Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 22, 2010

Israel tetap kejam mahu guna bom beracun, fosforus

Kerajaan Israel menolak memberikan jaminan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk tidak menggunakan lagi bom fosforus seperti yang mereka lakukan dalam pencerobohan brutal ke Semenanjung Gaza tahun 2008 lalu.

Dalam laporan rasmi yang diserahkan kepada PBB minggu ini, rejim Zionis itu mengakui telah menggunakan bom fosforus - yang sudah dinyatakan dilarang oleh dunia antarabangsa - dalam perangnya di Gaza dan cuba meyakinkan PBB bahawa Israel akan memperketat penggunaan bom fosforus tapi menolak untuk menghentikan sama sekali penggunaan senjata racun pembunuh itu.

"Tentera Israel telah mengambil langkah untuk meminimumkan mangsa serta kerosakan hotel milik orang awam jika berlaku konflik di masa mendatang, termasuk memperketat penggunaan bom yang mengandungi fosforus putih untuk kawasan pemukiman penduduk," demikian laporan Israel pada PBB.

Sebelumnya, rejim Zionis selalu membantah dakwaan bahawa tenteranya menggunakan bom fosforus dalam perang di Gaza tahun 2008 yang menyebabkan hampir 1,500 warga Gaza gugur syahid dan 5,000 lainnya cedera.

Laporan Richard Goldstone, iaitu ketua pasukan penyelidik PBB atas pencerobohan Israel ke Gaza tahun 2008, menyatakan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran atas undang-undang kemanusiaan kerana telah menggunakan bom yang mengandungi fosforus putih serta mengunakan senjata meriam berdaya ledak besar terhadap warga awam di Gaza.

Sementara itu, Juru Bicara Hamas Fawzi Barhoum dalam pernyataannya hari Rabu (21 Julai) mengatakan bahawa laporan Israel ke PBB yang mengandungi pengakuan bahawa tentera Zionis itu telah menggunakan bom fosforus untuk membantai warga Palestin, membuktikan bahawa Israel telah melakukan pelanggaran kemanusiaan dan untuk itu, PBB harus mengambil tindakan konkrit dengan membawa para pegawai kerajaan Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa.

"Kumpulan Arab dan autoriti Palestin berkewajiban untuk menghentikan semua bentuk perundingan dan normalisasi hubungan dengan Zionis. Perundingan yang dilakukan rejim Zionis hanya usaha untuk menutupi kejahatan mereka," ujar Barhoum.

Ia menyeru dunia antarabangsa untuk mempercepatkan pengadilan mahkamah terhadap para pegawai Israel dan pelaku jenayah perang.

Laporan Israel kepada PBB yang masih mencantumkan kalimah "konflik di masa akan datang", kata Barhoum, menunjukkan bahawa Israel masih berniat untuk menjadikan warga Palestin yang tidak bersenjata sebagai sasaran serangan mereka, apalagi jika dunia antarabangsa tidak mampu menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin dan sikap bias Amerika Syarikat yang selalu memberikan sokongan butanya pada Israel. (Ln / PIC / wb)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP