Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 14, 2012

Harun Din jawab tuduhan Hasan Ali

DATUK Dr Hasan Mohd Ali dikatakan tidak menarik balik tuduhannya mengatakan PAS keluar dari landasan. Ini bermakna PAS sudah keluar dari landasan asal perjuangannya.

Saya tidak kisah kalau Hasan Ali mahu menyerang Mustafa Ali, Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz, atau sapa-sapa pimpinan PAS atau Hasan Ali mahu menyerang PAS asalkan ia benar-benar atau Hasan Ali dapat buktikan perjuangan Islam PAS itu telah keluar dari landasan Islam. Tetapi ia hanya dakwaan Hasan Ali.

Apa bukti dan hujah Hasan Ali mengatakan PAS keluar dari landasan? Hasan tidak boleh mengemukakan hujah kecuali mengatakan kerana semata-mata PAS mahu menegakkan negara kebajikan. Malah tiada satu nas pun dikemuakakan Hasan kecuali hanya tuduhan.

Sedangkan kita orang Islam berpandu dan rujuk kepada nas sama ada al-Quran dan hadis. Kemukakan nas... baru orang Islam boleh terima dakwaan Hasan Ali.

Soalnya dalam muktamar PAS lalu telah dibincang perkara ini tetapi kenapa Hasan tidak bahas. Saya dengar dan ikuti malah dalam ucapan dasar Tuan Guru Abdul Hadi berhujah dengan nas.

Kawan-kawan beritahu saya Hasan Ali ada datang kenapa tak jumpa. Selepas beliau dipecat saya tidak minat berjumpa dengan dia.

Jangan bercita-cita cari musuh tetapi kalau bertemu musuh maka hadap. Jadi buat apa saya nak bertemu dengan dia tetapi kalau terserempak saya akan kata: "Dulu saya pertahan pendangan Datuk hingga orang chop muka saya muka geng UG (geng kerajaan perpaduan).

Sedangkan saya berhujah berdasarkan perbincangan. Perkara yang masih diperingkat perbincangan. Biasalah kalau ada satu-satu pendapat atau pandangan ia akan dibincang secara masak sebelum di terima.

Takkan kita bagi proposal terus diterima. Ia mesti dibincang secara menyeluruh. Orang bagi cadangan takkan kita terus nak tolak. Apabila perkara itu lumat dibincankan baru kita dapat keputusan. Keputusan yang diambil itu kita hormat.

Masalahnya perkara masih diperingkat perbincangan telah tersebar. Itu yang kecoh dan tuduh menuduh dan timbul fitnah. Walaupun ia betul tetapi tetap fitnah pasal ia bukan keputusan.

Saat akhir pun saya pertahan Datuk malah saya serang Mahfuz yang suruh Datuk keluar PAS masuk Umno. Hujah Mahfuz macam orang tidak bertamadun. Terkelih sikit suruh keluar PAS.

Macam bapak kalau terkelih sikit suruh keluar rumah. Rosak lah buduk tu kalau ramai bapak macam Mahfuz.

Tetapi saya paling kecewa bila Datuk tuduh PAS keluar dari landasan. Saya paling seronok bila Datuk saling menyerang dengan Mustafa Ali tetapi bila tuduh PAS keluar dari landasan saya tidak boleh terima Datuk kerana itu hanya tuduhan. Datuk tidak kemukakan nas untuk mambuktikan hujah Datuk.

Malah saya rasa Datuk belum menarik tuduhan itu kerana datuk kata yang datuk minta maaf tentang negara kebajikan. bukan keluar dari landasan.

Oleh kerana datuk bukan lagi orang PAS maka di sini saya kemukakan jawapan Dr Harun menjawab persoalan sama. Rupanya hujah Datuk sama dengan hujah media dan orang Umno. Saya ingat boleh bimbang Umno tetapi Umno yang bimbing datuk. Ini masalahnya.

Dalam pertanyaan dibawah disebut melencong. Saya rasa melencong lebih baik daripada keluar. Melencong biasanya dia akan balik jalan asal, cuma dilencongkan. Tapi bila tuduh keluar payah, lama baru boleh masuk balik.

Ikuti tulisan ini yang disiarkan Harakahdaily:

Datuk (Dr Harun Din), akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.

Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

2 comments:

syeikh al-firdaus April 7, 2012 at 12:16 AM  

entah kenapa perlu kita bertengkar? sampai bila? sampai DAP nagn PKR mempermainkan agama islam dan memperjudikan agama islam? sanggupkah anda melihat kesucian islam di cemari dgn politik kotor pas? kenapa qamy ulama pas yang keluaq pas? kenpa? knape?cuba nilai daqi mata hati...tgk balek apa y diperjuangkan...jangan jd golongan yang Allah laknat nanti diakhirat sana.kita sama2 ada tugas d bumi Allah nie. bkan tujuan kita nak cari salah owang laen? cukupkah amalan kita nie? layakah kita ke syurga Allah? sdgkan sesama islam kita kafirkan? perlukah sampay ketahap itu? dulu isu masjid,owang bkan islam msuk masjid...skrang isu murtad... kenapa ha?
jagn kita nak salahkan owang lain...cek balik diri kita. jangn jd macm yahudi laknatulah. keras kepala. jagn jdi kaum terdahulu.sedarkah kita neraka paling bwh bagi golongan munafik? mahukah kita tergolong dalm golong tersebut? cuba cek balik ati kita kat mana? egt balik apa tujuan kita kat bumi Allah nie? saya ingin bawa satu hadis nie renungkan lah.jgn cpat melengting. kita seakidah.xperlu nak ditengkarkan. kita nie bersaudara.kita nie sesama umat.kita nie sama ja beza taqwa ja. kita nie lemah sedaq x? kita nie umat muhammad. kita nie Tuhan yang sama. kenapa perlu dibezakan? kafirkah bagi penyongkong UMNO? berdosakah mereka? bagaimana plak PAS? islamkah mereka bagi pyongkong PAS? dapt pahalakah? hey. tu suma keja Allah. sapa kita nie ha? layakah kita y nak tentu tu suma ha? k nie hadisnya "Hadis Muslim:
Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya Allah REDHA kepadamu tentang 3 perkara dan BENCI kepadamu tentang 3 perkara pula. RedhaNya: Supaya kamu menyembahNya tanpa mempersekutukanNya dengan sesuatu,supaya semua kamu berpegang kepada agamaNya dan JANGANLAH KAMU BERPECAH-BELAH. BenciNya: Percaya kepada kabar-kabar yang tidak tentu sumber,suka bertanya tentang hal-hal yang tidak perlu dan memboroskan harta.

hadis kedua plak:

Hadis Muslim:
Auf bin Malik r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik pemimpinmu ialah yang kamu cintai dan mereka cinta kepada kamu dan kamu do'akan dan mereka mendo'akan kamu. Dan sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan membenci pada kamu,dan kamu kutuk dan mengutuk kamu. Sahabat bertanya: Bolehkah kami menentang mereka? Jawabnya: TIDAK,SELAMA MEREKA TETAP MENEGAKKAN SEMBAHYANG.

harap...anda semua terbuka hati dan minda. semoga hidayah dan taufiknya dipayungi kita suma insya Allah. egt tugas kita? sapa kita? dan berbalik la kpada quran dan hadis. salam. dan minx maap bagi y terasa. dan maap bagi maqah. tapi daqi hati sanubari saya. thanx na.

Johan September 14, 2014 at 9:16 PM  

DAP tak suka Hassan. Kacau. Kena jaga ni sebab DAP sangat akrab dengan Mat yang menceritakan kebaikan melayu bakar melayu di Johor.

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP