Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 8, 2010

Fatwa ulama Mesir: Wanita muslim haram tampil dalam program Oprah Winfrey

Dewan tertinggi untuk urusan Islam yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Waqaf Mesir, mengeluarkan fatwa memutuskan bahawa wanita muslimah dilarang tampil dalam program televisyen talk show terkenal Oprah Winfrey dan Dr. Phil.

Fatwa tersebut dikeluarkan untuk menjawab pertanyaan daripada seorang wanita muslimah berasal Maghribi yang ketika ini berada di Amerika Syarikat, bertanya apakah beliau boleh tampil dalam acara talk show, Oprah Winfrey dan Dr. Phil untuk meminta bantuan kewangan.

Dewan tertinggi untuk urusan Islam Mesir selepas menjawab soalan wanita muslimah Maghribi tersebut dengan menyatakan dilarang untuk tampil di acara Oprah Winfrey.

Fatwa itu kemudiannya menegaskan bahawa tindakan wanita itu jika nekad tampil dalam acara Oprah serta Dr. Phil dan dalam program itu ia meminta bantuan kewangan, maka tindakan tersebut akan mencoreng dan merugikan citra Islam.

Fatwa tersebut juga menasihati umat Islam yang memerlukan bantuan supaya meminta dan menarik bantuan kepada sesama saudara muslim mereka yang ada di Amerika Syarikat bukan tampil di acara Oprah Winfrey atau Dr. Phil. (Fq / memri)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP