Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 7, 2010

Tentara Israel pun banyak bunuh diri

Sama seperti sekutunya Amerika Syarikat, angkatan bersenjata Israel juga kini sedang menghadapi semakin meningkat kes tentera mereka membunuh diri.

Sejak bulan Januari 2010 sahaja tercatat 19 tentera Israel menamatkan hidupnya dengan membunuh diri.

Padahal, tentera Israel mendakwa berjaya menekan pertembahan kes bunuh diri di kalangan prajuritnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pelbagai program yang bertujuan untuk mengelakkan para tenteranya melakukan bunuh diri.

Kes bunuh diri yang terjadi di pertengahan tahun 2010 sahaja mencapai 19 kes. Ia tergolong tinggi, berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang tahun 2009, tercatat 21 kes bunuh diri yang dilakukan askar Israel, 30 kes pada tahun 2000 dan 35 kes pada tahun 2005.

Untuk mengelak makin bertambahnya jumlah askar yang membunuh diri, tentera Israel memberikan program latihan bagi para komandan pasukan agar boleh mendiagnosis gejala gangguan jiwa yang berbahaya di kalangan prajuritnya dan memberikan pertolongan yang dianggap penting sebelum gangguan jiwa yang dialami askar bersangkutan makin parah.

Program lain yang dilakukan adalah tidak memperkenankan askar, terutama yang bertugas di bahagian pentadbiran, membawa pistol peribadinya ke rumah.

Pada tahun 2008, dua askar Israel didakwa melakukan tindakan jenayah kerana gagal menghalang seorang askar lain yang mengalami tekanan mental, melakukan bunuh diri.

Seorang askar yang bertugas di bidang kesihatan mental, juga harus menjalani sidang dengan dakwaan melanggar disiplin kerana dianggap gagal menolong seorang askar lain yang dikesan mengalami gangguan psikologi. (Lnprtv)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP