Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 31, 2010

Contoh baik, Gabenor tolak bantuan kemanusiaan asing

Staf Khusus Presiden Bantuan Sosial dan Bencana, Andi Arief mendedahkan, sejak terjadinya gempa dan tsunami Mentawai, tawaran bantuan kemanusiaan datang dari beberapa negara, seperti Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Australia dan Singapura.

(Gabenor Sumbar Irwan Prayitno - Foto)

Namun, oleh Gabenor Sumbar, Irwan Prayitno, kata Andi pula, tawaran bantuan itu ditolak kerana kerajaan (tempatan) masih mampu menanganinya. "Ini contoh baik saya kira. Kerajaan Daerah Sumbar masih mampu melakukan kepimpinan politik," kata Andi Arief pada perbincangan bertajuk "Bencana dan Duka Indonesia", di Warung Daun, Cikini, Jakarta, Sabtu (30/10/2010).

Seperti diberitakan sebelumnya, salah satu kawasan yang terkena tsunami paling parah adalah Desa Pro Rugat di Pulau Pagai Selatan. Sebanyak 65 warganya dinyatakan terkorban. Para penduduk desa bernaung di bawah terpal saat hujan datang, sembari bertutur bahawa sebahagian warga yang lain memilih tetap bertahan di kawasan bukit kerana terlalu takut untuk pulang.

Para pekerja kemanusiaan yang masuk ke pelosok Mentawai menemukan potongan karang raksasa dan bebatuan di lokasi yang dulunya rumah. Sedangkan mayat-mayat yang sudah dalam keadaan bengkak, berserakan di jalanan dan pantai.

Sementara itu, di sebuah Puskesmas di Pagai Utara, Sarifinus (35), membuai erat anaknya yang berumur 5 tahun, Dimas, kerana mengerang kesakitan ketika paramedik merawat lengannya yang patah. Dimas ditemui dalam keadaan hidup selepas air surut.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP