Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 13, 2012

Hasan Ali mungkin jaga Sultan

PERJUANGAN besar Datuk Dr Hasan Ali antara menjaga martabat sultan mungkin tercapai kerana sumber memberitahu beliau mungkin dianugerahkan jawatan dalam istana atau berkaitan dengan kesultanan.

Cuma tinggal lagi Hasan perlu perjuangkan Islam yang cuba dimurtadkan Kristian serta orang Melayu yang berpecah belah. Dikhabarkan kedudukan Hasan di situ nanti tidak menyekat beliau untuk memperjuangkan tiga perkara yang sering dilaungkan semasa berkrisis dengan PAS hingga menuduh PAS keluar daripada landasan.

Kata beliau itu diceritakan sampai sekarang masih belum ditarik balik maka sesuailah orang seperti itu duduk di luar PAS.

Masalahnya bila beliau di luar PAS tak ada pulak sidang media bagi kaw-kaw, panas-panas gitu. Atau PC dah tak dapat sambutan.

Saya sebenarnya terkedu juga laporan TV3 kononnya ramai orang kat rumah Hasan Ali bila dia dibuang PAS. Macam Anwar kena buang dengan Umno dulu 1998. Rupanya yang hadir cuma Perkasa.

Ustaz Ismail Kamus yang didakwa TV3 hadir di situ pun rasa aib kalau bersama dalam majlis itu. Sebab itu dia nak saman media yang buat cerita bohong.

Masa Anwar kena pecat Umno dulu ramai kawan dia kerumun tapi kenapa tidak macam tu ya kat Hasan Ali. Sepatutnya peristiwa Anwar tu dah ambil iktibar.

Orang yang sambut Anwar bila dia dibuang Umno tu orang PAS juga ada. Ustaz Fadzil ada. Orang PAS ni kalau kawan ditimpa musibah dia cepat datang. Tapi malanglah kalau orang PAS dia buat musibah sendiri. Nasib tak ada yang datanglah malah ada yang kata aib kalau datang.

Pasal Hasan Ali nak sangat perjuangkan raja-raja Melayu baguslah Allah SWT meletakkan Hasan di situ.

Hasan Ali digugur dari jawatan exco k'jaan S'gor
Jan 13, 2012

Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP