`MEMIKUL biawak hidup’ menjadi peribahasa panas sejak akhir ini berikutan pertembungan Ketua Umno Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
Akibatnya juga Syed Ali dikunjungi mereka yang mendakwa dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong dan membela Shahrizat.
Politik Harian Media Rakyat (brojinggo.blogspot.com) melaporkan lebih kurang 80 orang daripada pelbagai NGO menyerbu Pejabat Datuk Syed Ali, di pejabatnya di Jalan Peel, Cheras berkaitan kenyataan beliau mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya ‘biawak hidup’.
Pada mulanya, Syed Ali menyangkal dakwaan tersebut dan setelah di desak beliau mengaku dan berjanji akan memperbetulkan kenyataan itu secepat mungkin menggunakan blog beliau Umno Bahagian Cheras Blogspot (umnobahagiancheras.blogspot.com).
Syed Ali menjelaskan maksud ‘memikul biawak hidup’ adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat.
Katanya, kenyataan beliau sebelum itu adalah berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.
“Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” jelasnya.
Hadir dalam bantahan itu adalah Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM), Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.
“Ini cuma desakan dari Gabungan NGO, belum lagi dari Wanita Umno yang naik angin!” kata Politik Harian Media Rakyat.
Syed Ali merupakan antara pemimpin Umno akar umbi yang lantang mendesak Shahrizat meletakkan jawatan berikutan tercetusnya skandal NFC.
Pada 13 Disember lalu, Syed Ali berkata kebisuan pengerusi NFC, yang juga suami Shahrizat untuk menjelaskan isu NFC ketika berhadapan dakwaan parti pembangkang boleh mengelirukan orang ramai.
Justeru itu beliau meminta Shahrizat meletakkan jawatan.
Syed Ali turut berkata beliau akan membuat kenyataan berkenaan perkara ini akan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Umno tertinggi dalam masa terdekat.
Isu NFC timbul berikutan pendedahan kegagalan projek tersebut seperti dilaporkan dalam laporan ketua Audit Negara pada bulan Oktober.
Isu ini kemudiannya dibangkitkan oleh parti pembangkang termasuk PAS dan PKR.
Isu ini turut dilaporkan blog Milo Suam (milosuam.blogspot.com) dan Anak Sungai Derhaka (darisungaiderhaka.blogspot.com).
Dalam pada itu, Syed Ali merasakan serbuan itu dibuat ekoran daripada kenyataan beliau mengatakan Umno `memikul biawak hidup’ dalam isu NFC ini.
Dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya, Syed Ali berkata; “Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya.”
Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.
“Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat, apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab,” soalnya.
Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat,” ujarnya sebagaimana dilapor Anak Sungai Derhaka.
Kata Milo Suam; “Nampaknya Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) kena stanby samseng yang lebih hebat kerana tempoh hari beliau telah menyuruh Shahrizat meletak jawatan sebelum dihalau. Bila-bila masa saja samseng Shahrizat akan menyerang Tun Mahathir pulak kah kah kah...”
Kahwin guy
Syoknya Download Update Daily (syokdownload.com) melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan menyiasat berhubung penyebaran gambar di internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara.
"Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.
"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi, Sabtu lalu.
Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja.
Syoknya Download Update Daily turut melaporkan lelaki itu bernama Ariff Alfian. Apakah ia ada kaitan dengan pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56.
Ini kerana beliau buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh itu.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
Ariff dilaporkan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikatakan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
The King and U
-
*The King and U-Mobile and the tale of two brave Hassans*
Kuala Lumpur, Nov 22: That the vocal YB Hassan Karim has been called up by
his own party’s disc...
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment