Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 30, 2011

Jemaah di ruang tamu beri makna besar bagi keluarga

SATU ketika saya tengok Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama sahabatnya berjemaah di ruang tamu rumah sewanya di Taman Melewar. Melihat itu saya ikut berjemaah sekali.

(gambar: Terkandas dan terpaksa solat dalam air ketika operasi banjir bersama Pemuda PAS Johor tahun 2006)

Selepas daripada peristiwa itu barulah pemikiran saya terbuka tentang solat berjemaah iaitu mesti dilakukan secara berjemaah bersama keluarga walaupun rumah sekiranya gagal ke masjid.

Masa itu saya masih keseorangan dan menumpang tinggal di rumah sewa Tuan Guru di Kuala Lumpur. Maklumlah sara hidup KL tinggi.

Namun begitu banyak pengalaman dan pengajaran diperolehi ketika tinggal di situ. Anda akan lihat bertapa minat Tuan Guru terhadap penyebaran ilmu tetapi kali ini saya mahu menulis tentang bab solat fardhu yang setengah orang anggap `riak' bila dilakukan berjemaah atau sibarkan gambar solat berjemaah.

Solat fardhu boleh dilakukan di ruang tamu kalau rumah tidak ada bilik khas untuk sembahyang.

Sembahyang jemaah di ruang tamu lebih menampakkan kehebatan kerana tempat itu kita sekeluarga berkumpul.

Kita melihat TV di ruang tamu dan apabila masuk waktu kita tutup TV untuk melakukan solat berjemaah.

Ada beberapa pengajaran mengerjakan solat berjemaah di ruang tamu.

Kita mendisiplinkan keluarga tentang solat berjemaah.

Kita boleh melakukan solat berjemaah dengan menghentikan siaran TV walaupun ketika itu ahli keluarga sedang berseronok.

Memastikan semua ahli keluarga bersembahyang.

Ruang tamu lebih berkat dan dirahmati kerana amalan itu sedangkan selama ini kita hanya jadikan ruang tamu sebagai tempat rehat, tengok TV, bersembang dan makan.

Perkara yang paling besar, ia menghapus amalan orang-orang kita dan keluarga-keluarga kita sebelum ini yang lebih suka bersembahyang dalam bilik secara sendirian sedangkan ia lebih hikmat dan berganda secara berjemaah.

Selain itu alasan mereka bersembahyang keseorangan dalam bilik kononnya ruang tamu kotor dengan makanan dan laluan ahli keluarga.

Ada juga beralasan kononnya mahu menjaga hati supaya tidak `riak’.

Setengahnya menjadi `riak’ sebagai alasan tidak mahu berjemaah, tidak mahu ke masjid.
Hati mereka ini sebenarnya telah digerutu oleh syaitan supaya tidak bersolat jemaah.

Solat fardhu itu syiar Islam, seperti membina masjid ia menujukkan syiar kita sebagai Islam.

Ia bukan semata ibadah malah ia syiar yang perlu diagung bagi menunjukkan kehebatan Islam.

Jadi sebab itu solat fardhu memang kena menunjuk-nunjuk kerana ia syiar dan bukan semata-mata ibadah malah ia termasuk dakwah, menyebar kebaikan untuk memberitahu orang ramai supaya bersolat dan menunjukkan keagungan Islam.

Sebab itu solat fardhu kena didirikan secara berjemaah atau hendaklah berduyung-duyung ke masjid untuk tunjuk keagungan dan kehebatan Islam.

Apabila solat fardhu termasuk dalam dakwah maka untuk menunjuk-nunjuk tidak termasuk dalam `riak’.

Solat fardhu kena umum kepada dunia bahawa umat Islam bersedia bersolat lima waktu untuk mengagungkan kebesaran Allah.

Ia seumpama ibadah haji. Perhimpunan besar yang menyatakan penyatuan dan kehebatan Islam.

Begitu juga solat fardhu untuk menunjukkan penyatuan ukhwah Islamiah dalam satu kampung.

Solat fardhu berlainan dengan solat sunnat. Solat sunat lebih afdhal disembunyikan.
Sebab itu jangan kamu sampai berkata: “Aku malam tadi penat kerana solat malam...” Ucapan seumpama itu memang `riak’.

Begitu juga dengan puasa. Puasa ramadhan adalah syiar kena tunjuk untuk memberi gambaran bahawa umat Islam patuh dan suka arahan Allah SWT walaupun ia memeritkan bagi umat Islam.

Bagaimanapun bila puasa sunnat anda kena sembunyikan walaupun orang ajak anda bergaduh sedangkan anda berpuasa.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP