Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 7, 2010

Saya tidak boleh tahan tangis di Raudhah - Tyson

Mike Tyson, merupakan bekas juara tinju heavyweight dunia, menyatakan bahawa beliau sangat senang berada di Tanah Suci untuk melakukan Umrah.

Ibadah Umrah tersebut merupakan untuk pertama kali dalam hidupnya sejak ia masuk Islam empat tahun lalu.

Tyson tiba di Madinah setelah pesawat yang beliau tumpangi mendarat di lapangan terbang antarabangsa putera Muhammad bin Abdul Aziz Madinah.

Kunjungannya ke Arab Saudi ditetapkan oleh Persatuan Dakwah Kanada (CDA) sebuah lembaga yang sering mengurus dan mengatur kunjungan para selebriti yang baru masuk Islam untuk melawat tempat suci umat Islam di Arab Saudi.

Tyson dijadualkan akan melawat beberapa tempat suci umat Islam yang ada di Saudi selama kunjungannya kesana untuk melaksanakan ibadah Umrah baik di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Quba.

Selain itu beliau juga dirancang akan berkunjung ke Masjid al-Aqsa untuk solat di sana, lapor akhbar Saudi Gazette.

Dalam kunjungannya ke tanah suci, Tyson masih disambut dan diikuti tab layaknya seorang selebriti.

Kemana pun beliau pergi para wartawan dan penduduk tempatan mengikutinya, khusus pada waktu ia berada di hotel dan banyak orang yang rela menunggu berjam-jam untuk boleh mengambil foto bersama beliau.

Walaupun ada rasa kebahagiaan yang dirasakan oleh Tyson, namun beliau agak sedikit kesal dengan para penggemarnya yang terus mengikuti kemanapun beliau pergi.

Bahkan waktu ia akan melakukan solat Zuhur, sehingga ia cuba menutup kepalanya dengan 'himaj' (penutup kepala yang biasa dipakai orang Saudi) agar tidak diketahui orang.

Ketika memberi komen masalah itu, Tyson berkata: "Saya senang bahawa saya ternyata memiliki banyak fans di sini dalam Kerajaan Saudi, tapi saya berharap mereka boleh meninggalkan saya sendiri agar saya boleh menikmati beberapa minit nuansa spiritualiti di tempat suci yang ada di Saudi. "

Beliau menambah, merujuk tentang Masjid Nabawi: "Saya tidak boleh menahan air mata saya ketika saya datang ke salah satu taman syurga."

Dijelaskan oleh Syazad, ketua daripada Persatuan Dakwah Kanada yang mendampingi Tyson selama Umrah berkata: "Tyson menjadi emosional dalam artian positif selama dirinya berada di Masjid Nabawi."

"Saya menangis ketika melihat Tyson hampir satu jam berdiri depan makam Nabi Muhammad saw dan mengangkat tangannya untuk berdoa dan sebelumnya Tyson terlebih dahulu selama satu jam melakukan solat dan membaca al-Quran di Raudhah," tambah Syazad. (Fq / imo)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP