Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 27, 2010

Murtadin Hirsi Ali: Nyatakan Islam toleran adalah sesat dan berbahaya

Walaupun kebanyakan Muslim adalah toleran dan cinta damai, Islam itu sendiri bukan agama toleransi, kata murtadin Hirsi Ali menegaskan.

Aktivis terkenal dan penulis, Ayaan Hirsi Ali membuat hujah mengelirukan tersebut pada hari Isnin lalu (25/10) di National Press Club, dengan pengawalan penjaga keselamatan berdiri di bahagian belakang ballroom. Sebagai murtadin dan penghujat keras Islam, Hirsi Ali hidup di bawah fatwa hukuman mati untuknya, selama bertahun-tahun.

Merupakan keturunan asli Somalia, murtadin Hirsi Ali membahas pertanyaan "Apakah Islam Agama Toleransi?" untuk menyoroti dimensi politik dari iman yang dipraktikkan secara meluas.

"Saya kecewa dengan keyakinan berterusan saya dan saya fikir, dalam khayalan saya bahawa Islam adalah hanya sebuah agama," katanya. "Ternyata Islam lebih dari sekadar agama yang memang memiliki dimensi spiritual ... tapi ada dimensi lain Islam - Dimensi politik"

Secara umum, toleransi agama difahami sebagai kesediaan untuk mengiktiraf dan menghormati kepercayaan dan amalan-amalan agama orang lain, ia mencatat. Tetapi ada pelbagai peringkat toleransi, ia menambah.

Nabi Muhammad mendefinisikan keadaan damai dan toleransi sebagai saat ketika seluruh dunia tunduk kepada Allah dan memeluk Islam, kata Hirsi Ali, yang melarikan diri dari keluarga Muslim kerana dijodohkan pada usia dua puluhan dan mencari suaka di Belanda.

Dalam Islam, cara untuk mencapai perdamaian adalah melalui penyelesaian, jihad, dan institusi syariah (undang-undang Islam), ia menjelaskan.

"Proposi yang menyatakan bahawa Islam adalah toleran tidak hanya menyesatkan tetapi juga berbahaya," Hirsi Ali menggariskan.

"Idea bahawa Islam adalah damai, toleran dan serasi dengan teori politik Barat dan nilai-nilai barat, saya kira, nampaknya lebih kepada sebagai strategi dan bukan sebagai mengejar kebenaran," tegasnya.

Walaupun beliau adalah seorang ateis, Hirsi Ali telah menganjurkan umat Kristian untuk memurtadkan umat Islam menjadi Kristian.

Hirsi Ali ini sangat terbuka bagi orang Kristian memurtadkan umat Islam kerana menurutnya Kristian telah "berubah dari pemerintahan mutlak untuk toleransi, untuk kasih sayang, untuk keamanan," katanya.

"Saya hanya mengakui bahawa Tuhan Kristian telah melewati reformasi, telah melalui pencerahan," tambahnya.

"Secara umum, hal-hal yang telah berubah ke titik di mana saya berfikir bahawa agama Kristian, khususnya seperti yang dipraktikkan di Barat, jauh lebih menarik dan jauh dari berbahaya daripada Tuhannya Islam. (Fq / christianmonitor)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP