Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 26, 2012

Hasan Ali kesudahannya letih

PENGALAMAN lalu seperti Ustaz Latif dari Besut, Ustaz Ghazali dari Losong Terengganu akhirnya mengaku kalah selepas penat berceramah atas platform Umno.

Walaupun mereka tidak masuk Umno tetapi selepas digantung daripada PAS, mereka berceramah bersama platform Umno mengambil kesempatan menyerang pemimpin PAS yang menyebabkan mereka digantung. Akhirnya mereka ini kepenatan dan mohon masuk PAS kembali. Itu yang saya mahu ingatkan Hasan Ali.

Saya tahu Hasan Ali bukan macam Ibrahim Ali. Semua serba serbi Hasan Ali tidak boleh menandingi Ibrahim Ali.

Hasan Ali bukan orang banyak duit, tidak macam Ibrahim Ali. Ibrahim Ali kalau dia mahu dia boleh beli rakyat Pasir Mas tetapi Hasan Ali apa ada.

Tengku Razaliegh Hamzah pun yang banyak duit hanya mampu bertahan tiga penggal bawa Parti Semangat 46 kemudian tidak tahan… masuk balik Umno. Tak leh tahan kalau tak da duit...

Sebab main politik menghabiskan duit. Lainla kalau lawan je menang.

Saya masih ingat pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal semasa Ahmad Shabery Chik lawan Ahmad Said. Nak harap duit Semangat 46 turun kepada jentera pilihan raya bertugas… jangan harap.

Kami juga jentera PAS yang keluar duit. Saya ketika itu bertugas dibawah Cikgu Sufian dibilik gerakan di simpang jalan ke pantai bersama pemuda Binjai, Kijal, Chukai dan dari cawangan lain yang bersedia bertugas malam bagi mengawal dakyah dan sebaran Umno.

Mana ada pemuda 46. Kami semua dari PAS. Tunggu duit 46 pun tidak sampai kat bilik gerakan kami.

Hendak makan pun terpaksa pemuda yang bertugas secara sukarela hulur bagi sumbangan.

Bukan mahu perlekeh 46 tetapi peringatan bahawa kerja pilihan raya bukan kerja sorang tetapi kerja ramai.

Rasanya la… kalau orang tak pernah ceramah dan bertungkus lumus dalam jemaah PAS… rasanya dia tidak leh gi ke mana.

Boleh la takat dua tiga round… lepas tu dia sendiri rasa fed up.

Lagi pun saya perhati orang yang dia dok serang tak lawan.

Rupanya dia dok main pedang sorang… libas angin. Bunyi tu tak sampai ke mana. Akhir tuan hayung pedang ke hulu ke hilir yang penat. Kesudahannya lidah juga terjelir.

Tapi manusia itu pelupa kata Mahathir. Kata Mahathir tu termasuk la dia ni kot mudah lupa.

Sirah dan sejarah serta pengalaman lalu sudah terpampang. Selagi hati dia bersih dia akan letih jika bertindak lawan haluan.

Tidak tahu lah kalau dia bertindak nekad macam Nakhae, Asri tetapi mereka ini pun tidak boleh pi ke mana pun. Jadi calon pun tak dapat. Akhirnya orang politik berkubur dengan politiknya.

Jadi sementara masih cerah baik ambil langkah selamat. Jangan kira Ibrahim Ali. Dia banyak duit. Dia boleh belanja petugas dia tetapi Hasan Ali boleh ke… nanti lama-lama petugas Hasan Ali lari. Tinggallah Hasan Ali terkonteng-konteng.

Masa itu tiadalah lagi think tank. Ya la think tank pun mahu makan juga. Hasan boleh ke terus menerus suap…

Sementara masih laku ni boleh la round round. Itu pun laku pasal ada orang perguna kerana mereka yang guna tu rasa untung ke dia. Jadi dia guna. Kalau dah monopaus… tengok pun tak selera maka terkonteng-konteng la.

1 comments:

barajiwa January 29, 2012 at 6:57 AM  

Entri yang menarik. Baik buat renungan kita bersama. Baik sebagai ingatan semasa memilih pemimpin. Benarlah yang masih bertahan dengan kerja sukarela@amal ini hanyalah Pas. Apakah 'semangat' ini akan terus kekal? Bukan mudah menjadi pemimpin yang pergi tanpa apa-apa melainkan jasa dan bakti yang kekadang tidak pun dipedulikan orang. Hanya mereka yang yakin tidak pernah kecewa. Walallhuaklam.

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP