DUBAI, 7 Okt (Bernama) -- Jumlah emas yang didagangkan menerusi Dubai untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini terus kukuh pada 608 tonne, dengan nilai keseluruhan US$21.17 bilion, demikian menurut Pusat Komoditi Multi Dubai (DMCC).
Jumlah itu meningkat 20 peratus tahun-atas-tahun, sekali gus mencerminkan harga emas yang tinggi, katanya, mengambil contoh data import dan eksport dari Kastam Dubai.
Dalam tempoh Januari-Jun 2010, import emas ke Dubai ialah 384 tonne, naik 4.3 peratus atau 16 tonne dalam tempoh yang sama 2009.
Sementara itu, eksport emas dari Dubai merosot 6.7 peratus kepada 225 tonne berbanding 240 tonne tahun sebelumnya.
Ini menunjukkan yang pasaran runcit tempatan turut memperlihatkan "selera" yang lebih besar dengan penggunaan yang bertamah, kata kenyataan DMCC.
India kekal sebagai rakan import dan eksport utama Dubai dengan barang eksport utama ialah jongkong emas dan barangan import utama pula ialah emas dalam bentuk separa pembuatan.
-- BERNAMA
Pilih Perdana Menteri merentasi parti
-
*RENCANA*
SETELAH 70 tahun merdeka dan melalui 15 kali pilihan raya umum, dalam
tempoh itu juga kita sudah mempunyai 10 orang Perdana Menteri seharusnya ...
2 days ago

0 comments:
Post a Comment