Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 7, 2010

Taliban, musuh yang buat Amerika bangkrap

Taliban ternyata musuh yang sangat mahal bagi Amerika Syarikat. Pernahkah terlintas di benak anda berapa biaya yang harus dikeluarkan AS untuk membunuh satu orang Taliban? Jumlahnya ternyata sangat hebat dan cukup membuat kerajaan AS muflis membiayai perang di Afghanistan.

Matthew Nasuti dalam artikelnya yang dimuatkan di laman Kabul Press mengumpul data dan menganalisis berapa kos yang dikeluarkan tentera AS untuk satu nyawa seorang Taliban.

Ia melakukan kajian kecilnya itu untuk menandingi maklumat semua yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS tentang kemajuan yang dicapai AS dalam perang di Afghanistan. Padahal situasi yang sebenarnya sangat bertentangan.

Keputusan analisanya, Nasuti menyimpulkan bahawa Pentagon harus mengeluarkan biaya sekitar 100 juta dollar untuk membunuh satu orang Taliban. Bahkan dalam anggaran yang paling konservatif, Pentagon sekurangnya mengeluarkan dana sebesar 50 juta dollar untuk satu nyawa seorang Taliban. Sungguh sebuah angka yang fantastis mengingat tentera AS di Afghanistan dilengkapi dengan persenjataan ketenteraan yang serba canggih, tetapi ternyata membunuh seorang musuh dari kumpulan Taliban, bukan perkara yang senang dan murah buat mereka.

Nasuti melakukan perhitungannya berdasarkan data:

1. Kekuatan Taliban ketika ini sekitar 35,000 pasukan (berdasarkan andaian tentera AS)
2. Jumlah pasukan Taliban yang terbunuh oleh Pasukan Koalisi asing setiap tahun sekitar 2,000 orang
3. Kos Langsung yang dihabiskan Pentagon untuk perang di Afghanistan selama tahun 2010 sebanyak 100 bilion dollar
4. Kos Tidak Langsung yang dihabiskan Pentagon untuk perang di Afghanistan selama tahun 2010 sebanyak 100 bilion dollar

Jika jumlah kos yang dihabiskan Pentagon setiap tahun, sebanyak 200 bilion dolar dibahagikan dengan jumlah militan Taliban yang terbunuh setiap tahun oleh pasukan koalisi, iaitu sekitar 2,000 orang, maka hasilnya adalah 100 juta dolar untuk membunuh satu orang Taliban.

Jika jumlah Taliban yang terbunuh tiap tahun dinaikan dua kali ganda pun, Pentagon masih harus mengeluarkan dana yang besar untuk mencabut nyawa satu orang Taliban, iaitu berkisar 50 juta dollar! Dalam artikel itu ditulis, bahkan kemungkinan kos yang dikeluarkan Pentagon untuk membunuh musuhnya itu jauh lebih besar dari perhitungan tersebut.

Jadi, berdasarkan data diatas, jika Pentagon ingin membunuh semua militan Taliban yang ada sekarang, maka kerajaan AS harus mengeluarkan biaya sebesar 1.7 triliun dollar, yang notabene kos perang itu diambil dari cukai yang dibayar rakyat AS.

Entah bagaimana reaksi rakyat AS jika tahu perhitungan ini, betapa tak berkualitinya tentera AS kerana hanya untuk membunuh satu orang Taliban memerlukan kos begitu besar.

Selama ini Pentagon selalu mengungkapkan alasan berkaitan mahalnya kos perang di Afghanistan, bahawa tentera AS menggunakan peralatan mekanikal, komputerisasi, dan persenjataan yang harganya mahal.

Belum lagi keberadaan para kontraktor awam jumlahnya mencapai 150,000 kontraktor. Mereka disewa untuk memberi perlindungan, sokongan kekuatan sampai menyediakan makanan bagi para personel tentera AS di Afghanistan, yang semuanya memerlukan kos besar.

Kenyataannya, para personel AS di Afghanistan sering mengalami kelewatan kiriman logistik dan senjata yang digunakan juga sering bermasalah, seperti raifal yang sering macet atau bom-bom pintar yang ternyata tidak sepintar yang digembar-gemburkan.

Umum Amerika, mengikut pengarang artikel itu, dipastikan akan geram jika tahu rendahnya kualiti persenjataan personel tentera AS yang dibeli dengan wang cukai mereka dan Pentagon tidak pernah telus dalam masalah ini.

Jika keadaan ini terus berlangsung maka Taliban merupakan "tentera-tentera super" yang akan menggerogoti kewangan AS dan tentera AS pada akhirnya harus siap mengalami kekalahan yang memalukan di Afghanistan.

Pentagon tidak pernah mahu memberitahu berapa jumlah Taliban yang telah terbunuh selama hampir sepuluh tahun pencerobohan mereka ke Afghanistan. Pentagon tak berani malu, kerana Taliban yang berjaya mereka bunuh jumlahnya sangat sedikit.

Organisasi media yang secara independen melakukan perhitungan jumlah Taliban yang terbunuh oleh pasukan koalisi berdasarkan laporan rasmi dan laporan media massa. Dari hasil perhitungan mereka diketahui, bahawa data Pentagon tentang jumlah Taliban yang dituntut berjaya dibunuh oleh pasukan koalisi, ternyata tidak kredibel.

Dianggarkan hanya 50 peratus daripada jumlah yang disebut sebagai Taliban oleh Pentagon yang benar-benar ahli Taliban. Selebihnya adalah para pelaku jenayah, pedagang dadah, atau orang awam yang mempertahankan rumah mereka.

Berapa sebenarnya kos perang di Afghanistan juga tidak pernah jelas kerana Pentagon tidak mengeluarkan semua kos langsung dan tidak langsung yang sudah dikeluarkan untuk perang itu.

Laporan mengenai kos, terutama kos untuk operasi ketenteraan yang dilakukan di Aghanistan diklasifikasikan sebagai laporan rahsia dan disembunyikan. Namun laporan menganggarkan, sampai bulan Oktober 2010, Pentagon sudah menghabiskan biaya sebesar 105 juta dollar untuk perang di Afghanistan. (Ln / KP)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP