Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 22, 2010

Mesir tutup tv setelit kerana salafi dan trend Islam bukan sebab porno

Analisis menyatakan bahawa alasan kerajaan Mesir untuk menutup beberapa saluran televisyen satelit Mesir termasuk saluran Islam, dimaksudkan untuk menghentikan penyebaran arus gerakan salafi yang dapat meningkatkan sokongan awam untuk kumpulan pembangkang Ikhwanul Muslimin selama pilihan raya parlimen yang akan datang.

Penganalisis politik Mesir Nabil Abdul Fattah menjelaskan bahawa keputusan kerajaan untuk menutup 12 saluran televisyen satelit, termasuk memberi peringatan terhadap 20 saluran yang lain dengan alasan, mulai daripada yang berkaitan terdapat penyalahgunaan agama dan adanya pornografi di saluran televisyen tersebut.

Namun menurutnya tujuan sesungguhnya dari penutupan tersebut, lebih khusus untuk menyekat sambutan dan arus trend keIslaman.

Dan kepada Reuters Abdul Fattah menegaskan bahawa pornografi bukanlah tujuan sebenarnya atas penutupan ke 12 saluran televisyen satelit tersebut kerana pornografi juga banyak di saluran televisyen satelit lain, tetapi langkah ini dilakukan lebih kerana maraknya kumpulan salafi yang menggunakan saluran televisyen satelit untuk menyampaikan mesej dakwah mereka dan kerajaan Mesir kemungkinan besar sangat bimbang bahawa hal tersebut dapat dimanfaatkan oleh Ikhwanul Muslimin pada pilihan raya akan datang.

Namun kerajaan menafikan bahawa ada motif politik di balik penutupan 12 saluran televisyen tersebut, menambah bahawa langkah penutupan itu ditujukan sesuai dengan Piagam kehormatan, untuk mengelakkan konflik antara kedua-dua agama - antara Kristian dan Muslim dan antara Sunni dan Syiah.

"Langkah ini sebaiknya tidak disalahfahami sebagai tindakan represif pemerintah terhadap media massa. Kerajaan tidak mungkin melakukan itu. Kami bertanggung jawab untuk melindungi negara ini dan rakyatnya dari risiko timbulnya ketegangan sektarian di tengah masyarakat," dalih menteri penerangan Mesir Anas Al-Fiqi dalam sebuah kenyataan . (fq / imo)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP