Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 19, 2013

Anwar berpeluang tumbang Najib

Saya mengikuti beberapa penulisan Sayuti tetapi saya tidak nampak Ku Li mampu mengalahkan Najib dalam pemilihan Umno dan ahli parlimen atau perwakilan Umno yang kecewa boleh berpaling tadah.

 Kita kena faham tentang kepentingan politik orang umno begitu juga dengan Ku Li. Sebab itu Ku Li terus bertanding dalam Umno. Sebelum saya membaca tulisan itu saya dan beberapa kawan telah membincangkan hal ini kenapa ku li sampai ke sabah sehingga menjadi kebimbangan Najib dan mahathir.

Satu perkara yang saya agak mustahil tetapi menjadi macam satu keyakinan kepada pkr untuk berkuasa dengan petisyen pilihan raya umum ke 13. Sedangkan sebelum ini kita telah tertipu keyakinan terlampau Anwar sebelum pru ke 13, pakatan akan memerintah Malaysia pada pru13. 

 Hakikatnya kita saksikan sekarang dan memang ada bukti yang jelas penipuan SPR tetapi ia belum tentu pakatan berjaya dalam petisyen akan datang. Dalam perbincangan dengan kawan-kawan dan untuk dikeongsi bersama saya mengulas isu ku li kepada Sabah kemungkinan untuk mencari pengaruh menentang najib.

 Pada saya ku li sukar menang kerana beliau tekenal dengan politik bersih. Sedangkan najib boleh menggunakan pelbagai kekuatan dan pengrauh serta wang untuk menguasai perwakilan. Jadi saya rasa ku li tidak ada kemampuan.

 Cuma saya rasa ku li ada harapan untuk beliau menjadi perdana menteri bukan presiden umno. Saya memberi pandangan ini tetapi ia perlu kepada sokongan pakatan. Ku Li cuma perlu menjalankan agendanya sebagaimana yang pernah dirancang oleh anwar yang menjadi isu 16 September selepas pru12.

 Ku li perlu menarik sokongan mp bn dan eliau ke sabah ada peluang untuk strategi itu. Sabah boleh memberi sokonagn kepada ku li kerana politik negeri itu dan royalti minyak. Setelah itu peranan boleh diteruskan dengan menguasai mp pakatan melalui Anwar.

 Saya rasa dengan ini peluang anwar untuk menjadi pm boleh kesampaian dengan mengenakan beberapa syarat kepada ku li. Ku li sebagai pm mesti laksanakan manifesto pakatan dan melantik Anwar sebagai tpm. Saya rasa rancanan ini boleh diterima oleh PAS kerana pas pernah menyuarakan ku li sebagai pm.

 Cuma saya tidka tahu sejauh mana dap boleh menrima rancangan inidan ku li jadi pm tetapi kalau ku li sedia menerima manifsoto pakatan dan melaksanakan dibawah pemerintahannya maka menjadi alasan sukar untuk dap menolak.

 Lagi pun saya rasa pas bukan kemaruk sangat untuk jawatan pm. Jad rangana ini tidak sukar untuk diterima pakatan. dan anwar sendiri kerana peluang beliau sebagai pm selepas ku li. Anwar harus ingat beliau terlalu banyak sangat janji. janji untuk bersara kalau tidak jadi pm pada pru13 kerana terlalu yakin boleh tawan putrajaya.

 Dengan alasan pru13 pincang dan mahu perbetulkan maka anwar masih boleh menruskan cita-citanya sehingga sekarang tetapi apakah beliau akan bertanding dalam pru14. Ini jadi mimpin ngeri anwar kelau tidak berjaya jadi pm sebelum pru14. Jadi saya cangan anwar boleh guna formula ini. namun kena juga diketahui isu hati ku li bersediakan beliau dilebel pemusnah umno oleh orang umno jika teori ini memjadi.

 Namun untuk kebaikan rakyat malaysia, saya rasa tidak salah kita memusnah perkara zalim. Cuma pada sejarah umno yang tidka syok tetapi sejarah malaysia, ku li dinobat sebagai bapa pencets perubahan politik malaysia.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP