Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 18, 2012

Dr Ahmad Yunus… kira ok banding Dr Rani

SAYA dapat khabar awal pagi daripada sahabat memberitahu Dr Shafie Abu Bakar tak mungkin dilantik Exco kerana dia orang Terengganu. Sultan Selangor berjiwa negeri maka sukar bagi Dr Shafie.

(Gambar: Dr Ahmad Yunus menerima watikah perlantikan dari Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan.)

Beliau juga memberitahu Dr Ahmad Yunus Hairi akan dilantik Exco ganti Datuk Dr Hasan Mohamad Ali, bukan Dr Rani Othman. Ehh! Kenapa?

Katanya Dr Rani tidak digemari Sultan pasal ada satu kes yang diperjuangkan melibatkan zakat.

Walaupun Sultan tidak boleh mencampuri urusan perlantikan tersebut tetapi kedudukan Exco itu dekat dengan Sultan maka pada budi bicaranya memerlukan perlantikan yang diterima Sultan.

Jadi beliau memberitahu bahawa Dr Ahmad yang layak. Kesiannya Dr Rani kerana dah ramai bagi tahniah dekat dia kerana media online Malaysiakini punya pasal.

Bagaimanapun berlaku perubahan portfolio, Dr Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan. Makin kecil.

Portfolio besar Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini diberi kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, kata Malaysiakini, Dr Rani calon pilihan ganti Hasan Ali.

Saya pun tidak tahu apa penilaian Malaysiakini? Apakah ia kerana Pesuruhjaya PAS Selangor?

Saya rasa Malaysiakini tidak kenal sangat dengan Dr Rani. Saya akui dia bagus dengan masyarakat tetapi merit untuk Exco bukan itu sahaja. Ia memerlukan banyak penilitian.

Bagaimanapun sedikit panduan kepada yang boleh saya beri gambaran bahawa apa yang saya kata ada asasnya bukan semborono. Jika anda rajin ke sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, anda boleh perhati dan dengar perbahasan dan ucapannya.

Kemudian anda nilai sendiri, ada tokoh atau tidak?

Berita berkaitan:

Dr Yunus ganti Hasan Ali

Harakahdaily, 18 Jan 2012

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Perawakan

Dr Ahmad Yunus berperawakan lemah lembut namun tegas dan mengutamakan perkhidmatan kepada masyarakat.

Semasa menjadi Pembantu Exco kepada Dr Halimah, beliau banyak melibatkan diri dalam pembangunan belia.

Ketegasannya boleh dilihat melalui tindakannya menyaman Datuk Abdul Fatah Iskandar yang didakwanya memfitnah beliau melalui Berita Harian beberapa hari menjelang pilihan raya umum tahun 2004 lalu.

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan persetujuan Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepadanya.

Persetujuan itu direkodkan oleh pihak yang terlibat iaitu Dr Ahmad Yunus sebagai plaintif melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin dan para defendan iaitu Datuk Abdul Fatah Haji Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press ( Malaysia ) Berhad.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP