Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 9, 2012

PRU ke 13 dijangka Jun atau September

KUALA LUMPUR: Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat dijangka mempengaruhi ramalan popular pembubaran pilihan raya umum ke 13 kepada Jun atau September, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu, sebaliknya ia meletakkan Pakatan Rakyat semakin hampir ke Putrajaya.

“Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, Isnin lalu.

Beliau berkata, BN yang menerajui kerajaan persekutuan mempunyai niat jahat dalam mendakwa Anwar untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.

"Sudah tiba masanya untuk kita membuat perubahan dengan mendirikan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat supaya (individu) tidak bersalah tidak didakwa secara sebarangan.

"Awar telah menjadi mangsa dua kali (tuduhan liwat). Saya harap tidak ada kali ketiga. Saya harap juga Peguam Negara akan menjadikan kes ini sebagai teladan dan tidak menjadi alat kepada kerajaan BN," ujarnya.

Beliau juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP