Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 22, 2010

Israel "menyerang" Iran hanya di papan catur

Seorang grandmaster catur Israel pada hari Khamis semalam (21 Oktober) memulakan perlawanan maraton caturnya melawan 520 pemain dalam usaha untuk mengalahkan rekod Guinness untuk permainan catur serentak, yang saat ini rekodnya masih dipegang oleh pecatur Iran.

Perlawanan ini bermula di bawah terik matahari siang di Tel Aviv Rabin Square dengan pemain grandmaster Alik Gerson yang menjabat tangan kepada setiap pemain ketika dia berjalan di sepanjang deretan meja yang dilapisi dengan papan catur.

Dalam rangka menetapkan rekod dunia, Gerson kelahiran Ukraine harus menang sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan permainan.

"Saya akan memecahkan rekod dunia Guinness untuk permainan catur serentak mengalahkan rekod terbesar hari ini. Yang masih dipegang oleh grandmaster Iran dengan 500 papan catur," kata Gerson kepada AFP.

"Saya akan membuatnya menjadi 520 dan mudah-mudahan saya akan menang lebih daripada 80 peratus daripada permainan ini."

Persiapan untuk acara ini, Gerson menyatakan ia berlatih terus dari malam ke malam, termasuk banyak bersenam seperti jogging dan berenang, kata mantan juara catur Israel berusia 30 tahun ini.

"Ada banyak kilometer untuk berjalan dan anda harus tetap fokus," katanya, ia mencatatkan bahawa pecatur Iran saingannya Morteza Mahjoob berjalan 40 kilometer (25 batu) untuk menyamakan rekodnya.

Mahjoob mempunyai rekod ketika ini dengan 500 perlawanan serentak pada bulan Ogos 2009 dengan waktu perlawanan 18 jam.

"Semoga semua perang kita terhadap Iran hanya akan berada di papan catur," kata Gerson tersenyum. "Untuk perang seperti itu, saya siap."

Di dunia nyata geo-politik, Iran dan Israel saling kecam. (Fq / aby)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP