Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 14, 2012

Lembu NFC rasuah mula diakui Najib

AKHIRNYA Umno akui lembu Shahrizat tu rasuah. Najib dah beku aset NFC. Jadi hok Pakatan Rakyat dedah tu rupanya betul.

Sedangkan selama ini Umno dok pertahan sangat Shahrizat malah tuduh PR buat pembohongan. Akhbar Siasah baru bukan main lagi pertahan Shahrizat dan NFC walaupun perkara tu didedah dalam laporan audit negara.

Berita PR dedah penyelewengan NFC tidak siar. Selagi pemikir Siasah macam ni selagi itu rakyat beku macam pemikiran editorial Siasah.

Tapi saya rasa minda rakyat lebih terbuka daripada kumpulan tersebut. Sebab itu mereka lebih cerdik daripada kumpulan yang membeku itu.

Rakyat dapat banyak maklumat dari sumber lain walaupun mereka tidak lagi dapat info daripada Siasah yang selama ini mereka baca.

Rakyat menolak kerana mereka tahu nilai berita. Apa yang masalahnya kumpulan itu tidak faham apa yang dikehendaki pembaca pasal dia tidak terbuka. Dok takok lama.

Taksud... dia kata orang taksud tetapi orang yang dia tuduh taksud boleh menerima berita PAS dserang Siasah tetapi kumpulan itu tidak boleh terima langsung berita serang Umno.

Anda boleh nilai, siapa yang taksud? Tetapi biasala Umno ini kerja dia menghukum orang.

Berita berkaitan:

Semua aset NFC telah dibekukan, kata PM
Jan 14, 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP