Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 12, 2010

Anwar ketakutan bersembunyi di Kedutaan Turki

Din... dia pun manusia juga ada perasaan takut, menggeletar, kecut, pucat, gerun, bimbang, waspada, berhati-hati, prasangka, curiga... banyak lagi sifat berkaitan ketakutan yang ada pada manusia.

Mungkin hanya ini, saya mampu posting untuk sahabat saya di Kemaman yang kuat bercakap. Diharap Din berpuashati kalau sebaliknya terpulang.

Saya malah nak selidik betul ke cakap Anwar atau cakap Najib yang betul. Ini pun kebetulan Rahimi timbul balik isu liwat, jadi saya ada usaha nak search. Kalau tidak malas juga nak layan apabila kecurigaan mengatasi pertimbangan.

Ini pun kerana Rahimi Osman menimbulkan isu Anwar lari bersembunyi di kedutaan Turki, jadi saya ada usaha untuk cari maklumat tersebut.

Berikut untuk tatapan saudaraku Din:

Kedutaan Turki

Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP