Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 27, 2010

Jangan lupa tentukan pilihan raya akan datang

Ditanya apa tindakan orang Islam bila kerajaan meneruskan hub kelab malam, Datuk Dr Ma'amor Osman; "Tunggu pilihan rayalah nanti." Apakah Ma'amor mahu masuk politik? Tubuh parti politik? Atau apa ya! yang ada dalam kepala Ma'amor?

Tidak apalah kita serah kepala otak dia yang tentu masa akan datang tetapi kita ingatkan dia supaya dia ingat apa yang dia kata untuk pilihan raya umum akan datang. Ini kerana pada tafsiran orang ramai tentu sekali Ma'amor mahu mengajar kerajaan melalui pilihan raya jika hasrat tersebut mahu diteruskan.

Wahai doktor! Asal jangan jadi Melayu mudah lupa sudahla.... Malaysiakini melaporkan Hub hiburan: NGO Islam tunggu pilihan raya, untuk Melayu jangan selalu mudah lupa dengan Umno yang banyak halalkan judi, arak dan tidak mahu undang-undang Islam.

Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP