Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 19, 2010

BN tenang, pembangkang rebut calon di Batu Sapi

BN Sabah Sepakat, Calon Parti Bersatu Sabah (PBS): KOTA KINABALU 18 Okt. – Barisan Nasional (BN) Sabah sepakat memberi laluan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) meletakkan calonnya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil kawasan itu, 4 November ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan mengemukakan senarai nama calon dalam tempoh terdekat sebelum diserah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pemilihan.

BN akan mengumumkan nama calonnya pada 24 Oktober ini di Sandakan.

Sambil melahirkan keyakinan terhadap kemampuan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi, Musa berkata, rekod perkhidmatan BN kepada rakyat sejak sekian lama adalah bukti terbaik dalam meraih sokongan pengundi.

“Walaupun yakin untuk mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi, ia bukan alasan bagi BN Sabah berasa selesa dan mengambil mudah pertarungan ini.

“Insya-Allah, kita yakin rakyat akan terus memberi sokongan, lebih-lebih lagi dengan sambutan dan penerimaan terhadap gagasan 1Malaysia.

“Pemimpin BN sentiasa turun padang, mendekati rakyat dan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira agama atau suku kaum,” katanya pada sidang media di Sri Gaya di sini, semalam. Hadir sama semua pemimpin parti komponen BN Sabah.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, jentera pilihan raya BN Sabah sudah digerakkan dan akan meneruskan gerak kerja walaupun sepanjang tempoh pemimpin UMNO Sabah berada di ibu negara bagi menghadiri Perhimpunan Agung parti itu.

Mengenai hasrat Parti Maju Sabah (SAPP) meletak calon untuk bertanding, Musa berkata, BN tidak melihatnya sebagai isu besar kerana yakin rakyat bijak membuat penilaian terhadap sumbangan dan komitmen BN di Batu Sapi selama ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Coastal di sini, 9 Oktober lalu.

Calon Pakatan Rakyat...macam nak gaduh aje

Dalam sidang akhbar yang turut di hadiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan orang kuat DAP Lim Kit Siang di bangunan Parlimen pagi Selasa,Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa PKR akan letak calon di pilihanraya kecil kecil kawasan Parlimen Batu Sapi di Sabah.

Sebelum ini Presiden SAPP, yakni parti pembangkang di Sabah dan rakan pakatan itu,Datuk Yong Teck Lee umum partinya nak letak calon dalam pilihan raya kecil itu.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP