Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 5, 2010

Bantuan Kemanusiaan Malaysia di sempadan Rafah, gagal masuk Gaza

Bantuan kemanusiaan dan ubatan dari Aman Palestine Institute Malaysia dengan jumlah bantuan dianggarkan sebanyak $100,000 dolar US tiba di Gaza pada hari Ahad pagi semalam (4 Julai) melalui laluan darat di sempadan Mesir - Rafah, Gaza.

Bantuan kemanusiaan itu diuruskan oleh sebuah delegasi yang terdapat dalamnya termasuk 12 tokoh terkemuka Malaysia, yang terdiri daripada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wartawan televisyen Malaysia.

Namun delegasi tersebut belum diberikan izin untuk melintasi sempadan tersebut kerana akibat kegagalan kordinasi, mengikut pentadbiran persempadanan Mesir.

Ketua Aman Palestine Institute Malaysia, Abdullah Zeek, masih menunggu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza, menyatakan bahawa bantuan tersebut adalah jaminan kepada rakyat Palestin bahawa mereka tidak terpencil daripada dunia Islam.

Beliau menambah bahawa rakyat Malaysia mempunyai rasa persaudaraan yang kuat dengan rakyat Palestin dan mereka akan menyediakan sokongan yang berterusan bagi masyarakat Gaza yang telah lama di kepung oleh Israel.

Sementara itu, Umar Siam, Pengarah Eksekutif Biro Aman Palestin di Gaza, menegaskan bahawa bantuan itu telah tiba di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan itu akan diedarkan kepada yang memerlukan dan juga untuk lembaga perubatan di Semenanjung Gaza. (Fq / pic)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP