Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 22, 2010

Rabbi Yahudi: Halal gunakan warga awam Palestin sebagai perisai hidup

Seorang rabbi Israel yang menimbulkan kontroversi telah menggalakkan penggunaan warga Palestin sebagai perisai manusia oleh tentera, walaupun jika perisai manusia itu merupakan warga awam.

"Apa pun yang anda lakukan untuk mencapai kemenangan dalam perang dibenarkan, dan wajib menurut Taurat," kata Yitzhak Shapira, kepala sekolah dari Od Yosef Chai Yeshiva, tulisnya dalam risalah yang diedar kepada murid-murid sekolahnya, seperti dilaporkan Haaretz dalam situsnya pada hari Rabu (20/10).

"Menurut nilai Yahudi yang benar, hidup anda lebih didahulukan daripada musuh, apakah ia adalah seorang tentera atau awam di bawah perlindungan. Oleh itu, anda dilarang daripada membahayakan kehidupan anda sendiri demi musuh, bahkan untuk seorang warga awam," kata Shapira, yang tinggal di pemukiman Tebing Barat Yitzhar.

Rabbi kontroversi ini pernah ditangkap pada musim panas lalu atas kenyataannya yang mendorong orang Yahudi untuk membunuh non-Yahudi dalam bukunya The King's Torah.

Awal minggu lalu penulis kod etika bagi Angkatan Pertahanan Israel (IDF) membela perilaku tentera Israel yang menggunakan "musuh" merupakan warga awam sebagai perisai manusia / tameng hidup.

Asa Kasher, yang dikenali sebagai guru "etika" pasukan Israel, mengatakan bahawa ada situasi di mana penggunaan orang awam musuh untuk meredakan situasi yang berpotensi meletup tidak hanya secara etika dibenarkan, juga dapat menyelamatkan nyawa askar itu sendiri.

Bulan lalu, mahkamah tentera selatan Israel telah menghukum dua tentera Israel yang menggunakan tameng manusia selama perang Januari 2008-Disember 2009 terhadap Semenanjung Gaza. (Fq / prtv)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP