Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

Kerana berlabel halal, sup Campbell diboikot

Sakit jiwa golongan aktivis anti Islam terhadap Islam sehingga syarikat sup yang melebal halal pada barangan mereka pun diseru boikot. Apa salahnya syarikat tersebut mahu menarik dan memudahkan pelanggan Islam mereka tetapi sikap sebahagian golongan itu sungguh menjengkelkan.

Syarikat Campbell Canada sejak awal tahun terakhir memasarkan sup bungkusan tin disahkan halal. Namun sebahagian masyarakat Kanada mengkampanyekan boikot terhadap produk sup berlabel halal itu.

Ada 15 variasi sup dalam bungkusan berlabel halal yang dipasarkan Campbell. Bahan-bahan yang terkandung dalam sup tersebut sudah dinyatakan sesuai dengan Peraturan makanan yang sihat dan halal menurut syariat Islam, termasuk tata cara pemotongan haiwan yang dagingnya digunakan dalam sup tersebut.

Sertifikasi halal itu diberikan oleh Islamic Society of North America (ISNA) yang sejak tahun 1988 sudah memberikan perkhidmatan pensijilan halal bagi produk makanan. Meski mengandungi bahan makanan yang sihat dan halal, tidak semua masyarakat di Kanada menerima kehadiran sup tersebut. Mereka mengesyaki, sup berlabel halal itu sebagai penunjuk bahawa undang-undang Islam sudah mulai masuk mengatur kehidupan mereka.

Mereka yang menolak sup berlabel halal itu membuat kempen "Boikot Sup Campbell" lewat jejaring sosial Facebook yang hingga kini sudah mendapatkan sokongan dari 3,000 orang. Seruan boikot juga dilakukan sejumlah blogger di Kanada lewat tulisan-tulisan di blog mereka.

"Mmm, lazat buat para islamic. Tapi sama sekali tak lazat buat sebagian kita," tulis seorang blogger.

Penulis di laman Jihadwatch.org Robert Spencer dalam tulisannya menyindir, "Jadi, mengapa Sup Campbell tergesa-gesa melakukan tawaran? MM Persaudaraan Islam yang keren?". Spencer selama ini menuding ISNA mempunyai hubungan dengan Hamas dan organisasi Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir.

Pamela Geller, penentang Masjid Ground Zero juga ikut menyeru boikot sup berlabel halal pengeluaran Campbell. Begitu pula organisasi The Tea Party Nation yang di twitternya menulis, "Sekarang Campbell membolehkan orang Islam mengesahkan sup. Mmmmm Mnnnn tidak enak ... saya tidak akan makan sup Campbell lagi." (Ln / isc / Tm)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP