Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 22, 2011

Hasan Ali pulak melampau

SAYA agak dah Hasan Ali yang ada Dr ni tak faham bahasa orang tua. Hasan faham Tok Guru Nik Aziz yang kata terpulang kepada Hasan Ali sebab dia belajar tinggi sampai Amerika tu kononnya menyerah kepada kebijaksanaannya.

Tapi orang boleh juga faham kata Tok Guru bahasa mantik. Ia boleh jadi sindir `mu belajar tinggi sampai Amerika takkan tak reti nak nilai baik, buruk… takkan benda tu pun nak kena ajar’. Contoh la…

Dalam sidang media Hasan Ali di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Kuala Lumpur, Hasan berkata Mursyidul Am Pas, Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ceramahnya di Jeli menyifatkan beliau seorang yang berpengajian tinggi di Amerika sudah tentu mampu menilai sendiri.

Jadi kesilapan besar Dr Hasan Ali kerana rujuk kepada Dr Aziz Hanapi dan beberapa profesor yang dia tidak nak bagi tahu nama.

Dia orang orang PAS. Kenapa dia tidak rujuk Majlis Syura PAS pasal isu negara kebajikan diputus majlis syura. Apakah Majlis Syura PAS itu tidak betul bagi dia...
Inilah susah orang belajar Amerika. Kita ikut Islam secara jemaah dia buat Islam ikut hal sendiri.

Ini pula kata pemuda PAS di Kuala Lumpur, 21 Dis, Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.

AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Bagi Nasrudin, Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al-Quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan).

“Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu ubudiah iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta," katanya.

Justeru itu, jelasnya Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al Adl wal Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al Khayrat) dan saling bekerjasama (at-Ta'awun) ke arah kejayaan (al Falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat’.

Menurutnya, berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.

Berita Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali

KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP