Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 19, 2011

Mustafa Ali yang licik

ORANG nak lemas dia sanggup menenggelam kepala kawannya yang selamatkan dia supaya dia dapat timbul. Yang penting bagi dia ketika itu ialah bernafas. Dia sudah tidak fikir nyawa kawan dia.

Orang politik pun dia boleh pakai style ini untuk selamatkan dirinya. Yang penting politiknya selamat dan terus naik. Jangan jatuh bersama kawannya yang nak jatuh.

Biasalah orang lama berpolitik. Dia tidak mahu ikut jatuh. Dia mesti selamatkan diri jauh dari kumpulan yang pernah bersamanya.

Orang kata Ustaz Nasa dan Dr Hasan liabiliti dalam PAS maka dia tidak mahu dikait sama dalam group itu. Politik kena jaga…

Memang dulu dialah yang rapat dan guna Ustaz Nasa hingga ada yang kata Ustaz Nasa dreber dia. Kenapa? Pasal ustaz Nasa ketika itu Timbalan Presiden Pas… berjawatan besar dalam parti.

Dr Hasan, dia pun rapat kerana Dr Hasan berpengaruh dalam kumpulan professional serta kakitangan kerajaan. Dr Hasan juga naik mendadak dalam PAS.

Ini menunjukkan populariti Dr Hasan bukan sahaja penonton forum perdana siaran TV1 tetapi rupanya ia turut menarik minat orang PAS menyaksikan program agama itu hingga kalangan mereka ketika itu Datuk Ismail Kamus, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Dr Harun Din boleh terkenal dan bila mereka masuk PAS dan bertanding mereka ini memang mudah.

Maka langkah terbaik dia ialah jangan lagi nama dia terkait sama dengan Hasan Ali dan Nasa…

Malah dia sanggup serang Ustaz Nasa dedahkan dalam akhbar yang ustaz Nasa tidak hadir dalam mesyuarat.

Memang tidak patut dan mengaibkan. Saya rasa ia maruah Ustaz Nasa dan kalau Ustaz Nasa mahu pun memang patut.

Inilah politik dari tak kenal boleh jadi kawan… kemudian boleh jadi lawan… Tapi ada setengah yang hebatnya boleh jadi kawan balik… macam politik Mahathir.

Berita berkaitan:

Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-baru ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

1 comments:

Abd Rahman December 19, 2011 at 4:34 PM  

Saudara penulis,

Saya akui dan sokong apa yg sdra nukilkan.
Dimulut sentiasa berbicara Islam tapi akhlaknya entah dimana.
Orang politik begini lebih baik tak usah ada dan berkawan. Malangnya yg jadi mangsa orang seperti Datuk Hasan Ali dan Ust Nasa.

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP