Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 30, 2010

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Petanda BN melalui parti PBS jatuh semakin ketara apabila BN merayu orang Cina mengundi BN dan bukan calon SAPP, Yong Teck Lee. Memandangkan pengaruh Teck Lee sebagai bekas Ketua Menteri Sabah ia menjadi bertambah sukar bagi BN.

BN cukup konfiden bahawa pengundi Melayu akan memberi undi kepada BN. Bagaimana sekiranya ramalan Ansari jatuh laut dipusing sebagaimana ramalan mimpi dibelit ular. Dibelit ular satu yang mengerikan tetapi ramalannya orang bermimpi itu mendapat jodoh. Ramalan mimpi itu dipusing daripada mimpi buruk kepada petanda baik.

Blog pro Umno mengulas tragedi Ansari jatuh ke laut sebagai ramalan yang menunjukkan kejatuhannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November depan.

Kalau ramalan cara itu diambil kira apa lagi insiden Ansari jatuh laut sebanyak dua kali maka bertambah jelas dan kuat bahawa BN akan jatuh di Batu Sapi.

Malah ada pepatah Melayu mengatakan bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Apakah pepatah tersebut kena kepada Ansari? Nak tahu harap sabar tunggu 4 November.

Ansari boleh menang kalau ikut cara rasis Perkasa tetapi itu bukan cara Pakatan Rakyat mahu memenangi hati pengundi.

Malaysiakini melaporkan Ansari jatuh laut lagi

Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.

Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.

Ansari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh

Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.

Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.

Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP