Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 27, 2010

Rusia akan kembali "berperang" di Afghanistan

Rusia telah bersetuju untuk kembali 'masuk' ke kancah perang di Afghanistan atas permintaan dari negara Barat yang dahulunya pernah membantu mujahidin untuk mengusir pasukan mereka keluar dari negara itu 21 tahun yang lalu.

Allah SWT mengingatkan umatnya, Orang kafir itu akan saling bantu membantu memerangi mu orang Islam. Sebaliknya negara Islam pula bukan membantu pejuang Islam tetapi ikut turut bantu negara Barat.

Akhbar Independent telah mengkaji bahawa Moscow terlibat dalam latihan tentera Afghanistan dan pasukan kontra-narkotik dan Moscow pada prinsipnya telah bersetuju untuk membekalkan Nato dengan beberapa lusin helikopter mereka untuk digunakan di Afghanistan.

Sejumlah pesawat Rusia telah dijual kepada Poland, ahli gabungan yang dipimpin AS, untuk digunakan dalam konflik di Afghanistan. Dan sekarang Nato sedang dalam terlibat perbincangan dengan Rusia atas bekalan langsung lebih banyak lagi helikopter, latihan pilot, dan membolehkan senjata dan peluru diangkut melalui wilayah Rusia sebagai alternatif untuk laluan Pakistan yang berulangkali diserang Taliban.

Perjanjian inovatif dengan Rusia mengenai masalah ini kemungkinan akan diumumkan pada pertemuan puncak Nato bulan depan di Lisbon, yang dijadualkan akan dihadiri oleh Presiden Rusia Dmitry Medvedev.

Sebagai ganjaran bantuan Moscow di Afghanistan, Moscow meminta apa yang disebut dengan kerjasama lebih banyak dari Nato. Presiden Barack Obama telah membatalkan perisai pertahanan peluru berpandu di Poland dan Republik Czech, di mana proposal ini yang telah menyebabkan protes berpanjangan dari Moscow, dan Nato telah sepakat bahawa Rusia akan dikonsultasikan pada sistem penggantiannya.

Moscow juga ingin Nato menerima fait accompli atas Georgia, di mana pasukan Rusia tetap berada di Ossetia Selatan dan Abkhazia selepas perang dua tahun lalu. (Fq / independent)

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP