KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali seorang ‘gengtleman’ atau bersifat budiman, maka veteran PAS itu harus meletak jawatan kerana telah hilang keyakinan dan sokongan daripada partinya sendiri.
“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat.
"Hasan Ali sebagai exco mewakili PAS perlu membuat keputusan sendiri sama ada atau tidak dia mempunyai sokongan dan kepercayaan dari PAS,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Abdul Khalid berkata Pejabat Penasihat Undang-undang negeri berpandangan meskipun perkenan Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan exco, namun perkenan baginda tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran exco.
Katanya, beliau akan menghadap sultan pada mesyuarat dengan baginda pada Jumaat bagi menentukan kedudukan Hasan.
Ditanya sama ada persetujuan baginda diperlukan untuk menyingkirkan Hasan, Khalid menafikan dan berkata jawatan ini akan diputusan oleh PAS yang mempunyai kuasa menentukan siapa yang mahu dilantik mereka.
Hasan sebagai exco bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam selama ini menikmati sokongan daripada sultan berhubung perjuangannya dalam dakwaan umat Islam di negara ini cuba dimutadkan oleh kumpulan Kristian.
Mengulas perkara yang sama, pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (bawah, kanan) berkata, perlembagaan menyebelahi Abdul Khalid dalam menentukan barisan exconya.
"Walaupun Hasan Ali adalah exco untuk agama, namun beliau adalah seorang ahli exco yang tertakluk di bawah kuasa MB, bukan sultan," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini hari ini.
Katanya, Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing.
"Perlembagaan adalah jelas bahawa dalam pelantikan dan pemecatan ahli-ahli kabinet - dalam kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri - istana mesti patuhi nasihat (mereka)," katanya.
Katanya, dalam kerajaan campuran seperti Pakatan Rakyat, keputusan jawatan exco yang diperuntukkan ditentukan oleh parti masing-masing.
"Jadi, Hasan Ali boleh dipecat oleh MB Khalid berikutan keputusan PAS untuk menyingkirkan keahliannya.”
Masih ingin ‘jaga hati’ kerajaan. Rakyat dah tau janji Anwar.
-
*Muhammad Faisal (tiga dari kanan) bersama Maria (dua dari kanan) dan
Thomas (dua dari kiri) ketika merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun
Kerajaan Mad...
21 hours ago
0 comments:
Post a Comment