM (1970-1972)
Pensyarah Jabatan Persuratan Melayu (JPM) UKM (1976-1992)
Penyelaras Pengajian Siswazah JPM UKM (1995-1999)
Ahli Panel Hadiah Sastera Malaysia/Perdana (1986-2000)
Pengasas Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (1978)

Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Selangor Darul Ehsan (1999-2004)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (2000-2006)
YDP PAS Hulu Langat (2000-2003)
YDP PAS Serdang (2000-kini)
Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja, Peneroka Bandar dan Golongan Miskin PAS Pusat (2007-kini)

Read More...

Pakatan bercelaru banyak sangat slogan

PAS dengan 'PAS ganti Umno' (PGU). Kemudian `Asalkan Bukan Umno' (Abu) dikatakan telah dilancar di tapak Markaz Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sekarang timbul pulak `Malaysia Tanpa Umno' (MTU). Nampak sangat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) saling berlumba nak jadi pemimpin, tidak selaras dan tak kerauan.

Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’
14 Januari 2012

ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.

“Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.

Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.

Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.

“Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa,” jelasnya.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.

Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.

“Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.

Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.

“Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala,” katanya lagi.

Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.

“Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno,” ujarnya.

Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga.

“Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat,” katanya.

Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.

Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.

Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

“Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno.

Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.

Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.

“Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam,” katanya.

Read More...

Saturday, January 14, 2012

Kain Shahrizat terlondeh


BELUM pun sempat Datuk Shahrizat selak kain, tiba-tiba kain dia terlondeh. Kalau dalam perhimpunan wanita Umno penghujung tahun lalu bukan main lagi beliau mencabar mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC tapi nampak gayanya kali ini beliau terpaksa ambil kain sarung tutup muka.

Barangkali kerana gelojoh sangat mencabar pemimpin Pakatan Rakyat beliau tak sedar kain terlondeh. Belum sempat buka gelanggang kain dah terlondeh. Belum lagi selak kain nak ajar Rafizi biar lari kecut perut.

Bila dah terlondeh maka nak tutup malu kononnya dinasihatkan bercuti. Biasanya kalau bercuti macam ni Shahrizat dah rasa kedudukan tak selamat.

Betullah cerita lembu Shahrizat berbahang. Orang bela lembu sediakan kandang, kamu bela lembu sedia kondo.

Ini tidak adil namanya. Tak adil bagi lembu. Mana sesuai lembu duduk kondo. Lembu memang sesuai dikandang.

Sikap ini dah melampau. Bila melampau menyalahi adat. Orang tua kata biar mati anak jangan mati adat. Jadi Shahrizat dah langgar adat.

Saya teringat cerita lembu.

Lembu kalau dijaga tuan yang reti, dia akan sediakan kandang bukan kondo, bagi tempat rehat lembu terutama pada sebelah malam.

Kalau kondo dia akan menyusahkan orang lain pasal lembu tak reti nak turun lif. Bilik air dia ingat sungai. Orang nak mandi dia boleh intai pulak tu.

Begitu juga manusia kalau ia dijaga tuhan yang menciptanya diberikan panduan iaitu al-Quran yang sesuai dengan manusia bukan melampaui adat.

Jadi jika manusia ikut tuhan yang mencipta dia maka selamat kerana Allah SWT tahu apa yang boleh dan tidak boleh dan apa yang melampau dan tidak layak pada manusia.

Berita berkaitan:

K'jaan akan umum langkah atasi kemelut NFC
Jan 14, 2012

Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin berkata segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di Kangar.

Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit.

Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan.

SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Read More...

Lembu NFC rasuah mula diakui Najib

AKHIRNYA Umno akui lembu Shahrizat tu rasuah. Najib dah beku aset NFC. Jadi hok Pakatan Rakyat dedah tu rupanya betul.

Sedangkan selama ini Umno dok pertahan sangat Shahrizat malah tuduh PR buat pembohongan. Akhbar Siasah baru bukan main lagi pertahan Shahrizat dan NFC walaupun perkara tu didedah dalam laporan audit negara.

Berita PR dedah penyelewengan NFC tidak siar. Selagi pemikir Siasah macam ni selagi itu rakyat beku macam pemikiran editorial Siasah.

Tapi saya rasa minda rakyat lebih terbuka daripada kumpulan tersebut. Sebab itu mereka lebih cerdik daripada kumpulan yang membeku itu.

Rakyat dapat banyak maklumat dari sumber lain walaupun mereka tidak lagi dapat info daripada Siasah yang selama ini mereka baca.

Rakyat menolak kerana mereka tahu nilai berita. Apa yang masalahnya kumpulan itu tidak faham apa yang dikehendaki pembaca pasal dia tidak terbuka. Dok takok lama.

Taksud... dia kata orang taksud tetapi orang yang dia tuduh taksud boleh menerima berita PAS dserang Siasah tetapi kumpulan itu tidak boleh terima langsung berita serang Umno.

Anda boleh nilai, siapa yang taksud? Tetapi biasala Umno ini kerja dia menghukum orang.

Berita berkaitan:

Semua aset NFC telah dibekukan, kata PM
Jan 14, 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Read More...

Harun Din jawab tuduhan Hasan Ali

DATUK Dr Hasan Mohd Ali dikatakan tidak menarik balik tuduhannya mengatakan PAS keluar dari landasan. Ini bermakna PAS sudah keluar dari landasan asal perjuangannya.

Saya tidak kisah kalau Hasan Ali mahu menyerang Mustafa Ali, Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz, atau sapa-sapa pimpinan PAS atau Hasan Ali mahu menyerang PAS asalkan ia benar-benar atau Hasan Ali dapat buktikan perjuangan Islam PAS itu telah keluar dari landasan Islam. Tetapi ia hanya dakwaan Hasan Ali.

Apa bukti dan hujah Hasan Ali mengatakan PAS keluar dari landasan? Hasan tidak boleh mengemukakan hujah kecuali mengatakan kerana semata-mata PAS mahu menegakkan negara kebajikan. Malah tiada satu nas pun dikemuakakan Hasan kecuali hanya tuduhan.

Sedangkan kita orang Islam berpandu dan rujuk kepada nas sama ada al-Quran dan hadis. Kemukakan nas... baru orang Islam boleh terima dakwaan Hasan Ali.

Soalnya dalam muktamar PAS lalu telah dibincang perkara ini tetapi kenapa Hasan tidak bahas. Saya dengar dan ikuti malah dalam ucapan dasar Tuan Guru Abdul Hadi berhujah dengan nas.

Kawan-kawan beritahu saya Hasan Ali ada datang kenapa tak jumpa. Selepas beliau dipecat saya tidak minat berjumpa dengan dia.

Jangan bercita-cita cari musuh tetapi kalau bertemu musuh maka hadap. Jadi buat apa saya nak bertemu dengan dia tetapi kalau terserempak saya akan kata: "Dulu saya pertahan pendangan Datuk hingga orang chop muka saya muka geng UG (geng kerajaan perpaduan).

Sedangkan saya berhujah berdasarkan perbincangan. Perkara yang masih diperingkat perbincangan. Biasalah kalau ada satu-satu pendapat atau pandangan ia akan dibincang secara masak sebelum di terima.

Takkan kita bagi proposal terus diterima. Ia mesti dibincang secara menyeluruh. Orang bagi cadangan takkan kita terus nak tolak. Apabila perkara itu lumat dibincankan baru kita dapat keputusan. Keputusan yang diambil itu kita hormat.

Masalahnya perkara masih diperingkat perbincangan telah tersebar. Itu yang kecoh dan tuduh menuduh dan timbul fitnah. Walaupun ia betul tetapi tetap fitnah pasal ia bukan keputusan.

Saat akhir pun saya pertahan Datuk malah saya serang Mahfuz yang suruh Datuk keluar PAS masuk Umno. Hujah Mahfuz macam orang tidak bertamadun. Terkelih sikit suruh keluar PAS.

Macam bapak kalau terkelih sikit suruh keluar rumah. Rosak lah buduk tu kalau ramai bapak macam Mahfuz.

Tetapi saya paling kecewa bila Datuk tuduh PAS keluar dari landasan. Saya paling seronok bila Datuk saling menyerang dengan Mustafa Ali tetapi bila tuduh PAS keluar dari landasan saya tidak boleh terima Datuk kerana itu hanya tuduhan. Datuk tidak kemukakan nas untuk mambuktikan hujah Datuk.

Malah saya rasa Datuk belum menarik tuduhan itu kerana datuk kata yang datuk minta maaf tentang negara kebajikan. bukan keluar dari landasan.

Oleh kerana datuk bukan lagi orang PAS maka di sini saya kemukakan jawapan Dr Harun menjawab persoalan sama. Rupanya hujah Datuk sama dengan hujah media dan orang Umno. Saya ingat boleh bimbang Umno tetapi Umno yang bimbing datuk. Ini masalahnya.

Dalam pertanyaan dibawah disebut melencong. Saya rasa melencong lebih baik daripada keluar. Melencong biasanya dia akan balik jalan asal, cuma dilencongkan. Tapi bila tuduh keluar payah, lama baru boleh masuk balik.

Ikuti tulisan ini yang disiarkan Harakahdaily:

Datuk (Dr Harun Din), akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.

Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

Read More...

Friday, January 13, 2012

Hasan Ali mungkin jaga Sultan

PERJUANGAN besar Datuk Dr Hasan Ali antara menjaga martabat sultan mungkin tercapai kerana sumber memberitahu beliau mungkin dianugerahkan jawatan dalam istana atau berkaitan dengan kesultanan.

Cuma tinggal lagi Hasan perlu perjuangkan Islam yang cuba dimurtadkan Kristian serta orang Melayu yang berpecah belah. Dikhabarkan kedudukan Hasan di situ nanti tidak menyekat beliau untuk memperjuangkan tiga perkara yang sering dilaungkan semasa berkrisis dengan PAS hingga menuduh PAS keluar daripada landasan.

Kata beliau itu diceritakan sampai sekarang masih belum ditarik balik maka sesuailah orang seperti itu duduk di luar PAS.

Masalahnya bila beliau di luar PAS tak ada pulak sidang media bagi kaw-kaw, panas-panas gitu. Atau PC dah tak dapat sambutan.

Saya sebenarnya terkedu juga laporan TV3 kononnya ramai orang kat rumah Hasan Ali bila dia dibuang PAS. Macam Anwar kena buang dengan Umno dulu 1998. Rupanya yang hadir cuma Perkasa.

Ustaz Ismail Kamus yang didakwa TV3 hadir di situ pun rasa aib kalau bersama dalam majlis itu. Sebab itu dia nak saman media yang buat cerita bohong.

Masa Anwar kena pecat Umno dulu ramai kawan dia kerumun tapi kenapa tidak macam tu ya kat Hasan Ali. Sepatutnya peristiwa Anwar tu dah ambil iktibar.

Orang yang sambut Anwar bila dia dibuang Umno tu orang PAS juga ada. Ustaz Fadzil ada. Orang PAS ni kalau kawan ditimpa musibah dia cepat datang. Tapi malanglah kalau orang PAS dia buat musibah sendiri. Nasib tak ada yang datanglah malah ada yang kata aib kalau datang.

Pasal Hasan Ali nak sangat perjuangkan raja-raja Melayu baguslah Allah SWT meletakkan Hasan di situ.

Hasan Ali digugur dari jawatan exco k'jaan S'gor
Jan 13, 2012

Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".

Read More...

Tolong muslimat jawab tulisan Nasrudin Tantawi


MANA lebih kuat nas dengan budaya setempat. Ini nak jawab hujah Nasrudin Hasan Tantawi dia kata ke muslimat kena jaga budaya kita. Saya rasa budaya kita Melayu banyak berasaskan tatasusila Islam.

Dalam klik video di atas tidak nampak pun muslimat menyalahi budaya Melayu. Kalau tuduhan mengatakan muslimat menjerit, pada saya tidak keterlaluan. Berbanding dengan wanita dan puteri lagi teruk. Tapi kita sedih kerana Tantawi turut ikut terpengaruh dengan Utusan.

Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dr Maza (Dr Asri Zainul Abidin) menjawab persoalan nyanyian ini. Harap pemuda PAS jangan keterlaluan.

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah.

Ada sesetengah pandangan yang cuba menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak menolak dakwaan Abu Bakr bahawa nyanyian suara syaitan, cumanya hanya diizinkan disebabkan hari raya. Penghujahan seperti ini tidak kukuh. Sebabnya, apakah jika nyanyian suara syaitan maka pada hari raya ia tidak menjadi suara syaitan lagi dan selepas itu kembali menjadi suara syaitan semula?! Atau apakah pada hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr. Suara syaitan sepatutnya bukan dikaitkan dengan hari dan waktu, tetapi dengan isi kandungan!.

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa

“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Maka, dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau pejabat dan seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi s.a.w pernah bersabda: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diistiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang biasanya dilakukan secara senyap-senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang menafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak becanggah dengan ajaran Nabi s.a.w.

Dalam riwayat Muslim, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang akan menyanyi ketika dalam dalam perjalanan. Nama beliau Anjasyah. Kata Anas:

“Bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai seorang pemandu unta yang mempunyai suara yang lunak. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: “Perlahan wahai Anjasyah! Jangan pecahkan kaca (wanita-wanita)” (Riwayat Muslim).

Ulama hadis berbeza pendapat tentang maksud Nabi s.a.w dalam hadis ini. Namun, maksud yang dipaling dapat difahami ialah baginda meminta agar Anjasyah memperlahan lagunya kerana ia telah menyebabkan unta semakin pantas, sedangkan wanita-wanita iaitu isteri-isteri baginda mungkin tidak termampu bergerak sepantas itu. Ini menunjukkan bagaimana baginda tidak melarang nyanyian, sebaliknya menggunakannya untuk menggalakkan perjalanan. Cumanya, apabila menyebabkan kesusahan wanita, baginda meminta agar ia diperlahankan.

Dalam hadis lain, ‘Aishah menceritakan:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Demikian Nabi s.a.w memberi ruang untuk isterinya menikmati hiburan.

Ada sesetengah pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ terutama sebahagian mereka yang beraliran salafis yang menghadkan hiburan hanya pada hari raya sahaja atau dengan bentuk kompang tertentu sahaja. Mereka memahami hadis-hadis ini secara literal.

Bagi saya, pandangan ini boleh menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam. Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan. Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Namun, sudah pasti di sana ada batasan yang mesti dipatuhi dalam setiap perkara. Hiburan juga ada disiplin dan batasannya. Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa:

“RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat tidurku seperti engkau duduk. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut. Lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mereka juga tidak dilarang oleh Nabi s.a.w. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang salah atau bercanggahan dengan kebenaran maka ia ditegur oleh Nabi s.a.w. Dalam hadis ini Nabi s.a.w menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.

Maka, lirik-lirik nyanyian hendaklah dipastikan tidak menyanggahi syarak seperti bercanggah dengan akidah yang sahih, atau mengajak kepada maksiat, atau membohongi fakta dan seumpamanya. Demikian juga jika ia diiringi dengan perbuatan yang haram, maka hiburan dalam bentuk seperti itu diharamkan.

Seorang muslim hendaklah melihat keluasan syarak ini sekalipun dia secara individu mungkin tidak menggemarinya. Mungkin seseorang yang kuat agama itu tidak gemarkan nyanyian, tapi tidak bererti mesti diharamkan terhadap orang lain. Sebaliknya, hendaklah dia amanah dalam memberitahu keluasan syarak dalam hal ini.

Di samping tidak wajar hidup ini disibukkan dengan hiburan sehingga melupai tujuan hidup yang sebenar. Hiburan hanya diambil dengan kadarnya sahaja, jangan dijadikan tumpuan hidup. Jika dijadikan tumpuan sehingga melupai tanggungjawab Islam, maka hiburan itu akan membawa kepada dosa dan maksiat kepada Allah.

Read More...

Wednesday, January 11, 2012

Mudahnya Utusan pecahkan orang PAS

Datuk Shahrizat Jalil ugut mahu selak

UTUSAN sial melaporkan kononnya gelagat memalukan muslimat PAS. Tetapi apabila kita tengok video sebenar tak dak pun yang muslimat PAS buat perkara memalukan kalau nak banding Umno dan puteri Umno tunjuk punggung.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang bercakap: “Itu belum selak kain lagi tu…” Ini apa wanita Islam cakap macam ni. Nak tunjukan aurat dia sedangkan aurat itu maruah.

Muslimat itu kononnya dikatakan menjerit. Tapi bila kita dengar mereka bukan menjerit tetapi menyanyi. Kalau nak tahu menjerit macam Shahrizat cakap tu nak cabar Rafizi.

Puteri Umno dengan gelagat tunjuk punggung. Datuk Adnan Yaakon bukan main citer lagi perangai tunjuk punggung. Ada moral ke Umno?

Umno memang tadok moral Utusan je kerja kerja karut, gejah depan mata tak nampak kuman seberang laut pun boleh nampak. Itu yang dia keliru dia tengok kuman dari jauh dah tuduh kawan tu menjerit.
Pada hal kawan tu menyanyi.

Muslimat bernyanyi ramai-ramai tak salah. Yang salah Utusan siar benda yang tak betul.

Apa yang pelik setengah muslimat PAS terpengaruh laporan Utusan. Utusan tu pembelik jadi mudah kepala otak setengah muslimat ikut terbelik.

Saya nak ingatkan sudahlah terpengaruh dengan laporan akhbar. Kita kena ingat akibat setengah pemimpin PAS Selangor terpengaruh dengan laporan Utusan yang memutar belitkan anugerah Sultan kepada Dr Hasan Ali maka ada yang geram dan terpacul mendedahkan perkara tak sepatutnya didedah.

Akhirnya berlaku pertemburan mulut dan berakhir dengan pemecatan Hasan. Ini gara-gara bermula daripada Utusan.

Jadi orang PAS guna otak. Apakah orang PAS dengan mudah bertempur sesama sendiri hanya kerana laporan Utusan.

Kita kata Utusan Meloya, Utusan Sial, Utusan tidak betul tetapi kita sebenarnya terpengaruh laporan Utusan. Hehehe ketawa orang Utusan. Sebab itu dia makin ligat cari isu nak pecah orang PAS kerana PAS lah yang mudah terpengaruh dengan Utusan.

Read More...

Tuesday, January 10, 2012

Islam ada peraturan bukan ikut kepala sendiri

SAIFUL Bukhari nampak macam tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta maka tersebar SMS beliau diakhbar katanya: "tidak di dunia, namun di Mahsyar pasti. Reda dengan ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqomah dan sabar."

Kalau ramai orang Islam berpendapat agama tu macam sangkaan Saiful kita rasa punah jahanam Islam.

Buat apa Allah turun al-Quran? Buat apa Allah turun Nabi saw? Apakah semua itu untuk jadi bahan cerita? Cerita penglipulara.

Sebab itu ramai sangka al-Quran hanya untuk dibaca. Sedangkan Allah SWT turun al-Quran sebagai panduan. Pembimbing kita Muhammad SAW.

Kalau Muhammad SAW itu kita tidak jadikan rujukan maka sia-sia Allah SWT turun banyak kisahnya dalam al-Quran dan Hadisnya.

Muncul pulak kes Saiful menjadikan orang Islam tambah keliru..., bengang. Bila keputusan mahkamah umum lepas anwar, ada pulak yang kata di padang mahsyar belum tentu.

Islam ada panduan. Allah SWT mencipta manusia tidak begitu sahaja. Allah SWT tahu kerana itu Allah Taala menurunkan syariat atau peraturan.

Syariat bukan baru. Ia sejak nabi Adam as dicipta. Dan syariat juga berubah mengikut umat. Kita Umat Muhammad maka mengguna pakai syariat Muhammad SAW.

Syariat Adam di syurga melarang makan buah khuldi. Ketika di dunia syariat atau peraturan perkahwinan anaknya disilangkan antara adik beradik kembar.

Bila salah satunya Qabir tidak ikut syariat atau peraturan perkahwinan itu maka berlaku pergaduhan dan pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.

Itu syariat Allah ketika itu. Zaman Muhammad ummah makin bertambah maka syariat ikut berubah dan bertambah.

Syariat atau peraturan ini yang menentukan hala tuju umat Muhammad. Dari mana syariat itu. Dari al-Quran dan Hadis Rasullah SAW.

Maka kalau kita ikut syariat itu akan aman kehidupan kita. Jika sebaliknya kita akan sering bergaduh, tuduh menuduh dan perang memerangi.

Jadi tak usah Saiful bimbang memang di akhirat tempat pembalasan. Tetapi kalau dah atas dunia tak ikut cara syariat maka akhirat akan teruk lagi dipersoal Allah SWT.

Saiful mengaibkan maruah orang maka sampai masa anda diaibkan. Sekiranya diaibkan di akhirat lagi teruk.

Pasal kenapa....? Sebab akhirat itu kekal abadi. Atas dunia ini tempat kita membetulkan keadaan dan berlaku baik. Bila sudah meningggal amalan terhenti dan masa untuk dihisap.

Nasihat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man:

Semua akan diadili semula di akhirat

901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.

Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.

Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.

Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP