Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 30, 2011

Seleweng zakat sebab umat Islam tidak bersatu, lemah

SEMUA umat Islam tahu hendak menyatu dan memperkasa umat Islam tetapi penyelewengan pun kena tangani juga kerana ia penyebab pecah belah dan lemah umat Islam.

Umat Islam yang lemah dan layak terima zakat tidak dapat kerana duit zakat telah diseleweng kepada yang lain. Ini penyebab utama umat Islam jadi lemah kerana penguasa zakat tidak berlaku adil dan tidak diagih asnaf secara saksama dan keutamaan kepada kemiskinan.

Jadi mereka akhir tidak jawab penggunaan wang itu. Perkara itu didedah dalam laporan Audit Negara kenapa mereka tidak jawab. Pihak Pakatan Rakyat yang membangkitkan sahaja kenapa nak tuduh orang mempolitikkan wang zakat?

Kalau betul kata pembayaran kos guaman menggunakan peruntukan khas geran kerajaan, tunjuk dokumen.

Berita berikut:

MAIWP dakwa tidak niat seleweng wang zakat
Muda Mohd. Noor
December 30, 2011

Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis.

PETALING JAYA: Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persejutuan (Maiwp) Datuk Che Mat Che Ali berkata, dakwaan penyalahgunaan wang zakat oleh majlis sebagai berbaur politik.

Katanya, Maiwp tidak pernah berniat menyeleweng wang zakat kerana ia bukan hala tuju dan dasar majlis.

“Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dan tidak patut berlaku kerana umat Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan seharusnya menumpukan kepada tugas asasi iaitu menyatu padu dan memperkasa umat Islam.

“Kita sebagai satu masyarakat akan dipandang mulia oleh orang lain kerana mengamalkan perkara berlandaskan Islam yang sebenar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pagi tadi, NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan terhadap ketiga-tiga indivu berkenaan.

Che Mat yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Maiwp menyalahguna wang zakat sebanyak RM63,650 bagi membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan SPRM

Selain Che Mat, dua lagi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Che Mat menjelaskan bahawa mereka menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut.

Read More...

Jemaah di ruang tamu beri makna besar bagi keluarga

SATU ketika saya tengok Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama sahabatnya berjemaah di ruang tamu rumah sewanya di Taman Melewar. Melihat itu saya ikut berjemaah sekali.

(gambar: Terkandas dan terpaksa solat dalam air ketika operasi banjir bersama Pemuda PAS Johor tahun 2006)

Selepas daripada peristiwa itu barulah pemikiran saya terbuka tentang solat berjemaah iaitu mesti dilakukan secara berjemaah bersama keluarga walaupun rumah sekiranya gagal ke masjid.

Masa itu saya masih keseorangan dan menumpang tinggal di rumah sewa Tuan Guru di Kuala Lumpur. Maklumlah sara hidup KL tinggi.

Namun begitu banyak pengalaman dan pengajaran diperolehi ketika tinggal di situ. Anda akan lihat bertapa minat Tuan Guru terhadap penyebaran ilmu tetapi kali ini saya mahu menulis tentang bab solat fardhu yang setengah orang anggap `riak' bila dilakukan berjemaah atau sibarkan gambar solat berjemaah.

Solat fardhu boleh dilakukan di ruang tamu kalau rumah tidak ada bilik khas untuk sembahyang.

Sembahyang jemaah di ruang tamu lebih menampakkan kehebatan kerana tempat itu kita sekeluarga berkumpul.

Kita melihat TV di ruang tamu dan apabila masuk waktu kita tutup TV untuk melakukan solat berjemaah.

Ada beberapa pengajaran mengerjakan solat berjemaah di ruang tamu.

Kita mendisiplinkan keluarga tentang solat berjemaah.

Kita boleh melakukan solat berjemaah dengan menghentikan siaran TV walaupun ketika itu ahli keluarga sedang berseronok.

Memastikan semua ahli keluarga bersembahyang.

Ruang tamu lebih berkat dan dirahmati kerana amalan itu sedangkan selama ini kita hanya jadikan ruang tamu sebagai tempat rehat, tengok TV, bersembang dan makan.

Perkara yang paling besar, ia menghapus amalan orang-orang kita dan keluarga-keluarga kita sebelum ini yang lebih suka bersembahyang dalam bilik secara sendirian sedangkan ia lebih hikmat dan berganda secara berjemaah.

Selain itu alasan mereka bersembahyang keseorangan dalam bilik kononnya ruang tamu kotor dengan makanan dan laluan ahli keluarga.

Ada juga beralasan kononnya mahu menjaga hati supaya tidak `riak’.

Setengahnya menjadi `riak’ sebagai alasan tidak mahu berjemaah, tidak mahu ke masjid.
Hati mereka ini sebenarnya telah digerutu oleh syaitan supaya tidak bersolat jemaah.

Solat fardhu itu syiar Islam, seperti membina masjid ia menujukkan syiar kita sebagai Islam.

Ia bukan semata ibadah malah ia syiar yang perlu diagung bagi menunjukkan kehebatan Islam.

Jadi sebab itu solat fardhu memang kena menunjuk-nunjuk kerana ia syiar dan bukan semata-mata ibadah malah ia termasuk dakwah, menyebar kebaikan untuk memberitahu orang ramai supaya bersolat dan menunjukkan keagungan Islam.

Sebab itu solat fardhu kena didirikan secara berjemaah atau hendaklah berduyung-duyung ke masjid untuk tunjuk keagungan dan kehebatan Islam.

Apabila solat fardhu termasuk dalam dakwah maka untuk menunjuk-nunjuk tidak termasuk dalam `riak’.

Solat fardhu kena umum kepada dunia bahawa umat Islam bersedia bersolat lima waktu untuk mengagungkan kebesaran Allah.

Ia seumpama ibadah haji. Perhimpunan besar yang menyatakan penyatuan dan kehebatan Islam.

Begitu juga solat fardhu untuk menunjukkan penyatuan ukhwah Islamiah dalam satu kampung.

Solat fardhu berlainan dengan solat sunnat. Solat sunat lebih afdhal disembunyikan.
Sebab itu jangan kamu sampai berkata: “Aku malam tadi penat kerana solat malam...” Ucapan seumpama itu memang `riak’.

Begitu juga dengan puasa. Puasa ramadhan adalah syiar kena tunjuk untuk memberi gambaran bahawa umat Islam patuh dan suka arahan Allah SWT walaupun ia memeritkan bagi umat Islam.

Bagaimanapun bila puasa sunnat anda kena sembunyikan walaupun orang ajak anda bergaduh sedangkan anda berpuasa.

Read More...

Thursday, December 29, 2011

Harakahdaily pun putar alam

KEBANYAKKAN media ambil laporan Harakahdaily dan mereka rasa ia tepat terutama dalam laporan hal dalaman parti. Tapi tidak disangka pulak berita tu putar alam. Putar fakta hingga tidak tepat tentang kejadian sebenar. Ini kerja orang karut buat berita.

Semasa saya kerja Harakah print, berita saya pernah diputar alam sehingga laporan sejarah yang disebut Tuan Guru, Abdul Hadi jadi seleweng. Saya tulis tentang sejarag yang betul tetapi keluar muka depan Harakah jadi tidak betul. Ini semasa orang karut punya edit.

Memang jenis ni tak layak jadi sanad. Silap-silap boleh jadi hadis palsu kerana pusing matang.

Jadi kalau terkena kat Dr Hasan Ali maka saya pun dah agak dah.

Berita Hasan Ali:

Hasan Ali terkilan dengan laporan Harakahdaily

Saya ingin menjelaskan mengenai kehadiran saya menemui pucuk pimpinan parti termasuk Tuan Guru Mursyidul Am di Kota Bahru kelmarin.

Suka saya ingatkan bahawa dalam sidang media yang telah diadakan di kediaman saya pada 24 Disember yang lalu, saya telah menarik balik ulasan yang saya buat mengenai negara berkebajikan. Pada masa yang sama saya juga telah memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjuran saya itu.

Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan.

Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Timbalan Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

Majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan. Di antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU ke13, dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.

Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya.

Seperti yang dizahirkan oleh Mursyidul Am terhadap pertemuan mahabbah itu, saya juga ingin menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadap saya dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di negara kita.

*Kenyataan media oleh Hasan Mohamed Ali (gambar kanan) selaku ADUN Gombak Setia pada 28 Disember 2011.

Read More...

Wednesday, December 28, 2011

Mahfuz bila lagi lu mahu minta maaf

DATUK Dr Hasan Mohd Ali sudah minta maaf tapi kamu Datuk Mahfuz Omar bila lagi mahu mohon maaf diatas keceluparan kamu supaya Hasan Ali keluar PAS sertai Umno.

Kamu... Mahfuz penambah rencah keributan PAS. Sikap seumpama ini tidak ada dalam pemimpin Islam. Tetapi kamu menjiwai perangai orang-orang Syiah yang asyik menyalahkan orang.

Orang seperti kamu wahai Mahfuz… memang tidak patut bila berselisih pendapat kamu jadi tukang cucuk. Sepatutnya kamu jadi pemmpin yang menyelesaikan masalah tetapi kamu jadi pemimpin yang menambah masalah.

Kamu dua kali lima dengan Datuk Mustafa Ali bila. Dr Hasan serang balas dakwaan Mustafa Ali mengatakan Hasan ada buat pertemuan dengan pemimpin Umno, akhirnya Mustafa rasa terperangkap dan umum game over. Malu la….

Saya macam Tok Guru hormat Hasan kerana sikap rendah diri mohon maaf bila kritik PAS. Saya kata Hasan sudah melampau kerana kritik PAS.

Tapi kali ini kita mahu tengok orang celupar dan Saari Sungip yang buat kenyataan sehingga menimbulkan kekerohan kerana terpengaruh dengan laporan media Umno.. mohon maaf.

Tengok orang ada ilmu tinggi buat kenduri kesyukuran bila dapat selesai masalah tetapi penambah masalah.

Laporan Harakah:

Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran
Salmah Mat Husain

BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

(Nik Aziz melawat Pantai Irama, Bachok yang terjejas teruk akibat hakisan ombak)

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Read More...

Tuesday, December 27, 2011

Kita Akan Dijemput - UK's



Read More...

Monday, December 26, 2011

Satu Mahathir perlu takut... Allah SWT

MEMANG kita tabik Dr Mahathir dia tidak takut sesiapa tetapi orang beriman ia mesti takut dengan Allah SWT. Jika tidak dia berani dengan Allah dan lawan Allah.

Lawan Allah SWT bermakna berani lawan hukum dan peraturan Allah. Mereka yang jadi macam tu kerana mereka tidak yakin kekuasaan Allah.

Mereka tidak yakin dengan hari pembalasan Allah. Mereka tidak yakin dengan hari dibangkitkan semula dan hari penentuan iaitu hari yang akan dihisap oleh Allah.

Sebab itu manusia tidak hirau perkara baik dan mungkar mengikut perspektif Allah. Ada orang ikut baik dan mungkar mengikut kepala mereka.

Ikut kepala mereka sudah tentu ada kalanya ikut nafsu mereka. Maka mereka akan kata ikut nafsu itu betul.

Memang ada ketikanya ikut nafsu tidak salah tetapi kena berdasarkan kepada peraturan Allah. Jika tidak ia jadi tidak betul. Luar daripada syariat dan peraturan Allah.

Nabi bersama kita dahulu untuk menunjukkan syariat yang betul maka kena ikut Nabi bukan buat pandai sendiri rasa ini betul dan ini salah.

Kita tengok para sahabat dan perjuang Islam sampai sekarang mereka takut Allah SWT kerana itu mereka tidak takut kepada manusia, musuh, jin atau syaitan.

Mereka berjuang kerana mahu kemenangan Islam. Jika mati mereka tetap menang kerana mati syahid.

Ada orang takut mati kerana perang. Ramai yang mahu mati atas katil. Tetapi kalau mereka tahu janji Allah terhadap mereka yang mati dalam perang sudah tentu berduyun yang mahu mati dalam perang.

Allah menceritakan orang mati dalam medan perang atau syahid mereka mohon kepada Allah mahu kembali ke dunia supaya dia dapat mati sekali lagi dalam medan perang.

Ia menunjukkan mereka yang mati syahid diberi kelebihan Allah iaitu mati yang seronok dan tidak sakit dan tidak perlu kita takut kerana itu adalah keyakinan orang Islam.

Ini berlainan mati atas katil. Memang adat mata kita lihat tidak sakit tetapi mereka sebenarnya sedang azab berlawanan dengan sakarul maut.

Hanya orang takut Allah dan beriman yang tahu..... Mahu jadi orang beriman carilah ilmu Islam dan amal dengan ilmu itu. Berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk dan iman kepada kita supaya kita mendapat rahmat dan keberkatannya.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang dicintai Allah.

Kata Mahathir tentang TAKUT

Dec13 1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.

10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.

15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.
17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.

18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.

20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.

21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.

24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Read More...

Sunday, December 25, 2011

The woman who was attacked by the Egyptian army CNN interview



Read More...

Friday, December 23, 2011

ABU dah jadi Allah Bersama Umno

PAGI ni seperti biasa selak blog pro Umno dan terjumpa ABU. Kalau ikut standart saya kena eja Abu.

Asalkan bukan Umno, singkatannya Abu. Tetapi biasalah Umno ni dia suka spin habis.
Kalau PGU atau Pas ganti Umno dah dipulas oleh Umno jadi DAP ganti Pas. Apa yang nak tergelaknya pagi ni….

Bila buka blog itu tertengok besar punya Abu. Rupanya dah spin jadi Allah Bersama Umno.

Wah…! Kalah kita dengan propaganda dia. Tapi mungkin juga betul… Allah bersama Umno kerana Allah SWT sedang perhatikan rasuah bermaharajalela dalam Umno.

Allah bersama kamu wahai Umno tetapi kamu tak rasa Allah bersama kamu kerana kamu masih makan rasuah, buat fitnah, sebar video seks hingga keluarga yang terima video seks bercelaru.

Adakah patut video disebar ke masjid ada gambar Tok Guru dan nasihat sekali… rupanya video seks yang mereka sebar dalam blog mereka.

Ada orang Pas ambil video gambar Tok Guru tu. Mereka pasang kat rumah dan mahu tengok dan dengar sesama keluarga. Rupanya yang keluar gambar seks… Tak ke punah keluarga tu.

Bapak yang bawa balik video terkedu, malu kat anak dan isteri kot dituduh ajen Umno bawa balik video haram.

Jahat sungguh kerja Umno no… sleng Utara, pasal kisah ni berlaku kat Utara.

Jadi baguslah kalau Allah nak bersama Umno supaya mereka sedar dari jahat ke baik.
Tapi puak ni tak leh kira juga, dia kata Allah bersama dia tetapi pada perbuatannya dia tak rasa pun Allah bersama dia.

Kerana… dia tetap terus jahat… tak berubah.

Kalau dah Allah bersama kamu wahai Umno berubahlah. Berpolitik secara baik. Isytihar pelaksanaan Islam.

Wujudkan masyarakat madani. Arahkan rakyat Islam bersembahyang lima waktu. Tapi kamu tunjuk la dulu. Makmurkan masjid.

Ni hok tulis blog tu sekali sekala nampak diri kat masjid pasal Allah dah bersama Umno.

Perangi rasuah dan dakwa jerung-jerung. Buktikan keikhlasan. Jangan menindas. Berikan hak orang Melayu. Tanah orang Melayu. Jangan rampas atas nama pembangunan.

Serahlah duit yang disonglap Umno dan selamatkan khazanah negara. Agih secara adil kepada rakyat untuk selamatkan rakyat tertindas dan miskin melarat.

Rakyat juga mahu rasa nikmat perubatan, pendidikan, kehidupan selesa, makmur dan aman. Kenapa harus semua itu dimonopoli pemimpin Umno sahaja?

Mana hak rakyat felda generasi kedua. Mana hak rakyat muda di negara ini. Mana hak kebebasan. Mana hak bersuara. Semua ini anda dikongkong akta ciptaan pemimpin Umno.

Umno… kalau kamu kata Allah bersama Umno maka ubahlah jika tidak kamu mempermaikan nama Allah.

Wahai Umno bertaubatlah kerana kamu kata Allah bersama kamu.

Read More...

Thursday, December 22, 2011

Hasan Ali pulak melampau

SAYA agak dah Hasan Ali yang ada Dr ni tak faham bahasa orang tua. Hasan faham Tok Guru Nik Aziz yang kata terpulang kepada Hasan Ali sebab dia belajar tinggi sampai Amerika tu kononnya menyerah kepada kebijaksanaannya.

Tapi orang boleh juga faham kata Tok Guru bahasa mantik. Ia boleh jadi sindir `mu belajar tinggi sampai Amerika takkan tak reti nak nilai baik, buruk… takkan benda tu pun nak kena ajar’. Contoh la…

Dalam sidang media Hasan Ali di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur, Hasan berkata Mursyidul Am Pas, Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ceramahnya di Jeli menyifatkan beliau seorang yang berpengajian tinggi di Amerika sudah tentu mampu menilai sendiri.

Jadi kesilapan besar Dr Hasan Ali kerana rujuk kepada Dr Aziz Hanapi dan beberapa profesor yang dia tidak nak bagi tahu nama.

Dia orang orang PAS. Kenapa dia tidak rujuk Majlis Syura PAS pasal isu negara kebajikan diputus majlis syura. Apakah Majlis Syura PAS itu tidak betul bagi dia...
Inilah susah orang belajar Amerika. Kita ikut Islam secara jemaah dia buat Islam ikut hal sendiri.

Ini pula kata pemuda PAS di Kuala Lumpur, 21 Dis, Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.

AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Bagi Nasrudin, Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al-Quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan).

“Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu ubudiah iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta," katanya.

Justeru itu, jelasnya Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al Adl wal Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al Khayrat) dan saling bekerjasama (at-Ta'awun) ke arah kejayaan (al Falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat’.

Menurutnya, berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.

Berita Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali

KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu.

Read More...

مفاجأه فضيحه الجيش المصرى وصور الفتاه العاريه



Read More...

Kekejaman tentera Mesir macam jirannya Israel

تفاصيل تمزيق ملابس أحدى المتظاهرات و الإعتداء عليها+18


Read More...

fenomena kebesaran ALLAH part 1



Read More...

Wednesday, December 21, 2011

Lembu jadi `biawak hidup'

`MEMIKUL biawak hidup’ menjadi peribahasa panas sejak akhir ini berikutan pertembungan Ketua Umno Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Akibatnya juga Syed Ali dikunjungi mereka yang mendakwa dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong dan membela Shahrizat.

Politik Harian Media Rakyat (brojinggo.blogspot.com) melaporkan lebih kurang 80 orang daripada pelbagai NGO menyerbu Pejabat Datuk Syed Ali, di pejabatnya di Jalan Peel, Cheras berkaitan kenyataan beliau mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya ‘biawak hidup’.

Pada mulanya, Syed Ali menyangkal dakwaan tersebut dan setelah di desak beliau mengaku dan berjanji akan memperbetulkan kenyataan itu secepat mungkin menggunakan blog beliau Umno Bahagian Cheras Blogspot (umnobahagiancheras.blogspot.com).

Syed Ali menjelaskan maksud ‘memikul biawak hidup’ adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat.

Katanya, kenyataan beliau sebelum itu adalah berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.

“Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” jelasnya.

Hadir dalam bantahan itu adalah Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM), Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.

“Ini cuma desakan dari Gabungan NGO, belum lagi dari Wanita Umno yang naik angin!” kata Politik Harian Media Rakyat.

Syed Ali merupakan antara pemimpin Umno akar umbi yang lantang mendesak Shahrizat meletakkan jawatan berikutan tercetusnya skandal NFC.

Pada 13 Disember lalu, Syed Ali berkata kebisuan pengerusi NFC, yang juga suami Shahrizat untuk menjelaskan isu NFC ketika berhadapan dakwaan parti pembangkang boleh mengelirukan orang ramai.

Justeru itu beliau meminta Shahrizat meletakkan jawatan.

Syed Ali turut berkata beliau akan membuat kenyataan berkenaan perkara ini akan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Umno tertinggi dalam masa terdekat.

Isu NFC timbul berikutan pendedahan kegagalan projek tersebut seperti dilaporkan dalam laporan ketua Audit Negara pada bulan Oktober.

Isu ini kemudiannya dibangkitkan oleh parti pembangkang termasuk PAS dan PKR.

Isu ini turut dilaporkan blog Milo Suam (milosuam.blogspot.com) dan Anak Sungai Derhaka (darisungaiderhaka.blogspot.com).

Dalam pada itu, Syed Ali merasakan serbuan itu dibuat ekoran daripada kenyataan beliau mengatakan Umno `memikul biawak hidup’ dalam isu NFC ini.

Dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya, Syed Ali berkata; “Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya.”

Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.

“Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat, apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab,” soalnya.

Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat,” ujarnya sebagaimana dilapor Anak Sungai Derhaka.

Kata Milo Suam; “Nampaknya Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) kena stanby samseng yang lebih hebat kerana tempoh hari beliau telah menyuruh Shahrizat meletak jawatan sebelum dihalau. Bila-bila masa saja samseng Shahrizat akan menyerang Tun Mahathir pulak kah kah kah...”


Kahwin guy

Syoknya Download Update Daily (syokdownload.com) melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan menyiasat berhubung penyebaran gambar di internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara.

"Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi, Sabtu lalu.

Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja.

Syoknya Download Update Daily turut melaporkan lelaki itu bernama Ariff Alfian. Apakah ia ada kaitan dengan pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56.

Ini kerana beliau buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh itu.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

Ariff dilaporkan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikatakan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.

Read More...

Hasan Ali mahu betulkan PAS terkeluar dari landasan

KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan PAS mula dikuasai oleh golongan bukan ulama yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.

Beliau mengucap penghargaan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi serta mereka yang bersimpati dengan beliau memperjuangkan prinsip perjuangannya.

“Prinsip saya adalah meletakkan semula PAS di landasan asal,” katanya yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, dalam sidang media di rumahnya di sini, Selasa lalu.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan, Hasan berkata beliau pernah memberi tarikh untuk mengadakan perundingan tetapi pemimpin PAS Selangor tidak memberi maklum balas.

Beliau berkata demikian mengulas perkara ditimbulkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menggesa Hasan Ali berbincang dengan parti dalam menyelesaikan isu dan masalah yang wujud dalam sidang akhbar berlainan, di Shah Alam.

Abdul Rani dan timbalannya, Khalid Samad mendakwa Hasan dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengambil sikap tidak mahu dihubungi dan tidak memberi respons kepada usaha pemimpin parti itu yang cuba berhubung dengan mereka.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia berkata beliau tidak kecewa tidak dilantik Pesuruhjaya PAS Selangor kerana semasa memegang jawatan itu beliau pernah mencadangkan kepada PAS supaya jawatan itu dipegang empat tahun sekali.

“Saya tidak kecewa kalau ketiadaan pencalonan untuk mempertahankan kerusi tetapi masa yang diumum oleh Saari itu tidak sesuai ketika saya dan keluarga meraikan anugerah sultan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pemimpin tertinggi mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor itu kerana beliau yang mula menyemai bibit perpecahan dikalangan ahli dan penyokong parti,” katanya.

Mengenai tuduhan Setiausaha Agung PAS, Hasan berkata beliau sedang melakukan pengukuhan dan memperkuatkan PAS supaya PAS tidak dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.

“Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong PAS mula mempersoalkan dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada PAS lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,” ujarnya.

Dalam soal itu beliau merujuk kepada seorang ulama Dr Aziz Hanafi dan Profesor yang beliau tidak sebutkan namanya.

Mustafa sebelum ini mendakwa beliau dan Nasharudin telah terperangkap dengan agenda Umno.

Hasan juga menyifatkan kenyataan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar supaya beliau keluar PAS sertai Umno sebagai manusia yang bengkrap pemikiran dan jelas tidak mengikuti perkembangan mutakhir sesuatu isu.

Sementara itu Khalid dan Dr Rani menekankan bahawa parti tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Hasan dan Nasharudin atas alasan kedua mereka masih boleh diselamatkan.

“Kami mahu menyelamatkan kedua-dua mereka, khususnya Hasan memandangkan kritikan beliau dituju kepada PAS Selangor, jangan rosakkan diri anda.

“Ada kerusi-kerusi lain yang boleh ditawarkan meskipun (Hasan) tidak mendapat pencalonan untuk tanding di Gombak Setia, kepimpinan parti boleh meletakkan di mana-mana tempat,” kata Khalid.

Read More...

Tuesday, December 20, 2011

Turun bendera Najib, baru TV Malaysia ambil peduli

WALAU pun Saifuddin kutuk mahasiswa turun bendera tetapi kesan daripada tindakan berani mahasiswa itu menyebabkan suara mereka didengari. Jika tidak mereka berdemo pun orang tak pandang. Apa lagi kalau takat keluar demo tidak sampai seribu orang.

Perbuatan berani seorang mahasiswa turun bendera ketika menghantar memorandum di PWTC, barulah suara mereka disiar di TV dan juga media. Tidak kira laporan itu negatif tetapi apa yang penting liputan.

Sebelum ini mereka berdemo menyatakan bantahan dan mansuhkan Auku tetapi masyarakat pandang sepi kepada mereka... kepada perjuangan mereka.

Jadi apa cara supaya masyarakat mendengar suara bantahan mereka. Jadi ada ketikanya tidak kena kreatif. Orang kata turun bendera tidak kreatif tetapi biarkan dia, pasal mereka tidak tahu suara kita.

Ada yang kutuk seperti Saifuddin tetapi kita harap Saifuddin pun faham. kalau tidak masuk media dia jadi beku... senyap dan sepi. Hantarlah memo berkarung pun lepas tu diam membeku.

Berita berkiatan:

'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf
Dis 19, 2011

Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

student handing memo to umno on academic freedom crowdKatanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.

Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.

Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menuntut permohonan maaf dibuat.

Dan berkaitan:

Turun Bendera Najib : Saifuddin Tidak Terlibat, Mahu SMM Dan Bebas Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 19 DIS : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan kehadiran beliau sewaktu insiden penurunan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu semata-mata untuk menerima memorandum.

Saifuddin berkata, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara dan penegakan demokrasi, tetapi insiden tersebut "bukan sebahagian daripada demokrasi yang dimaksudkan", yang ingin dicapai melalui pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu.

"Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Datuk Seri Mohd Najib," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Bagaimanapun beliau yang Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut terhadap tindakan mahasiswa menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Jelas Saifuddin, pihaknya menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa berkenaan kerana insiden itu berlaku di luar kawasan universiti.

“Perkara itu berlaku di kawasan awam, dan di luar kawasan universiti, oleh itu, saya serahkan kepada pasukan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Saifuddin menambah, beliau mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) mesti meminta maaf,” katanya lagi.

Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”

“Setiap orang boleh membuat telahan masing-masing, tetapi saya sekadar hadir dan menerima memorandum berkenaan, tidak lebih dari itu,” jelasnya mempertikaikan dakwaan sesetengan blog yang menyatakan beliau terlibat dalam penganjuran demonstrasi tersebut.

“Saya mendapat maklumat mahasiswa ini tidak akan meminta maaf, itu pendirian mereka, tapi saya menuntut mereka harus segera meminta maaf kepada perdana menteri,” tegasnya.

Menurutnya lagi, beliau mengutuk perbuatan itu tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tambahnya, sesi sidang meja bulat perbincangan pemindaan AUKU akan tetap diteruskan, tetapi perbincangan tersebut akan disambung selepas mahasiswa selesai menghadapi peperiksaan hujung bulan ini.

Read More...

Monday, December 19, 2011

PKR dedah Mahathir mohon pinjaman bank dunia

PKR membuktikan terdapat dokumen unit bawah Jabatan Perdana Menteri memohon pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata ia membuktikan Dr Mahathir berbohong apabila berkata beliau menolak bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Mahathir dikenali ramai sebagai yang bertanggungjawab dan berhujah berdasarkan fakta sebaliknya dalam isu ini beliau mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan Mahathir pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Krisis kewangan ketika itu turut memisahkan dua tokoh kepimpinan politik Umno. Mahathir pula sering mendakwa Anwar pihak yang mahu mendapatkan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menyebabkan negara tunduk kepada tekanan dan plan pemulihan antarabangsa.

Sebaliknya kali ini, Rafizi mendedahkan dokumen bertarikh 3 Mac 199 iatu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersedia untuk pinjaman AS$60 untuk sektor sosial seawal 26 Julai 1998.

Bercakap dalam sidang media di pejabat PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, 19 Disember lalu, beliau berkata, dokumen itu ditandatangani kerajaan di mana Dr Mahathir merupakan perdana menteri dan menteri kewangan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sedang merengkok dalam penjara.

Sebelum itu, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Multaqa Wedatul Ummah Ketiga anjuran Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, 18 Disember.

Mahathir berkata demikian menjawab laporan laman portal propembangkang pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Read More...

Mustafa Ali yang licik

ORANG nak lemas dia sanggup menenggelam kepala kawannya yang selamatkan dia supaya dia dapat timbul. Yang penting bagi dia ketika itu ialah bernafas. Dia sudah tidak fikir nyawa kawan dia.

Orang politik pun dia boleh pakai style ini untuk selamatkan dirinya. Yang penting politiknya selamat dan terus naik. Jangan jatuh bersama kawannya yang nak jatuh.

Biasalah orang lama berpolitik. Dia tidak mahu ikut jatuh. Dia mesti selamatkan diri jauh dari kumpulan yang pernah bersamanya.

Orang kata Ustaz Nasa dan Dr Hasan liabiliti dalam PAS maka dia tidak mahu dikait sama dalam group itu. Politik kena jaga…

Memang dulu dialah yang rapat dan guna Ustaz Nasa hingga ada yang kata Ustaz Nasa dreber dia. Kenapa? Pasal ustaz Nasa ketika itu Timbalan Presiden Pas… berjawatan besar dalam parti.

Dr Hasan, dia pun rapat kerana Dr Hasan berpengaruh dalam kumpulan professional serta kakitangan kerajaan. Dr Hasan juga naik mendadak dalam PAS.

Ini menunjukkan populariti Dr Hasan bukan sahaja penonton forum perdana siaran TV1 tetapi rupanya ia turut menarik minat orang PAS menyaksikan program agama itu hingga kalangan mereka ketika itu Datuk Ismail Kamus, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Dr Harun Din boleh terkenal dan bila mereka masuk PAS dan bertanding mereka ini memang mudah.

Maka langkah terbaik dia ialah jangan lagi nama dia terkait sama dengan Hasan Ali dan Nasa…

Malah dia sanggup serang Ustaz Nasa dedahkan dalam akhbar yang ustaz Nasa tidak hadir dalam mesyuarat.

Memang tidak patut dan mengaibkan. Saya rasa ia maruah Ustaz Nasa dan kalau Ustaz Nasa mahu pun memang patut.

Inilah politik dari tak kenal boleh jadi kawan… kemudian boleh jadi lawan… Tapi ada setengah yang hebatnya boleh jadi kawan balik… macam politik Mahathir.

Berita berkaitan:

Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-baru ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

Read More...

Thursday, December 15, 2011

Mahfuz pulak melampau

SEJAUH mana kita berbincang dengan Hasan Ali dalam soal pendapat yang bertentangan. Kenapa kita membelakangkan berpendapat dalam PAS.

Sejauh mana masalah perselisihan dan berpendapat dibincang sehingga masak dan dapat merumuskan kepada jalan yang lebih baik. Apakah sudah ada perdebatan?

Tetapi kenapa celupar sangat pemimpin Pas sehingga mencabar ahli Pas lain keluar dan sertai Umno. Apakah Pas hak dia?

Pas berusaha menarik pemimpin dan ahli serta golongan yang tidak berparti sama ada professional atau aliran mana sekali pun sertai Pas tetapi tiba-tiba Mahfuz seolah cabar orang Pas keluar parti dan suruh sertai Umno.

Ingat jangan sampai sejarah lama berulang. Sejarah Datuk Asri keluar Pas dan sertai Umno…

Mahfuz: Hasan Ali boleh keluar PAS sertai Umno jika mahu

December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.

“Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih,” kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.

“Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu,” kata beliau lagi.

Hasan (gambar), yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

“PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

“Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada partinya akan merasakan satu kehilangan jika Hasan keluar, Mahfuz berkata, “PAS pernah melalui banyak kehilangan dalam kepimpinan (sebelum ini), tetapi PAS terus bergerak.”

“Kami tidak mengejar orang, kami mempelawa mereka,” katanya lagi sambil menambah, “saya tidak meminta sesiapa meninggalkan parti.”

“Kami meminta mereka bersatu dan membangunkan parti. Tetapi jika mereka mahu meninggalkan parti, saya tidak akan menahan mereka,” katanya lagi.

Read More...

Wednesday, December 14, 2011

PAS Selangor melampau

APA ada dalam kepala kepimpinan Pas Selangor musim baru kecuali dendam yang tidak berkesudahan dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Sekiranya dakwaan itu betul, memang benar kepimpinan PAS Selangor melampau kerana tidak dapat menerima kebebasan bersuara dan berpendapat dalam negara demokrasi.

Islam juga menerima kebebasan bersuara selagi tidak bertentangan dengan akidah dan cara PAS Selangor menghukum Hasan jelas mengambarkan parti itu tertutup daripada kebebasan berpandangan.

Dalam 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor dipertandingkan PAS Selangor, hanya satu kerusi Gombak Setia, diumumkan Hasan tidak mendapat pencalonan yang mencukupi.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berkata diperingkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon untuk mempertahan Dun Gombak Setia.

Bagaimana pun kata Saari kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Sebaliknya 19 lagi kerusi Dun yang dipertandingkan PAS tidak diberitahu kepada media.

Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu tidak benar kerana ia disahkan selepas proses penamaan calon.

Hasan Ali memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,797 mengalahkan calon Umno, Yuszahari Mohd Yusoff.

“Saari sudah pasti ada motif tertentu,” kata penulis politik Mohd Sayuti Omar mengulas isu itu.

Bagi beliau alasan Saari kurang tepat dan bijaksana kerana ia `membuka budu di tengah kedai dan kurang rempah politik’.

“Tidak semestinya calon yang mendapat sokongan dari kawasan yang hanya boleh dipertimbangkan. Sebelum ini berapa ramai calon Pas untuk sesuatu kawasan tidak pun mendapat sokongan atau perlu sokongan kawasan. Itu... calon bidan terjun tidak pun memerlu tapisan kawasan,” ujarnya.

Hasan yang juga Exco Selangor, berkata pencalonan diputuskan PAS Pusat melalui proses penilaian Majlis Syura Ulama dan adalah tidak sesuai sekiranya mana-mana individu bertindak mendahului pimpinan tertinggi parti.

“Saya tidak menyalahkan saudara Shaari Sungip berkenaan kenyataan tersebut tetapi saya ingin membuat penegasan bagi mengelakkan kekeliruan bahawa hal-hal pencalonan mesti diputuskan oleh PAS Pusat setelah melalui penilaian oleh Majlis Syura,” katanya.

Hasan turut menjelaskan, jumlah pencalonan daripada setiap cawangan bukanlah penentu seseorang calon itu layak bertanding atau tidak, tetapi turut diputuskan mengikut budi bicara pimpinan pusat.

“Setakat ini memang saya mengetahui pencalonan dari peringkat cawangan diambil kira, tetapi ini bukanlah faktor penentu kerana wujudnya pertimbangan lain.

“Saya sendiri ditunjuk untuk bertanding di Dun Gombak Setia pada 2008 bukan atas dasar pencalonan cawangan, begitu juga Ketua Penerangan PAS Negeri sekarang, yang bertanding di Dun Hulu Klang, juga tidak mengikuti proses penerimaan calon peringkat cawangan.

“Saya musykil dengan kenyataan dikeluarkan mengenai pencalonan itu lantaran ia disebarkan melalui media bertepatan dengan suasana dan keadaan dimana seorang pemimpin PAS menerima pengiktirafan dan penghargaan daripada Sultan Selangor.

“Saya khuatir pelbagai kesimpulan dan andaian boleh dibuat berikutan dengan wujudnya satu kebetulan ini,” kata beliau dalam sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pada hari keputeraan Sultan Selangor ke 66, Hasan dianugerahkan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS).

Ditanya wartawan sama ada beliau patut meninggalkan PAS jika menghadapi masalah dalaman parti, Hasan berkata ia tidak semudah itu.

Kata beliau, persoalan sama ada beliau kekal atau digugurkan sebagai calon pilihan raya tidak akan menghalang perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, mengagungkan agama Islam dan mendaulatkan institusi raja.

“Sama ada saya dicalonkan atau tidak, itu bukan menjadi halangan, pendirian saya tidak pernah berubah terhadap tiga perkara berkenaan.

“Bahkan isu ini menjadikan saya lebih kental untuk terus berjuang dan saya yakin, ramai yang memahami dan menjiwai semangat saya,” tegasnya.

Mengenai isu perpaduan, beliau mahu memperjuangkan isu itu secara global bukan seperti perkara politik yang membangkitkan kerajaan perpaduan tetapi merangkumi perpaduan Islam dan bangsa.

Beliau juga dikaitkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), katanya penyertaan kali pertama beliau dalam Himpun di Shah Alam telah mendapat maklum balas yang baik.

“Himpun tidak ada kena mengena dengan Umno dan parti politik malah pelbagai pihak hubungi saya selepas itu menyatakan setuju dengan kehadiran saya dalam Himpun. Jadi saya akan hadir dalam Himpun seterusnya,” katanya.

Read More...

Tuesday, December 13, 2011

Ku terperangkat dalam politik dan budi

TIDAK la sampai tergadai body... tetapi terhutang budi sukar nak langsai. Apa lagi ada orang dok ungkit-ungkit.... Mana cara nak boleh jelas... akhirnya terhutang.

Kalau ikut nilai-nilai suci atau sejagat yang dianut oleh manusia masa kini pun tak jumpa penyelesaian ni. Habis macam mana mahu langsai?

Inilah kesukaran... apa lagi anda orang politik dan pemimpin politik.

Jadi anda tidak boleh marah kalau orang kampung sukar beralih kerana mereka banyak terhutang budi... malu mata.

Tapi kalau manusia kembali kepada Islam... ia adalah penyelesaian mudah.

Anda ungkit... kerja bakti anda walaupun dibayar tidak akan dapat pahala. Dapat la duit upah atas dunia.

Di akhirat sepatutnya kerja bakti anda itu mendapat pahala tetapi tinggal kosong kerana anda ungkit berpanjangan. Rugi... rugi.... rugi

Kerana itu Islam melihat perbuatan dunia anda ada sangkut paut dengan akhirat. Kalau anda ikhlas membantu maka ganjaran lebih besar menanti anda di akhirat.

Guana gamok Umno... nak ikut style MCA.

Baca berita bawah sikit;

Ibu sakit: Ketua MCA NS, MP DAP bertikam lidah
Dis 13, 2011

Ketua MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam tidak berpuas hati dengan kegagalan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang gagal menunjukkan rasa terima kasih kepadanya kerana membantu ibu pemimpin DAP itu yang dilanda masalah kesihatan pada tahun 2009 lalu.

Menurut laporan akhbar-akhbar Cina sejak beberapa hari lalu, Yeow mengeluarkan kenyataan mendakwa Teo hanya mengucapkan terima kasih kepadanya beberapa bulan selepas ibunya menjalani rawatan. Itupun, beliau dipetik sebagai berkata selepas dirinya bertanya tentang kesihatan ibu Teo apabila mereka bertemu, secara kebetulan, pada satu majlis.

Yeow berkata jika beliau tidak bertanyakan khabar tentang ibunya, Teo mungkin akan lupa bahawa MCA telah melnghulurkan bantuan kepada keluarganya.

Beliau berkata bukan niat atau hasratnya menagih penghargaan tetapi Teo tidak boleh melarikan diri daripada hakikat bahawa MCA telah membantu ibu Teo yang melalui tempoh yang getir.

Yeow mengulas kenyataan Teo pada Sabtu lalu bahawa beliau telah mengucapkan terima kasih kepadanya berulang kali kerana membantunya tetapi pemimpin MCA itu diingatkan supaya tidak mengheret masalah kesihatan ibunya bagi tujuan politik.

Pada satu majlis Khamis lalu, Yeow, seorang senator dan doktor perubatan yang mengendalikan pusat dialisis secara amal di Mawar, menyebut sepintas lalu bahawa pembantunya pernah memberi bantuan kepada ibu Teo.

Beliau berkata demikian ketika membidas ketua DAP Negeri Sembilan Anthony Loke, yang didakwanya mendapat gaji lebih RM20,000 sebulan sebagai seorang ahli parlimen dan ADUN tetapi tidak membantu rakyat yang memerlukan.

Kata Yeow, kebanyakan isu tempatan diselesaikan oleh aktivis MCA dan bukannya DAP, termasuk mereka dengan masalah kesihatan.

Anda bagaimana

Read More...

Monday, December 12, 2011

Bangsa rasis


Read More...

Friday, December 9, 2011

PART 3 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?



Read More...

Apa salah Sultan Kelantan beri pangkat kepada Rosmah

ADA blogger terlampau sangat sehingga Sultan Kelantan beri darjah kebesaran kepada Rosmah pun menjadi pandangan serong beliau kepada Sultan Kelantan.

Abu Sufian bukan Islam tetapi semasa Nabi saw menawan Mekah beliau memuji Abu Sufian dan mereka yang mahu selamat boleh berlindung di rumah Abu Sufian. Ini konsep dakwah cerdik Nabi saw berbanding jenis manusia hanya tahu mengutuk semata-mata orang itu duduk dipihak lawan.

Kita sangka baik terhadap anugerah Sultan Kelantan kepada Rosmah. Apakah dalam kepala Sultan Kelantan mahu melihat anugerah itu akan memberi kesedaran kepada Rosmah?

Nabi saw pernah menyambut baik yahudi yang menghina dan mengutuk beliau dan akhirnya yahudi itu masuk Islam kerana kebaikan Nabi saw.

Apa salah Sultan Kelantan mahu berdakwah. Bukan hak Sultan Kelantan mahu menentukan Rosmah itu boleh didakwah atau tidak... mendapat petunjuk atau tidak. Itu hak Allah SWT.

Hak Sultan Kelantan ialah menyeru orang kepada Islam dan Allah tidak mengarahkan siapa yang Sultan Kelantan perlu dakwah. Balasannya terpulang kepada Allah SWT.

Saya bukan nak pertahan Sultan Kelantan tetapi saya nak ajar jenis tak reti basa...



Berikut laporan yang ditulis di blog:


Khabar gembira untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan, tahniah!

Terlupa pulak, siapa dipanggil bentara? Kalau di kampung saya, bentara tu panggilan untuk tukang angkat hidang dan pelayan waktu kenduri. Nak suruh angkat hidang untuk siapa mencekik? Nak mencekik apa? Tanah di Lojing? Perlantikan YDP MPKB baru-baru ni siapa sebenarnya yang menentukan?

Ah, ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Saya copy paste berita ni dengan ucapan tahniah untuk orang PAS Kelantan yang puja sultan:

Sultan Kelantan terima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong

Berita Harian (7/12/11): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Tuanku Mizan kepada Sultan Muhammad V itu di Bilik Rehat Raja-Raja, Istana Negeri, Kubang Kerian di sini.

Turut berangkat sama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Sultan Ismail Petra dan kerabat diraja yang lain.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selesai majlis penganugerahan itu, Sultan Muhammad V kemudiannya turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada Rosmah.

Majlis yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berakhir 45 minit selepas itu.

Perdana Menteri dan isteri kemudiannya berlepas pulang ke ibu negara - Bernama.

Read More...

WACANA PERDANA (7) - PRU13 TERGUGATKAH KUASA MELAYU (2/2)



Read More...

Thursday, December 8, 2011

An-Nahdhah ingatkan Ikhwan pengalaman di Algeria

KITA belum lupa kemenangan Islamic Salvation Front (FIS) atau Barisan Penyelamat Islam merupakan parti Islam di Algeria menang 80 peratus dalam pilihan raya Algeria pada 1992.

(Gambar; Kemenangan FIS di Algeria)

Kemenangan besar FIS dalam masa Algeria diperintah oleh kuku besi dan enggan menerima kehadiran parti lain di negeri itu. Pada 1990 banyak berlaku demontrasi sebagaimana apa yang kita lihat demo di negara-negara Arab sekarang.

Pada 1991, FIS berjaya menarik perhatian ramai rakyat Algeria. Bila pilihan raya diadakan pada 1992, FIS menang besar.

Bagaimana pun Barat melihat kemenangan FIS itu sebagai ancaman. Mereka masuk campur urusan negara itu dan melakukan rampas kuasa.

Presiden Benjedid bersama pimpinan tentera, Mohammed Boudiaf menguling kerajaan FIS. Boudiaf menguasai Algeria dan Pemimpin FIS, Abassi Madani dan Ali Belhadj dipenjarakan.

Sejarah pemberontakan dan penbunuhan sebelum 1990 berulang di Algeria. Boudiaf pula jatuh dalam rampasan kuasa oleh Letnan Mohammed Bumaaraf. Partai Sosialis didukung tentera memerintah selama 30 tahun.

Ternyata FIS berjaya memberi keamanan dan ketenteraman di Algeria. Malah umat Islam bagaimana jahiliyahnya mereka tetapi tetap mahu sebuah negara yang jauh di lubuk hatinya menginginkan sebuah partai Islam yang benar-benar Islam memerintan.

Umno sama dengan parti sekular di Algeria. Kalau demokrasi adil di Malaysia PAS mampu meraih kemenangan sebagaimana FIS di Algeria, An-Nahdhah di Tunusia dan Ikhwan di Mesir.

Bagaimana pun pengalaman di Algeria memberi pengajaran bermakna kepada gerakan Islam dan parti Islam. Mereka dikelilingi musuh bukan sahaja parti pemerintah yang sekular bahkan negara Barat.

Maka nasihat pimpinan parti Islam An-Nahdhah Tunisia, Rasyid Ghannouchi meminta Ikhwanul Muslimin di Mesir melakukan perikatan dengan kubu sekularis dan Kristian, dan tidak mengulangi pengalaman masa lalu Algeria, perlu diambil kira.

Cuba menunjukkan toleransi dengan kumpulan lain agar ia mampu mengelak tekanan daripada Barat.

Berita berikutnya;

Ghannouchi menggambarkan Ikhwan sebagai kumpulan besar dan gerakan kuat yang bertanggung jawab, dan kerananya Ikhwan tidak akan masuk ke dalam setiap petualangan yang salah dalam berpolitik, di mana dalam dalam politik negara setiap orang harus mendapat bahagian yang adil dari, menunjuk pentingnya membentuk kerajaan campuran agar boleh berjaya.

Dalam wawancara yang diterbitkan di majalah Foreign Policy hari Rabu kelmarin (7 / 12). Ghannouchi mengatakan bahawa masalah di Mesir lebih kompleks daripada Tunisia, kerana adanya agama minoriti dan etnik, di samping kekuatan gerakan Salafi, serta peranan tentera di Mesir sangat berbeza berbanding Tunisia.

Dia memberi amaran agar Ikhwan Mesir tidak mengulangi kesalahan di Algeria, di mana Islamis memenangi 80% dari kerusi pilihan raya di Algeria, tetapi mereka mengabaikan kumpulan minoriti dan tentera serta usahawan, yang akhirnya menyebabkan berlakunya rampasan kuasa terhadap kemenangan mereka.

Read More...

Wednesday, December 7, 2011

Kita tidak serang Soi Lek kerana videonya

PRESIDEN MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, bukan orang Islam dan memang hak dia mahu kritik hudud.

Mungkin dia melihatkan negara Islam yang laksana hudud, ekonominya tidak hebat atau dia melihat jika Malaysia laksana hudud negara Barat boleh beri tekanan menyebabkan ekonomi Malaysia boleh jatuh.

Itu hujah dia dan kita patut mengkaji pendapat beliau dan bagaimana kita boleh meyakinkan mereka yang mempunyai fahaman seperti itu.

Bagi saya pandangan Soi Lek boleh meransang pemikiran kita dalam menghadapi tekanan Barat.

Apa perancangan kita dalam menghadapi tekanan Barat apabila kita mahu melaksanakan hudud.

Dan apa hujah dan fakta kita untuk menyakinkan orang seperti Soi Lek. Jangan kita melalak tuduh macam-macam terhadap Soi Lek sedangkan kita tidak bersedia untuk berhujah dengan beliau.

Kita sudah tahu Umno tidak boleh diharap untuk memberi fahaman Islam terhadap bukan Islam dan kawannya bukan Islam.

Jadi kita ni yang digelar faham Islam patut memberi fahaman kepada mereka sehingga mereka yakin hudud boleh dilaksanakan.

Saya tidak mahu serang Soi Lek malah ketika beliau diserang video seks saya cuba bela beliau.

Anda boleh baca tulisan saya:

Gambar seksi boleh dieksploitasi di siber

DUNIA politik negara pernah gempar apabila terdapat video lucah yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tersebar di internet.

Penyebaran video itu merupakan perbuatan yang berkait dengan jenayah siber kerana menuduh pihak tertentu terbabit dalam video seks itu.

Perkara itu perlu dibuat laporan kepada polis dan menyerahkan pihak berkuasa menyiasat pelakon dalam video itu sama ada ia membabitkan tokoh pembangkang negara ini atau sebaliknya.

Pihak polis juga perlu membenteras sebaran video seks tersebut kerana dibimbangi mempengaruhi pelajar sekolah dan belia.

Rakyat menyuarakan supaya kerajaan perlu sekat setiap web lucah dari luar negara di samping mengambil tindakan tegas terhadap penyebar video seks.

Pemimpin politik MCA pernah jatuh dalam politik kerana menjadi mangsa kepada penyebaran video lucah membabitkan objek menyerupainya.

Jenayah itu mungkin dilakukan oleh musuh politik yang tidak mahu melihat beliau berjaya dalam parti itu. Ia juga langkah mudah penjenayah menjatuhkan musuhnya.

Beliau terpaksa berdepan tekanan sehingga membuat terpaksa membuat pengakuan. Ia bukan sahaja memusnahkan karier politik beliau bahkan mencemarkan nama serta keluarga.

Sekiranya keluarga terdiri daripada orang yang dihormati dalam masyarakat ia makin menjadi bertambah sukar.

Menuduh orang terbabit dalam video lucah dengan mereka-reka cerita. Terdapat juga superimpose gambar lucah membabitkan artis disebar secara berleluasa melalui internet.

Malah gambar privacy seseorang disebar ke laman maya oleh pihak tertentu bertujuan memusnah karier atau menjatuhkan musuh.

Sebagaimana baru-baru ini berlaku keatas penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi atau dikenali sebagai Apek.

Gambar yang beliau rasa tidak sepatutnya disiar internet tetapi boleh dicapai secara mudah di blog dan facebook.

Bagi Khairul gambar itu hak privacy beliau namun mungkin ia didedahkan oleh pihak tertentu dan membuat ulasan kononnya beliau bermasalah sehingga gagal bermain secara baik untuk menyekat kemenangan 3-2 Bahrian keatas Malaysia.

Sedangkan semasa Malaysia menang keatas Indonesia dalam sukan Sea, tidak pula gambar seumpama itu disebarkan.

Gambar itu menimbulkan kontroversi malah menyebabkan tekanan kepada Khairul. Perkara peribadi beliau tidak sepatutnya terdedah. Beliau bukan orang yang bangga untuk melakukan maksiat yang boleh mendorong orang lain terikut membuat perkara sama.

Oleh itu hak Khairul perlu dihormati dan pihak yang mengupload gambar ke maya tanpa izin Khairul telah melakukan jenayah siber.
Semua itu adalah jenayah dan pihak yang menjadi mangsa keadaan itu boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimdia Malaysia (SKMM).

Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kamal Affendi Hashim berkata dalam media eletronik, mereka yang merasa dirinya menjadi mengsa jenayah siber boleh membuat aduan kepada SKMM.

“Jangan mengharap hari itu buat laporan hari itu mahu selesai… mungkin mengambil masa dan ada kes berbulan-bulan,” ujarnya yang terkenal sebagai penganalisis jenayah.

Beliau juga mengingatkan pengguna internet tidak upload gambar yang memperlihatkan wajah seksi dan ghairah.

“Jangan upload gambar muncung (seksi) nanti orang boleh ambil gambar itu dan di superimpose dengan gambar model bogel atau separuh bogel sedangkan anda tidak melakukannya.

“Jadi perbuatan-perbuatan seumpama ini mengundang orang lain mengambil kesempatan. Jadi sepatutnya kita berhati-hati memuat turun gambar kita supaya ia tidak mudah diambil kesempatan pihak lain,” katanya.

Pengguna laman sosial juga dinasihatkan menyimpan gambar peribadi secara terkawal tanpa dicapai secara umum.

Fikirkan beberapa kali dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet untuk mengelak gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda.

Banyak cara lain untuk anda berkongsi gambar peribadi anda bersama keluarga dan rakan yang jauh.

Sentiasa berhati-hati ketika memberikan butir peribadi seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon.

Sangat mudah untuk mencari informasi tentang seseorang di internet. Maka, melainkan anda mahu seluruh dunia tahu bagaimana untuk menghubungi anda (termasuk ’spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’), lebih sedikit informasi anda yang berada di internet, lebih baik dan selamat untuk anda!

Simpan data peribadi anda seperti emel, rekod ‘chatting’, gambar, dan video dengan selamat.

Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor, dan anda mungkin juga mahu menguncikannya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption).

Banyak ’software’ yang membolehkan anda melakukan ini, supaya password anda tidak dapat dileraikan dengan begitu mudah.

Paling penting, anda perlu bijak mengawal privasi antara diri anda dengan keluarga, rakan, pasangan, dan juga majikan anda.

Berbicara secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak anda untuk mengekalkan privasi anda.

Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah cara terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online.


mahu lsam Sm la

Read More...

Tuesday, December 6, 2011

Ada IIM makin kuat rasuah

MAKIN kuat kerajaan laung benteras rasuah makin kuat rasuah negara. Ape ke hal ni Pok Jib?

Wujud pelan integriti nasional dan tubuh Institut Integriti Malaysia (IIM) tapi pelik dan ajaib rasuah makin meningkat.

Masih kah kita ingat tertubuhnya Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) tapi tak pa la sekurangnya ada la kesan dia iaitu pemimpin Umno mula faham sikit tentang Islam.

Dia tak berani dah nak hina hukum Islam tetapi kalau dulu dia ni bukan main lagi dok kutuk dan hina Islam terutama dalam bab undang-undang jenayah Islam.

He he he… dia tak tau ke undang-undang tu Allah yang buat. Dia ingat orang Islam ni dok pandai reka-reka.

Sekarang hok dia buat pelan rasuah tu… ada dia ikut. Nampaknya pelan tu tinggal pelan je la…

Kalau hang baca pelan tu bukan main lagi rasa macam Malaysia tadok rasuah… habis semua pelan tu benteras gejala itu. Kehkehkeh…

Tapi malang tukang buat pelan tu bila Umno buat sapu berak je…

Berita berikut:

'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib'
5 Dis 2011

Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.

azlanRanking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.

Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji.

Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.)

Terjerumus

Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003.

azlanManakala sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedudukan negara terjerumus 10 lagi kedudukan daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Lim berkata markah markah CPI negara terperangkap di antara 5.0 dan 5.1.

Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek.

Read More...

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP