Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 8, 2010

Jangan buang duit atau Felda tak larat nak bayar saman

Berkata anak Pak Maslan jangan saman Felda kononnya perabis duit kat peguam. Betul juga kata budak tu tetapi kalau tak saman sampai sekarang tak sedar-sedar.

Kerana dah banyak Felda kena saman beratus juta terpaksa bayar kat peneroka akhirnya beliau merayu dalam terhormat kepada peneroka jangan saman Felda.

Lain kali tu duit peneroka bagi sahaja la, jangan dok simpan nak bagi Najib sahaja.

Jangan buang duit saman Felda, kata Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Felda tetap akan membayar wang Tabung Tanam Semula kepada mana-mana peneroka yang menjalankan penanaman secara sendiri, asalkan mereka mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, justeru peneroka tidak perlu bersusah payah menggunakan khidmat peguam dan mahkamah bagi menuntut bayaran itu kerana tindakan itu hanya akan merugikan mereka.

“Jangan saman, kalau saman, saudara (peneroka) rugi kerana kena bayar peguam. Orang yang tidak saman pun akan dapat juga (wang tanam semula) dan orang yang saman pun akan dapat juga.

“Selain itu, dia kena bayar pula kos peguam, untuk apa?” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Timbalan Pengarah Besar Felda Suhaimi Zainuddin.

Beliau mengulas mengenai laporan dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai tuntutan yang meminta Felda membayar pampasan sebanyak RM261.8 juta kepada 11,000 peneroka yang melaksanakan penanaman kelapa sawit secara sendiri.

Katanya, laporan yang dibuat akhbar tersebut mengelirukan kerana Felda telah dan sedang membayar mana-mana peneroka yang membuat penanaman semula secara sendiri dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Felda mempunyai 112,635 peneroka dengan 14,882 atau 13.2 peratus daripadanya merupakan peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka.

Dalam pada itu, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu-isu yang timbul berkaitan Felda.

Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail dalam kenyataan hari ini berkata jawatankuasa khas seramai 30 orang itu dianggotai oleh golongan profesional seperti peguam, doktor, pakar ekonomi, ahli perniagaan dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada generasi baru Felda.

“Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji serta menilai permasalahan yang timbul serta membantu meredakan ketegangan ekoran salah faham di antara peneroka dan Felda,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP