Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 20, 2011

Turun bendera Najib, baru TV Malaysia ambil peduli

WALAU pun Saifuddin kutuk mahasiswa turun bendera tetapi kesan daripada tindakan berani mahasiswa itu menyebabkan suara mereka didengari. Jika tidak mereka berdemo pun orang tak pandang. Apa lagi kalau takat keluar demo tidak sampai seribu orang.

Perbuatan berani seorang mahasiswa turun bendera ketika menghantar memorandum di PWTC, barulah suara mereka disiar di TV dan juga media. Tidak kira laporan itu negatif tetapi apa yang penting liputan.

Sebelum ini mereka berdemo menyatakan bantahan dan mansuhkan Auku tetapi masyarakat pandang sepi kepada mereka... kepada perjuangan mereka.

Jadi apa cara supaya masyarakat mendengar suara bantahan mereka. Jadi ada ketikanya tidak kena kreatif. Orang kata turun bendera tidak kreatif tetapi biarkan dia, pasal mereka tidak tahu suara kita.

Ada yang kutuk seperti Saifuddin tetapi kita harap Saifuddin pun faham. kalau tidak masuk media dia jadi beku... senyap dan sepi. Hantarlah memo berkarung pun lepas tu diam membeku.

Berita berkiatan:

'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf
Dis 19, 2011

Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

student handing memo to umno on academic freedom crowdKatanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.

Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.

Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menuntut permohonan maaf dibuat.

Dan berkaitan:

Turun Bendera Najib : Saifuddin Tidak Terlibat, Mahu SMM Dan Bebas Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 19 DIS : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan kehadiran beliau sewaktu insiden penurunan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu semata-mata untuk menerima memorandum.

Saifuddin berkata, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara dan penegakan demokrasi, tetapi insiden tersebut "bukan sebahagian daripada demokrasi yang dimaksudkan", yang ingin dicapai melalui pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu.

"Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Datuk Seri Mohd Najib," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Bagaimanapun beliau yang Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut terhadap tindakan mahasiswa menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Jelas Saifuddin, pihaknya menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa berkenaan kerana insiden itu berlaku di luar kawasan universiti.

“Perkara itu berlaku di kawasan awam, dan di luar kawasan universiti, oleh itu, saya serahkan kepada pasukan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Saifuddin menambah, beliau mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) mesti meminta maaf,” katanya lagi.

Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”

“Setiap orang boleh membuat telahan masing-masing, tetapi saya sekadar hadir dan menerima memorandum berkenaan, tidak lebih dari itu,” jelasnya mempertikaikan dakwaan sesetengan blog yang menyatakan beliau terlibat dalam penganjuran demonstrasi tersebut.

“Saya mendapat maklumat mahasiswa ini tidak akan meminta maaf, itu pendirian mereka, tapi saya menuntut mereka harus segera meminta maaf kepada perdana menteri,” tegasnya.

Menurutnya lagi, beliau mengutuk perbuatan itu tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tambahnya, sesi sidang meja bulat perbincangan pemindaan AUKU akan tetap diteruskan, tetapi perbincangan tersebut akan disambung selepas mahasiswa selesai menghadapi peperiksaan hujung bulan ini.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP