Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

Pak Lah yakin Bajet 2011 jayakan transformasi

Ini kata Pak Lah: UALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin pelan transformasi yang digariskan kerajaan melalui Bajet 2011 bakal melonjakkan negara untuk keluar daripada ‘perangkap’ negara berpendapatan sederhana.

Menurut beliau, kesungguhan dan komitmen kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 kini mula menunjukkan hasil.

“Kita berdepan cabaran yang bukan sedikit untuk mengurus Malaysia tetapi itu tidak mematahkan usaha kerajaan melaksanakan transformasi dan kesungguhan tersebut makin terserlah dalam Bajet 2011 yang baru sahaja dibentang.

“Mereka (kerajaan) ada kesungguhan dan keupayaan untuk jayakan transformasi,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Forum Antarabangsa: Pembinaan Masyarakat Global-Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik, di sini malam ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar, para delegasi asing serta barisan pimpinan muda Kelab UMNO Luar Negara.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, rakyat perlu menaruh keyakinan kepada kerajaan kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara ini selama 53 tahun terbukti berjaya meletakkan Malaysia pada keadaan sekarang.

“Kita perlu kongsi hasrat dan perasaan ini (menjayakan transformasi) bersama kerana rekod kerajaan sudah terbukti,” tegasnya.

Dalam pada itu, Abdullah menyambut baik penganjuran forum antarabangsa tersebut yang dibuat sebagai kelainan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Katanya, forum tersebut membolehkan negara-negara peserta berkongsi mengenai kekuatan serta kelemahan parti masing-masing, sekali gus memberi pengalaman berguna kepada UMNO untuk memastikan parti itu sentiasa relevan.

Kata Mahathir pula: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan dengan laluan sukar untuk memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Najib) warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada (perdana menteri) nombor lima (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Dr Mahathir (kiri) terus mengkritik Abdullah, penggantinya yang didakwanya mensia-siakan mandat besar yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004 lalu.

"Bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul. Dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun kelihatan lebih berlembut kepada Najib yang disifatkan "cuba membetulkan keadaan".

Menyuarakan penghargaannya kepada usaha Najib itu, perdana menteri paling dalam sejarah Malaysa itu turut mengambil peluang menyelar bekas timbalannya yang kini menjadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau lalui masa sukar sekarang. Najib ada beberapa idea yang bagus dan yang tidak berapa bagus.

"Saya harap beliau mendapat sokongan kerana parti alternatif yang lebih buruk akan mengambil alih tampuk kekuasaan," kata Dr Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP