Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 22, 2010

Hindu, Sikh lebih selesa dibawah Taliban berbanding sekarang

Sebelum Islam masuk ke Afghanistan pada abad ke tujuh, orang Sikh dan Hindu sudah mendominasi ekonomi negara itu. Kini mereka bersama dengan orang pribumi di Afghanistan mencari rezeki untuk terus hidup. Semua itu kerana pencerobohan tentera asing di negeri itu.

"Kami tidak mempunyai tempat tinggal, tidak ada tanah dan tidak ada kuasa," kata Awtar Singh, 47, seorang senator dan satu-satunya wakil non-Muslim di parlimen Afghanistan. Tambahnya; "Tak ada seorang pun di kerajaan yang mendengar kami, tapi kami harus sabar, kerana kami tidak mempunyai pilihan lain."

Dalam sebuah syair yangg menggambarkan keindahan alam Afghanistan pada tahun 1992, selepas kegagalan Moscow, tetapi sebelum perang awam meletus, ada sekitar 200,000 orang Hindu dan Sikh di Afghanistan, berbanding sekarang hanya sekitar beberapa ribu sahaja.

Ketika fraksi berperang berebut Kabul, dua komuniti ini menjadi sasaran kerana agama mereka. Ditambah juga kerana mereka tidak mempunyai militia sendiri untuk perlindungan. Sejak ketika itu, kaum Hindu dan Sikh mengalami pemerasan, intimidasi, penculikan, kecurian dan bahkan pemerkosaan. Mereka melarikan diri ke India. Bagaimanapun di India mereka harus hidup sebagai orang asing yang memerlukan visa walaupun mereka dibesar dengan satu keyakinan dan satu nenek moyang.

Ironisnya, kehidupan orang Sikh dan Hindu kembali terjamin selepas bangkitnya Taliban. "Taliban tidak pernah menekan kami, mereka menghormati agama kami dan jika kami ada masalah, mereka akan menyelesaikannya dan tidak pernah menunda sampai hari berikutnya," kata Singh.

Orang Hindu Afghanistan bahkan bingung dengan kemarahan Barat terhadap Taliban. Sedangkan orang Sikh menghairankan bahawa mereka selalu terlepas daripada pemeriksaan pasukan asing, padahal mereka pun memelihara janggut yang panjang.

Satunya yang membuat perbezaan antara orang Sikh, Hindu dan Muslim di Afghanistan adalah kenyataan bahawa orang Muslim mempunyai pejuang yang membela mereka iaitu Taliban. Sedangkan mereka tidak punya, sehingga tidak hairan dalam situasi perang yang tidak teratur, mereka sering kali dirugikan oleh kerajaan mereka sendiri. Oleh pasukan asing? Mungkin tak usah dibahas lagi.

Sekarang, orang Sikh dan Hindu lebih banyak diam tinggal di Jalalabad. Namun begitu, ketika mereka mati pun, mereka tidak pernah mempunya tanah untuk menguburkan jenazah. (Sa / Reuters)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP